Monday, 26 October 2026
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
Home Khas

Wanita Malaysia jatuh lubang 10 meter di Vietnam

Zailani by Zailani
25 Oct 2026
in Khas, Semasa
0
Wanita Malaysia jatuh lubang 10 meter di Vietnam
0
SHARES
7
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

LAM DONG (Vietnam), 25 OKT ( Bernama) – Seorang wanita warga Malaysia berusia 40 tahun diselamatkan selepas terjatuh ke dalam lubang sedalam 10 meter ketika mendaki di Da Lat, di sini hari ini, lapor Agensi Berita Vietnam (VNA), memetik pihak berkuasa tempatan.

Kejadian kira-kira jam 5.45 pagi di kawasan pergunungan Hon Bo di wad Lam Vien–Da Lat ketika wanita itu, yang dikenal pasti sebagai GSW sedang mendaki ketika terjatuh ke dalam lubang terbabit, yang dikatakan sebahagian daripada tapak perlombongan terbiar berdiameter kira-kira 70 sentimeter.

Related posts

EON sasar baik pulih 400 kenderaan sebulan dengan kemudahan baharu di Glenmarie

EON sasar baik pulih 400 kenderaan sebulan dengan kemudahan baharu di Glenmarie

25 Oct 2026
Bill Gates beri amaran AI boleh cetus huru-hara ekonomi, sosial selama dua dekad

Bill Gates beri amaran AI boleh cetus huru-hara ekonomi, sosial selama dua dekad

25 Oct 2026

Wanita berkenaan terperangkap di dalam lubang itu dan rakan kumpulannya cuba menariknya keluar, namun gagal. Pihak berkuasa tempatan kemudian dipanggil dan memutuskan untuk melancarkan operasi menyelamat kecemasan.

Wad Lam Vien–Da Lat menyelaras dengan pasukan tempatan serta Bahagian Pencegahan Kebakaran, Pemadaman Bomba dan Penyelamat di bawah Jabatan Keselamatan Awam wilayah untuk membantu pelancong berkenaan.

Pasukan penyelamat berjaya membawa wanita itu keluar daripada lubang itu sekitar 7.15 pagi dan membawanya ke Hospital Besar Lam Dong untuk rawatan kecemasan.

Maklumat awal menunjukkan dia cedera pada buku lali kanan, menerima pertolongan cemas sebelum dipindahkan ke hospital untuk rawatan lanjut.

Gunung Hon Bo, berhampiran perkampungan bunga Thai Phien di Da Lat, adalah destinasi popular untuk pendakian, pemburuan awan dan fotografi, menarik penduduk tempatan dan pelancong.

Gunung terbabit menawarkan pemandangan indah ke arah pusat Da Lat, terutamanya pada awal pagi. Bagaimanapun, mendaki dan bersiar-siar secara spontan di kawasan itu boleh menimbulkan risiko keselamatan, terutamanya bagi pelawat yang tidak biasa dengan rupa bumi tempatan.

Pihak berkuasa menasihatkan pengunjung berhati-hati apabila meneroka kawasan pergunungan dan mengelak mendaki secara bersendirian di lokasi di mana bentuk muka bumi dan potensi bahaya tidak diketahui.

Previous Post

EON sasar baik pulih 400 kenderaan sebulan dengan kemudahan baharu di Glenmarie

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARI KATEGORI

  • Ekonomi Islam
  • Jenayah
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • POLITIK
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video

CARI TOPIK MENARIK

2018 League AirBorneo Rancang Pengembangan Balinese Culture Bali United Budget Travel Champions League Chopper Bike Doctor Terawan Gempa Bumi Gempa Bumi Sabah Istana Negara Lancar Operasi Jet Separuh Kedua 2026 Market Stories National Exam Sabah Visit Bali

POPULAR

  • Terengganu tidak sunyi, Haraki Fest 2026 bakal ‘gegar’ Kuala Terengganu

    Terengganu tidak sunyi, Haraki Fest 2026 bakal ‘gegar’ Kuala Terengganu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Haraki Fest 2026 himpun usahawan, buka ruang teroka pasaran baharu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Azira De Gallery curi tumpuan pada Malaysia Gifts Fair 2026

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Program Sinergi Usahawan buka peluang kolaborasi dan jaringan perniagaan baharu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sinergi Usahawan perkukuh jaringan usahawan dan industri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Berita Terkini

  • Wanita Malaysia jatuh lubang 10 meter di Vietnam
  • EON sasar baik pulih 400 kenderaan sebulan dengan kemudahan baharu di Glenmarie
  • Bill Gates beri amaran AI boleh cetus huru-hara ekonomi, sosial selama dua dekad

Segment

  • Ekonomi Islam
  • Jenayah
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • POLITIK
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil

No Result
View All Result
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil