Wednesday, 29 July 2026
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
Home Ekonomi Islam

Program Sinergi Usahawan buka peluang kolaborasi dan jaringan perniagaan baharu

Zailani by Zailani
25 Jun 2026
in Ekonomi Islam, SME Bisnes
0
Program Sinergi Usahawan buka peluang kolaborasi dan jaringan perniagaan baharu
0
SHARES
166
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA, 25 JUN – Program Sinergi Usahawan yang berlangsung di pejabat Kelab Usahawan Haraki (Ku Haraki), Shaftsbury Putrajaya, berjaya menghimpunkan komuniti usahawan dalam usaha memperkukuh jaringan perniagaan, perkongsian ilmu serta kerjasama strategik merentas pelbagai sektor.

Related posts

Kerajaan sedia teliti cadangan longgar syarat geran PMKS

Kerajaan sedia teliti cadangan longgar syarat geran PMKS

27 Jul 2026
BIHAS 2026: 6 usahawan ‘Gate to Global’ MARA raih jualan RM8.5 Juta

BIHAS 2026: 6 usahawan ‘Gate to Global’ MARA raih jualan RM8.5 Juta

26 Jul 2026

Program tersebut memberi penekanan kepada tiga teras utama iaitu berilmu, berukhuwah dan berbisnes, yang dilihat sebagai elemen penting dalam membentuk ekosistem keusahawanan yang mampan dan saling menyokong.

Ketua Pegawai Eksekutif Speedoffice Sdn. Bhd, Haji Norlukmal Mat Ghani berkata, setiap program keusahawanan perlu menyediakan ruang untuk perkongsian ilmu, walaupun dalam tempoh yang singkat, bagi memastikan peserta memperoleh nilai tambah yang boleh diaplikasikan dalam perniagaan masing-masing.

Tambahnya, selain sesi perkongsian ilmu, program itu turut menyediakan platform kepada peserta untuk memperkenalkan perniagaan dan produk melalui sesi pitching, sekali gus membuka peluang kepada usahawan untuk membina rangkaian, meneroka potensi kerjasama serta memperluaskan pasaran.

Katanya, program berkenaan turut menghimpunkan golongan usahawan yang mempunyai matlamat sama dalam membangunkan perniagaan dan membantu antara satu sama lain, tanpa mengira perbezaan latar belakang atau fahaman.

“Satu lagi pencapaian penting program tersebut ialah pengukuhan kerjasama antara Kelab Usahawan Haraki (Ku Haraki) dan AEC (ACCI) menerusi penglibatan usahawan EDC serta Speedofis99 Co-Working Space.

” Kerjasama itu dijangka membuka lebih banyak peluang jaringan dan kolaborasi perniagaan di peringkat Asia melalui platform ACCI yang memfokuskan kepada pembangunan rangkaian usahawan serantau,” katanya.

Program turut dimeriahkan dengan gimik pra-pelancaran aplikasi Viral Niaga oleh pengasasnya, Encik Nizam, yang bertujuan memperluaskan capaian pemasaran digital usahawan melalui jaringan Ku Haraki di seluruh negara.

Sambutan menggalakkan daripada peserta mendorong program yang dijadualkan berakhir pada jam 1 tengah hari diteruskan dengan sesi Klinik Bisnes secara bimbingan individu.

Sesi tersebut memberi peluang kepada usahawan mendapatkan panduan dan konsultasi secara langsung berkaitan cabaran serta strategi pengembangan perniagaan.

Penganjuran Program Sinergi Usahawan dilihat sebagai satu inisiatif berkesan dalam memperkukuh budaya keusahawanan melalui gabungan ilmu, jaringan strategik dan kerjasama yang mampu meningkatkan daya saing usahawan dalam persekitaran perniagaan yang semakin mencabar.

Previous Post

Halal BizStart Zon Tengah 2026 perkasa 160 usahawan Bumiputera ke arah pensijilan halal

Next Post

BN Johor perkenal manifesto PRN Ke-16 dengan 63 aku janji berteraskan enam teras maju Johor

Next Post
JS-SEZ Berpotensi Jadi Pemangkin Pertumbuhan Baharu Asia Tenggara – Onn Hafiz

BN Johor perkenal manifesto PRN Ke-16 dengan 63 aku janji berteraskan enam teras maju Johor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARI KATEGORI

  • Ekonomi Islam
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • POLITIK
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video

CARI TOPIK MENARIK

2018 League AirBorneo Rancang Pengembangan Balinese Culture Bali United Budget Travel Champions League Chopper Bike Doctor Terawan Gempa Bumi Gempa Bumi Sabah Istana Negara Lancar Operasi Jet Separuh Kedua 2026 Market Stories National Exam Sabah Visit Bali

POPULAR

  • Azira De Gallery curi tumpuan pada Malaysia Gifts Fair 2026

    Azira De Gallery curi tumpuan pada Malaysia Gifts Fair 2026

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Program Sinergi Usahawan buka peluang kolaborasi dan jaringan perniagaan baharu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sinergi Usahawan perkukuh jaringan usahawan dan industri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jeruk Pak Ali, dari dapur kecil ke pasaran global

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Datuk Wan Imran dilantik Pengerusi Kehormat AZM Rovers FC

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Berita Terkini

  • Struktur gaji perlu dirombak, bukan sekadar naik gaji minimum – BNM
  • Perjalanan terakhir ke saf subuh
  • MB arah roboh segera penempatan haram warga asing di Setia Alam

Segment

  • Ekonomi Islam
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • POLITIK
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil

No Result
View All Result
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil