Monday, 26 October 2026
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
Home Khas

Bill Gates beri amaran AI boleh cetus huru-hara ekonomi, sosial selama dua dekad

Zailani by Zailani
25 Oct 2026
in Khas, Semasa
0
Bill Gates beri amaran AI boleh cetus huru-hara ekonomi, sosial selama dua dekad
0
SHARES
5
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

ISTANBUL,25 OKT ( Bernama) – Bill Gates memberi amaran bahawa kecerdasan buatan (AI) boleh mencetuskan pergolakan ekonomi dan sosial selama dua dekad, menjejaskan pekerjaan dan kehidupan walaupun teknologi itu berjaya diuruskan, lapor Anadolu Ajansi, memetik audio siar Dekoder.

Dalam temu bual dengan Dekoder yang disiarkan pada Khamis lalu, pengasas bersama Microsoft itu berkata peralihan kepada ekonomi dipacu AI akan mewujudkan pihak yang mengaut keuntungan (winners) dan pihak yang rugi (losers) sekali gus berpotensi membentuk semula pekerjaan dan menimbulkan persoalan tentang peranan orang ramai dalam masyarakat.

Related posts

Wanita Malaysia jatuh lubang 10 meter di Vietnam

Wanita Malaysia jatuh lubang 10 meter di Vietnam

25 Oct 2026
EON sasar baik pulih 400 kenderaan sebulan dengan kemudahan baharu di Glenmarie

EON sasar baik pulih 400 kenderaan sebulan dengan kemudahan baharu di Glenmarie

25 Oct 2026

“Kebimbangan besar saya ialah tempoh peralihan selama 20 tahun ini, di mana mereka akan mempunyai ‘winners dan losers’ dan banyak yang terjejas,” kata Gates, 70, sambil menambah bahawa masyarakat perlu mengharungi keadaan huru-hara sebelum berpotensi memasuki era kelimpahan.

Beliau menyifatkan jangka masa itu sebagai anggaran dan bukannya ramalan yang kukuh, mengakui bahawa peralihan itu mungkin lebih pendek atau lebih lama bergantung pada kemajuan teknologi dan keputusan mengenai pembangunan yang perlahan.

Gates berkata, kemajuan dalam AI dan robotik humanoid akhirnya membolehkan mesin melakukan banyak kerja fizikal yang dijalankan oleh manusia, termasuk membina rumah, bertani dan juga melakukan pembedahan.

Walaupun kemajuan itu boleh mengurangkan kekurangan barangan dan perkhidmatan, beliau mencadangkan masyarakat menetapkan aktiviti tertentu untuk manusia, termasuk penjagaan kanak-kanak, penyediaan makanan, seni dan sukan.

Dermawan jutawan itu juga menyerlahkan potensi manfaat AI dalam penjagaan kesihatan dan pertanian tetapi memberi amaran bahawa kerajaan dan masyarakat tidak cukup bersedia untuk pembangunan pesatnya.

Beliau menggesa pengawasan kerajaan yang lebih kukuh dan perlindungan teknikal terhadap serangan siber dan ancaman biologi, dengan alasan bahawa syarikat AI sahaja tidak boleh bertanggungjawab untuk menguruskan risiko.

Gates juga memberi amaran bahawa walaupun dalam keadaan yang paling baik, pembangunan AI boleh membawa salah satu tempoh yang paling huru-hara dalam sejarah manusia.

“Saya benci menjadi pembawa berita mengenai perkara ini, tetapi lebih teruk lagi tidak memberitahu orang ramai bahawa perkara ini akan datang. Kita mempunyai pilihan sebagai manusia untuk menentukan bagaimana kita membentuknya,” katanya.

Previous Post

Peruntukan RM16 bilion STR, SARA menguntungkan 99 Speed Mart, Eco-Shop

Next Post

EON sasar baik pulih 400 kenderaan sebulan dengan kemudahan baharu di Glenmarie

Next Post
EON sasar baik pulih 400 kenderaan sebulan dengan kemudahan baharu di Glenmarie

EON sasar baik pulih 400 kenderaan sebulan dengan kemudahan baharu di Glenmarie

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARI KATEGORI

  • Ekonomi Islam
  • Jenayah
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • POLITIK
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video

CARI TOPIK MENARIK

2018 League AirBorneo Rancang Pengembangan Balinese Culture Bali United Budget Travel Champions League Chopper Bike Doctor Terawan Gempa Bumi Gempa Bumi Sabah Istana Negara Lancar Operasi Jet Separuh Kedua 2026 Market Stories National Exam Sabah Visit Bali

POPULAR

  • Terengganu tidak sunyi, Haraki Fest 2026 bakal ‘gegar’ Kuala Terengganu

    Terengganu tidak sunyi, Haraki Fest 2026 bakal ‘gegar’ Kuala Terengganu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Haraki Fest 2026 himpun usahawan, buka ruang teroka pasaran baharu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Azira De Gallery curi tumpuan pada Malaysia Gifts Fair 2026

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Program Sinergi Usahawan buka peluang kolaborasi dan jaringan perniagaan baharu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sinergi Usahawan perkukuh jaringan usahawan dan industri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Berita Terkini

  • Wanita Malaysia jatuh lubang 10 meter di Vietnam
  • EON sasar baik pulih 400 kenderaan sebulan dengan kemudahan baharu di Glenmarie
  • Bill Gates beri amaran AI boleh cetus huru-hara ekonomi, sosial selama dua dekad

Segment

  • Ekonomi Islam
  • Jenayah
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • POLITIK
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil

No Result
View All Result
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil