Monday, 26 October 2026
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
Home Semasa

EON sasar baik pulih 400 kenderaan sebulan dengan kemudahan baharu di Glenmarie

Zailani by Zailani
25 Oct 2026
in Semasa
0
EON sasar baik pulih 400 kenderaan sebulan dengan kemudahan baharu di Glenmarie
0
SHARES
10
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM, 25 OKT ( Berita Harian) – EON Bhd menyasarkan mengendalikan sehingga 400 kenderaan sebulan menerusi pembukaan EON Body-and-Paint Hub di Glenmarie, di sini, bagi mengembangkan perniagaan selepas jualan dan meningkatkan pengalaman pemilikan kenderaan pelanggan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Akkbar Danial, berkata kemudahan seluas 41,508 kaki persegi itu mempunyai kapasiti operasi antara 360 hingga 400 kenderaan sebulan, dengan sasaran meningkatkan jumlah pengendalian secara berperingkat.

Related posts

Wanita Malaysia jatuh lubang 10 meter di Vietnam

Wanita Malaysia jatuh lubang 10 meter di Vietnam

25 Oct 2026
Bill Gates beri amaran AI boleh cetus huru-hara ekonomi, sosial selama dua dekad

Bill Gates beri amaran AI boleh cetus huru-hara ekonomi, sosial selama dua dekad

25 Oct 2026

“Hubungan kami dengan pelanggan tidak berakhir apabila mereka memandu keluar kenderaan baharu dari bilik pameran. Ia berterusan sepanjang tempoh pemilikan, termasuk penyelenggaraan dan pembaikan akibat kemalangan,” katanya ketika perasmian pusat itu di sini, baru-baru ini.

Pusat itu dilengkapi 39 ruang servis, tiga bilik penyediaan cat dan empat ruang semburan cat, selain menawarkan perkhidmatan pembaikan akibat kemalangan, pemulihan badan kenderaan dan kemasan semula cat.

Menurut Akkbar, kemudahan itu mendapat kelulusan prinsipal bagi jenama PROTON, Audi, Mitsubishi dan smart. Pusat itu turut bersedia mengendalikan pembaikan kenderaan elektrik (EV) serta kalibrasi Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS).

Beliau berkata, pusat itu mempunyai 17 kakitangan pentadbiran dan 25 pekerja bagi mengendalikan operasi baik pulih serta cat kenderaan. Operasinya turut disokong peralatan khusus yang memenuhi keperluan prinsipal bagi memastikan kerja pembaikan dilakukan mengikut piawaian ditetapkan.

Menurutnya, pelaburan dalam peralatan berteknologi tinggi itu penting bagi memastikan ketepatan kerja pembaikan, termasuk penjajaran badan kenderaan dan komponen berkaitan.

Pusat itu turut menggunakan prosedur operasi standard (SOP) serta sistem digital untuk memantau aliran kerja dan penggunaan ruang servis, sekali gus membantu meningkatkan kecekapan operasi dan memastikan ketelusan perkhidmatan.

“Kami bukan di sini untuk mengenakan caj berlebihan, sebaliknya memberikan perkhidmatan kepada pelanggan pada harga yang setimpal dengan nilai dan kualiti yang ditawarkan,” katanya.

EON akan menilai prestasi pusat di Glenmarie sebelum mempertimbangkan pembukaan kemudahan seumpamanya di wilayah utara, tengah, selatan dan timur, bergantung pada permintaan pasaran. Syarikat itu juga melihat kemungkinan menerima kenderaan daripada jenama lain di luar rangkaiannya sekiranya permintaan dan keupayaan operasi mengizinkan.

Previous Post

Bill Gates beri amaran AI boleh cetus huru-hara ekonomi, sosial selama dua dekad

Next Post

Wanita Malaysia jatuh lubang 10 meter di Vietnam

Next Post
Wanita Malaysia jatuh lubang 10 meter di Vietnam

Wanita Malaysia jatuh lubang 10 meter di Vietnam

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARI KATEGORI

  • Ekonomi Islam
  • Jenayah
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • POLITIK
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video

CARI TOPIK MENARIK

2018 League AirBorneo Rancang Pengembangan Balinese Culture Bali United Budget Travel Champions League Chopper Bike Doctor Terawan Gempa Bumi Gempa Bumi Sabah Istana Negara Lancar Operasi Jet Separuh Kedua 2026 Market Stories National Exam Sabah Visit Bali

POPULAR

  • Terengganu tidak sunyi, Haraki Fest 2026 bakal ‘gegar’ Kuala Terengganu

    Terengganu tidak sunyi, Haraki Fest 2026 bakal ‘gegar’ Kuala Terengganu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Haraki Fest 2026 himpun usahawan, buka ruang teroka pasaran baharu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Azira De Gallery curi tumpuan pada Malaysia Gifts Fair 2026

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Program Sinergi Usahawan buka peluang kolaborasi dan jaringan perniagaan baharu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sinergi Usahawan perkukuh jaringan usahawan dan industri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Berita Terkini

  • Wanita Malaysia jatuh lubang 10 meter di Vietnam
  • EON sasar baik pulih 400 kenderaan sebulan dengan kemudahan baharu di Glenmarie
  • Bill Gates beri amaran AI boleh cetus huru-hara ekonomi, sosial selama dua dekad

Segment

  • Ekonomi Islam
  • Jenayah
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • POLITIK
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil

No Result
View All Result
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil