Friday, 11 September 2026
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
Home Ekonomi Islam

MAHA 2026 rekod 17 MoU bernilai RM3.27 bilion

Zailani by Zailani
6 Sep 2026
in Ekonomi Islam, SME Bisnes
0
MAHA 2026 rekod 17 MoU bernilai RM3.27 bilion
0
SHARES
10
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

SERDANG, 6 SEPT ( Sinar Harian ) – Momentum Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2026 terus menunjukkan perkembangan memberangsangkan apabila sebanyak 17 pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) bernilai RM3.27 bilion direkodkan pada hari kelapan penganjurannya.

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) berkata, antara kerjasama utama yang menjadi tumpuan ialah pertukaran MoU antara Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS), Guizhou Phosphate Chemical (GPC) Group dan Jiangsu Chemical Design Institute Co Ltd (CDIJS) bernilai RM1.5 bilion.

Related posts

Studio TikTok Shop Live perkukuh pemasaran digital usahawan Terengganu

Studio TikTok Shop Live perkukuh pemasaran digital usahawan Terengganu

11 Sep 2026
Dari seekor ayam sehari, Zawiah kini bergelar pembayar zakat

Dari seekor ayam sehari, Zawiah kini bergelar pembayar zakat

9 Sep 2026

“Kerjasama strategik ini memberi fokus kepada pembangunan industri baja bersepadu di Malaysia yang merangkumi pemprosesan bahan mentah, pemindahan teknologi, pembangunan kapasiti tempatan serta penerokaan peluang hiliran.

“Inisiatif ini dijangka menyumbang kepada pengukuhan ekosistem industri baja negara dan seterusnya menyokong usaha memperkukuh keterjaminan makanan negara,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Edisi ke-14 MAHA berlangsung selama 10 hari bermula 28 Ogos lalu hingga esok di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS).

Ia menjadi platform utama kepada sektor pertanian negara yang terdiri daripada pemain industri, agensi kerajaan, usahawan serta institusi penyelidikan dan pendidikan tinggi mengetengahkan inovasi, teknologi dan peluang perniagaan dalam sektor agromakanan.

Mengulas lanjut, KPKM memaklumkan, selain itu, kerjasama antara empat syarikat Malaysia iaitu Top Fruits Sdn Bhd, JL Food Industries Sdn Bhd, Golden Fresh Durian Sdn Bhd, Phg Ever Fresh Food Sdn Bhd dan rakan strategik dari negara China turut menjadi antara MoU berimpak tinggi yang diketengahkan pada hari keempat.

Menurutnya, ia khususnya dalam memperluas pasaran durian segar premium Malaysia ke pasaran China.

“Kerjasama tersebut melibatkan pembekalan dan pengedaran durian segar premium Malaysia secara ‘whole fruit’ di bawah jenama Jiangnan Selected bagi tempoh tiga tahun,” katanya.

KPKM menegaskan, kerjasama jangka panjang tersebut membuka peluang untuk memperkukuh akses pasaran, memperluas pengedaran produk durian Malaysia serta meningkatkan penjenamaan buah-buahan premium Malaysia di pasaran antarabangsa.

elasnya, pencapaian selama lapan hari MAHA 2026 itu membuktikan bahawa platform MAHA bukan sahaja menjadi medan pameran dan promosi produk ‘agri-food’.

“Malah ia semakin berperanan sebagai platform strategik untuk mempertemukan pemain industri tempatan dengan rakan dagang dan pelabur antarabangsa.

“Dengan pencapaian tersebut, MAHA 2026 terus memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, perdagangan dan kerjasama strategik dalam sektor pertanian dan ‘agri-food’ di peringkat global,” ujarnya.

Previous Post

KKEC 2026: 8 pelajar UiTM masih dirawat termasuk 2 di ICU

Next Post

Terengganu tidak sunyi, Haraki Fest 2026 bakal ‘gegar’ Kuala Terengganu

Next Post
Terengganu tidak sunyi, Haraki Fest 2026 bakal ‘gegar’ Kuala Terengganu

Terengganu tidak sunyi, Haraki Fest 2026 bakal ‘gegar’ Kuala Terengganu

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARI KATEGORI

  • Ekonomi Islam
  • Jenayah
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • POLITIK
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video

CARI TOPIK MENARIK

2018 League AirBorneo Rancang Pengembangan Balinese Culture Bali United Budget Travel Champions League Chopper Bike Doctor Terawan Gempa Bumi Gempa Bumi Sabah Istana Negara Lancar Operasi Jet Separuh Kedua 2026 Market Stories National Exam Sabah Visit Bali

POPULAR

  • Terengganu tidak sunyi, Haraki Fest 2026 bakal ‘gegar’ Kuala Terengganu

    Terengganu tidak sunyi, Haraki Fest 2026 bakal ‘gegar’ Kuala Terengganu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Azira De Gallery curi tumpuan pada Malaysia Gifts Fair 2026

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Program Sinergi Usahawan buka peluang kolaborasi dan jaringan perniagaan baharu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sinergi Usahawan perkukuh jaringan usahawan dan industri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Datuk Wan Imran dilantik Pengerusi Kehormat AZM Rovers FC

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Berita Terkini

  • Studio TikTok Shop Live perkukuh pemasaran digital usahawan Terengganu
  • Anwar, MB Kelantan bincang perkukuh kerjasama persekutuan-negeri
  • Abdul Azeez bebas daripada reman, bakal hadir PAU malam ini – Peguam

Segment

  • Ekonomi Islam
  • Jenayah
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • POLITIK
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil

No Result
View All Result
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil