Monday, 26 October 2026
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
Home Semasa

Semakan kadar gaji minimum dibuat secara berkala – Akmal Nasrullah

Zailani by Zailani
22 Sep 2026
in Semasa
0
Semakan kadar gaji minimum dibuat secara berkala – Akmal Nasrullah
0
SHARES
4
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA, 22 SEPT ( Berita Harian) – Semakan kadar gaji minimum dibuat secara berkala bersandarkan pelbagai faktor ekonomi termasuk perkembangan inflasi dan pertumbuhan ekonomi negara.

Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir, berkata perkara berkaitan gaji minimum adalah pendekatan keseluruhan kerajaan dan penelitian mengenainya turut membabitkan anggota Jemaah Menteri.

Related posts

Wanita Malaysia jatuh lubang 10 meter di Vietnam

Wanita Malaysia jatuh lubang 10 meter di Vietnam

25 Oct 2026
EON sasar baik pulih 400 kenderaan sebulan dengan kemudahan baharu di Glenmarie

EON sasar baik pulih 400 kenderaan sebulan dengan kemudahan baharu di Glenmarie

25 Oct 2026

“Dalam soal komitmen dari segi pelaksanaan gaji minimum, semakan itu dibuat secara berkala. Maksudnya, ada dia punya pusingannya.

“Sudah pasti ruang yang ada ini dalam keadaan pertumbuhan ekonomi itu berlaku dengan baik dan pada masa sama kita kena bergerak seiring dengan juga apa komitmen yang dinyatakan dalam Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13),” katanya pada Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Ekonomi di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas sama ada kadar gaji minimum perlu disemak semula susulan perkembangan inflasi.

Pelaksanaan sepenuhnya Perintah Gaji Minimum (PGM) 2024 sebanyak RM1,700 sebulan berkuat kuasa mulai 1 Ogos 2025 kepada semua majikan di seluruh negara tanpa mengira bilangan pekerja.

Sebelum itu, gaji minimum yang ditetapkan kerajaan adalah RM1,500.

Pada majlis itu, Akmal Nasrullah turut menyampaikan amanat serta hala tuju Kementerian susulan penerbitan Laporan Survei Gaji dan Upah Malaysia 2025 pada 21 September 2026 yang merangkumi perkembangan gaji dan upah serta pasaran buruh negara.

Mengulas kaitan peningkatan gaji dengan inflasi, Menteri Ekonomi itu berkata, kenaikan gaji secara nominal perlu diteliti bersama kos sara hidup, termasuk inflasi.

“Jadi sebab itu, dari segi nominalnya ada berlaku peningkatan (gaji). Tetapi sudah pasti bacaan itu juga kita kena teliti secara bersama dalam soal kos sara hidup, termasuk inflasi,” katanya.

Terdahulu, pendapatan bulanan rakyat terus mengukuh di bawah pentadbiran Kerajaan MADANI apabila purata gaji dan upah warga negara melonjak 4.1 peratus kepada RM3,803 pada 2025 berbanding RM3,652 tahun sebelumnya.

Laporan Survei Gaji & Upah Malaysia 2025 oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) turut menunjukkan

penengah gaji dan upah bulanan turut meningkat 5.3 peratus kepada RM2,940.

Sementara itu, Akmal Nasrullah berkata, Dasar Gaji Progresif sedang dilaksanakan dan dijadualkan berakhir pada penghujung 2027 manakala penilaian keberkesanannya dijangka dibuat melalui kajian komprehensif pada hujung tahun ini atau awal tahun depan.

“Kajian itu akan meneliti kaedah pemberian insentif kerajaan serta keperluan majikan untuk meningkatkan gaji secara sukarela hasil imbuhan yang diberikan kerajaan,” katanya.

Previous Post

Ketua Menteri umum pembubaran DUN Melaka

Next Post

Harga sawit dijangka kekal atas RM4,700 satu tan hingga akhir tahun

Next Post
Harga sawit dijangka kekal atas RM4,700 satu tan hingga akhir tahun

Harga sawit dijangka kekal atas RM4,700 satu tan hingga akhir tahun

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARI KATEGORI

  • Ekonomi Islam
  • Jenayah
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • POLITIK
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video

CARI TOPIK MENARIK

2018 League AirBorneo Rancang Pengembangan Balinese Culture Bali United Budget Travel Champions League Chopper Bike Doctor Terawan Gempa Bumi Gempa Bumi Sabah Istana Negara Lancar Operasi Jet Separuh Kedua 2026 Market Stories National Exam Sabah Visit Bali

POPULAR

  • Terengganu tidak sunyi, Haraki Fest 2026 bakal ‘gegar’ Kuala Terengganu

    Terengganu tidak sunyi, Haraki Fest 2026 bakal ‘gegar’ Kuala Terengganu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Haraki Fest 2026 himpun usahawan, buka ruang teroka pasaran baharu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Azira De Gallery curi tumpuan pada Malaysia Gifts Fair 2026

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Program Sinergi Usahawan buka peluang kolaborasi dan jaringan perniagaan baharu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sinergi Usahawan perkukuh jaringan usahawan dan industri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Berita Terkini

  • Wanita Malaysia jatuh lubang 10 meter di Vietnam
  • EON sasar baik pulih 400 kenderaan sebulan dengan kemudahan baharu di Glenmarie
  • Bill Gates beri amaran AI boleh cetus huru-hara ekonomi, sosial selama dua dekad

Segment

  • Ekonomi Islam
  • Jenayah
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • POLITIK
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil

No Result
View All Result
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil