Tuesday, 27 October 2026
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
Home Ekonomi Islam

Haraki Fest 2026 himpun usahawan, buka ruang teroka pasaran baharu

Zailani by Zailani
29 Sep 2026
in Ekonomi Islam, SME Bisnes
0
Haraki Fest 2026 himpun usahawan, buka ruang teroka pasaran baharu
0
SHARES
360
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Haraki Fest 2026 yang berlangsung selama empat hari mulai 1 Oktober ini dijangka menjadi platform kepada usahawan untuk memperluas jaringan perniagaan, menimba ilmu dan meneroka potensi pasaran baharu.

Ahli Jawatankuasa Khas Jaringan Perniagaan dan Padanan Usahawan, Coach Norlukmal Mat Ghani, berkata program yang berlangsung hingga 4 Oktober itu turut menghimpunkan pelbagai pengisian yang memberi manfaat kepada usahawan, bakal usahawan serta masyarakat.

Related posts

Bukan sekadar baiki telefon, Seminar PRESENT 2026 buka peluang jana pendapatan

Bukan sekadar baiki telefon, Seminar PRESENT 2026 buka peluang jana pendapatan

27 Oct 2026
MPUPK Perkukuh Usahawan Bumiputera Zon Timur

MPUPK Perkukuh Usahawan Bumiputera Zon Timur

27 Oct 2026

Katanya, antara pengisian yang bakal menarik perhatian ialah sesi dialog bersama empat EXCO dari Terenggau, Kedah,Kelantan dan Negeri Sembilan yang memberi ruang kepada usahawan mendapatkan pandangan serta bertukar idea berkaitan pembangunan bidang keusahawanan.

“Ini bukan sekadar karnival untuk datang melihat gerai dan membeli produk. Kita mahu usahawan datang untuk membina jaringan, mencari peluang kerjasama dan melihat sendiri potensi pasaran yang ada.

“Justeru, kita mengalu-alukan usahawan dari seluruh negara untuk hadir dan mengambil peluang sepanjang empat hari program ini,” katanya.

Enam ikon usahawan kongsi pengalaman

Pada 3 Oktober, Sesi Perkongsian Ikon Usahawan Haraki Fest akan menampilkan enam tokoh usahawan dari beberapa negeri dengan latar belakang serta kepakaran berbeza.

Mereka ialah Dato’ Haji Alias dari Pulau Pinang, Puan Norhaslina Pisol dari Kedah, Tuan Reduan dari Shome Edu, Terengganu, Haji Jamaludin dari Negeri Sembilan/Kuala Lumpur, Tuan Hafidz dari Sarawak dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Nor Arfa Batik, Tuan Hafiz dari Terengganu.

Norlukmal berkata perkongsian itu merangkumi pelbagai aspek termasuk wakaf dalam perniagaan, persediaan usahawan ke arah penyenaraian awam awal (IPO), kewangan dan percukaian, pembangunan produk Industri Kecil dan Sederhana (IKS) serta pembinaan jenama.

“Setiap ikon membawa pengalaman dan kepakaran yang berbeza. Peserta boleh mendapatkan perspektif secara terus daripada mereka yang telah melalui perjalanan dalam bidang masing-masing.

“Kita mahu ilmu yang dikongsikan ini dapat dimanfaatkan oleh usahawan,” katanya.

Explore Haraki Fest buka peluang kenali pasaran Terengganu

Selain perkongsian ilmu, Explore Haraki Fest 2026 turut memberi peluang kepada peserta melihat sendiri potensi pasaran di Terengganu.

Program itu membawa peserta mengenali Kuala Terengganu sebelum berakhir di Kompleks Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU).

Norlukmal berkata pengalaman berada di lapangan penting bagi usahawan untuk memahami karakter pasaran, mengenali komuniti perniagaan serta membina hubungan baharu.

“Kita mahu mereka melihat Terengganu bukan sekadar sebagai lokasi program, tetapi sebagai satu pasaran yang boleh diterokai untuk mengembangkan produk dan perkhidmatan,” katanya.

Pengisian untuk usahawan dan keluarga

Haraki Fest 2026 dianjurkan Kelab Usahawan Haraki Malaysia (KU HARAKI) bersama Yayasan Pembangunan Usahawan, dengan pelbagai program sepanjang empat hari.

Antaranya Bicara EXCO Bersama Usahawan, majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama usahawan, majlis perasmian, lawatan ke gerai jualan dan pameran serta Forum Perdana – Usahawan Berjaya Di Sini dan Sana.

Bagi pengunjung umum, program turut menampilkan Pesona Keluarga Terengganu yang merangkumi pertandingan memasak, gubahan bunga, mewarna dan permainan tradisional, selain persembahan nasyid serta cabutan bertuah.

Turut diadakan Haraki Ikon Siri 2: “Bangkit, Bina, Berjaya”, Jejari Al-Quran Bersama Yayasan Restu dan pelbagai aktiviti lain.

Kemuncak program pada 4 Oktober ialah Kongres Ekonomi Rakyat Terengganu, sebelum diikuti Majlis Penutupan Haraki Fest 2026.

Norlukmal berkata kepelbagaian pengisian yang disediakan membolehkan Haraki Fest bukan sahaja menjadi medan untuk usahawan, malah turut sesuai dikunjungi keluarga dan masyarakat umum.

“Datang bukan sekadar untuk memeriahkan karnival, tetapi manfaatkan peluang yang ada untuk mendapatkan ilmu, membina jaringan, mengenali usahawan lain dan meneroka pasaran baharu,” katanya.

Haraki Fest 2026 berlangsung dari 1 hingga 4 Oktober 2026 di Pusat Dagangan Terengganu (TTC), Kuala Terengganu.

Previous Post

Syarikat milik Malaysia di luar negara boleh bantu PKS tembusi pasaran global

Next Post

Sarawak perkasa agenda Bumiputera, sasar lebih banyak syarikat tembusi pasaran serantau

Next Post
Sarawak perkasa agenda Bumiputera, sasar lebih banyak syarikat tembusi pasaran serantau

Sarawak perkasa agenda Bumiputera, sasar lebih banyak syarikat tembusi pasaran serantau

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARI KATEGORI

  • Ekonomi Islam
  • Jenayah
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • POLITIK
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video

CARI TOPIK MENARIK

2018 League AirBorneo Rancang Pengembangan Balinese Culture Bali United Budget Travel Champions League Chopper Bike Doctor Terawan Gempa Bumi Gempa Bumi Sabah Istana Negara Lancar Operasi Jet Separuh Kedua 2026 Market Stories National Exam Sabah Visit Bali

POPULAR

  • Terengganu tidak sunyi, Haraki Fest 2026 bakal ‘gegar’ Kuala Terengganu

    Terengganu tidak sunyi, Haraki Fest 2026 bakal ‘gegar’ Kuala Terengganu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Haraki Fest 2026 himpun usahawan, buka ruang teroka pasaran baharu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Azira De Gallery curi tumpuan pada Malaysia Gifts Fair 2026

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Program Sinergi Usahawan buka peluang kolaborasi dan jaringan perniagaan baharu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sinergi Usahawan perkukuh jaringan usahawan dan industri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Berita Terkini

  • Bukan sekadar baiki telefon, Seminar PRESENT 2026 buka peluang jana pendapatan
  • MPUPK Perkukuh Usahawan Bumiputera Zon Timur
  • Kelantan mahu KB Sentral diteruskan tanpa tunggu peruntukan RM250 juta

Segment

  • Ekonomi Islam
  • Jenayah
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • POLITIK
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil

No Result
View All Result
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil