Friday, 11 September 2026
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
Home Semasa

Terengganu tidak sunyi, Haraki Fest 2026 bakal ‘gegar’ Kuala Terengganu

Zailani by Zailani
7 Sep 2026
in Semasa, SME Bisnes
0
Terengganu tidak sunyi, Haraki Fest 2026 bakal ‘gegar’ Kuala Terengganu
0
SHARES
274
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU, 7 SEPT – Bukan sekadar karnival jualan, Haraki Fest 2026 bakal menghidupkan suasana Kuala Terengganu dengan himpunan usahawan, tokoh perniagaan, agensi serta masyarakat menerusi pelbagai program selama empat hari.

Karnival Usahawan Sejahtera bertemakan ‘Bersama Berjaya’ itu dijadual berlangsung dari 1 hingga 4 Oktober ini di Kompleks Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPU).

Related posts

Studio TikTok Shop Live perkukuh pemasaran digital usahawan Terengganu

Studio TikTok Shop Live perkukuh pemasaran digital usahawan Terengganu

11 Sep 2026
Anwar, MB Kelantan bincang perkukuh kerjasama persekutuan-negeri

Anwar, MB Kelantan bincang perkukuh kerjasama persekutuan-negeri

10 Sep 2026

Menariknya, penganjuran Haraki Fest 2026 bukan sahaja memberi tumpuan kepada aspek perniagaan dan keusahawanan, malah mengetengahkan pengisian ilmu, kerohanian, pembangunan wanita serta aktiviti kekeluargaan.

Antara acara yang bakal menjadi tumpuan ialah Sidang Tokoh Usahawan bersama pemimpin kerajaan negeri dan tokoh dunia perniagaan, selain Majlis Perasmian dan Hi-Tea serta Malam Munajat Usahawan Sejahtera.

Program turut diserikan dengan Wacana Usahawan Rabbani, Bicara Tokoh Usahawan Haraki Icon, Seminar Ekonomi dan Keusahawanan serta Explorace Haraki Fest.

Bagi golongan wanita dan keluarga, Program Wanita Terengganu serta pelbagai pertandingan dan aktiviti kanak-kanak turut disediakan sepanjang karnival berkenaan.

Tidak ketinggalan, pengunjung berpeluang menyaksikan acara Salin Al-Quran selain menikmati persembahan nasyid, sajak dan Dikir Barat.

Dalam pada itu, Haraki Fest 2026 turut membuka ruang kepada usahawan dan peniaga tempatan untuk mempromosikan produk masing-masing menerusi booth pameran dan jualan yang disediakan sepanjang program.

Penganjur mengalu-alukan penyertaan orang ramai termasuk usahawan, peniaga, agensi, NGO, persatuan, keluarga dan golongan muda untuk bersama-sama memeriahkan karnival tersebut.

Selain menjadi medan memperkenalkan produk dan perniagaan tempatan, Haraki Fest 2026 turut dilihat sebagai platform untuk memperluas jaringan perniagaan serta berkongsi ilmu dan pengalaman dalam dunia keusahawanan.

Jadi, buat warga Terengganu dan pengunjung luar yang berada di Kuala Terengganu pada awal Oktober ini,  masukkan tarikh 1 hingga 4 Oktober ini dalam kalendar anda!

Sebarang pertanyaan berkaitan program boleh menghubungi Urus Setia Haraki Fest, Hj. Wan Abdul Nasser di talian 019-953 6362.

Bagi urusan booth pameran dan jualan, YM Tuan Chik boleh dihubungi menerusi 011-1009 2042, manakala penyertaan Majlis Hi-Tea boleh dibuat dengan menghubungi Pn. Zaidah di talian 019-952 3015.

Previous Post

MAHA 2026 rekod 17 MoU bernilai RM3.27 bilion

Next Post

Kemudahan pinjaman, jaminan pembiayaan RM16 bilion bantu PMKS

Next Post
Kemudahan pinjaman, jaminan pembiayaan RM16 bilion bantu PMKS

Kemudahan pinjaman, jaminan pembiayaan RM16 bilion bantu PMKS

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARI KATEGORI

  • Ekonomi Islam
  • Jenayah
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • POLITIK
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video

CARI TOPIK MENARIK

2018 League AirBorneo Rancang Pengembangan Balinese Culture Bali United Budget Travel Champions League Chopper Bike Doctor Terawan Gempa Bumi Gempa Bumi Sabah Istana Negara Lancar Operasi Jet Separuh Kedua 2026 Market Stories National Exam Sabah Visit Bali

POPULAR

  • Terengganu tidak sunyi, Haraki Fest 2026 bakal ‘gegar’ Kuala Terengganu

    Terengganu tidak sunyi, Haraki Fest 2026 bakal ‘gegar’ Kuala Terengganu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Azira De Gallery curi tumpuan pada Malaysia Gifts Fair 2026

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Program Sinergi Usahawan buka peluang kolaborasi dan jaringan perniagaan baharu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sinergi Usahawan perkukuh jaringan usahawan dan industri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Datuk Wan Imran dilantik Pengerusi Kehormat AZM Rovers FC

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Berita Terkini

  • Studio TikTok Shop Live perkukuh pemasaran digital usahawan Terengganu
  • Anwar, MB Kelantan bincang perkukuh kerjasama persekutuan-negeri
  • Abdul Azeez bebas daripada reman, bakal hadir PAU malam ini – Peguam

Segment

  • Ekonomi Islam
  • Jenayah
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • POLITIK
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil

No Result
View All Result
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil