Friday, 11 September 2026
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
Home Semasa

Datin parah dibelasah dengan kayu golf ketika cubaan samun oleh anak saudara sendiri

Zailani by Zailani
8 Sep 2026
in Semasa
0
Datin parah dibelasah dengan kayu golf ketika cubaan samun oleh anak saudara sendiri
0
SHARES
6
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

BATU PAHAT, 8 SEPT ( Berita Harian) – Terdesak untuk membayar hutang, seorang wanita tergamak membelasah ibu saudaranya yang bergelar datin hingga parah dengan menggunakan kayu golf dalam cubaan samun di sebuah rumah dekat Parit Raja di sini semalam.

Berdasarkan laporan polis, kejadian berlaku pada jam 3.10 petang ketika mangsa wanita berusia 71 tahun itu bersendirian di rumah sebelum didatangi suspek.

Related posts

Studio TikTok Shop Live perkukuh pemasaran digital usahawan Terengganu

Studio TikTok Shop Live perkukuh pemasaran digital usahawan Terengganu

11 Sep 2026
Anwar, MB Kelantan bincang perkukuh kerjasama persekutuan-negeri

Anwar, MB Kelantan bincang perkukuh kerjasama persekutuan-negeri

10 Sep 2026

Ketika kejadian, anak mangsa tiada di rumah kerana mempunyai urusan di luar.

Suspek memasuki rumah dan bertindak memukul ibu saudaranya menggunakan kayu golf yang milik arwah suami wanita itu di kepala dan kedua-dua pergelangan tangan hingga cedera.

Mangsa kemudiannya bertindak menjerit meminta pertolongan jiran yang menyebabkan suspek terburu-buru keluar dari rumah, melarikan diri sambil membawa kayu golf.

Jiran mangsa kemudian bergegas ke rumah mangsa sebelum mendapati wanita itu dalam keadaan berlumuran darah sebelum menghubungi batuan polis.

Bertindak atas laporan dibuat, sepasukan aggota Jabatan Siasatan Jenayah Polis Batu Pahat berjaya mengesan dan menahan suspek di sebuah rumah dekat Parit Raja untuk membantu siasatan.

Polis turut merampas kayu golf yang digunakan untuk menyerang mangsa. Mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) dan ditahan dalam wad untuk pemeriksaan pakar berikutan kecederaan di kepala, muka, bahu dan pergelangan tangan.

Suspek dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, pagi ini untuk tahanan reman kerana disyaki mencederakan ibu saudaranya.

Perintah reman selama lima hari ke atas suspek berusia 28 tahun bermula hari ini dikeluarkan Majistret, Aimi Nawwar Mohamad Othman, bagi membolehkan polis menjalankan siasatan lanjut mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan siasatan masih dijalankan.

Previous Post

Helikopter ‘flying doctor’ terhempas berhampiran STOLport Long Lellang, 5 dalam pesawat

Next Post

Dari seekor ayam sehari, Zawiah kini bergelar pembayar zakat

Next Post
Dari seekor ayam sehari, Zawiah kini bergelar pembayar zakat

Dari seekor ayam sehari, Zawiah kini bergelar pembayar zakat

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARI KATEGORI

  • Ekonomi Islam
  • Jenayah
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • POLITIK
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video

CARI TOPIK MENARIK

2018 League AirBorneo Rancang Pengembangan Balinese Culture Bali United Budget Travel Champions League Chopper Bike Doctor Terawan Gempa Bumi Gempa Bumi Sabah Istana Negara Lancar Operasi Jet Separuh Kedua 2026 Market Stories National Exam Sabah Visit Bali

POPULAR

  • Terengganu tidak sunyi, Haraki Fest 2026 bakal ‘gegar’ Kuala Terengganu

    Terengganu tidak sunyi, Haraki Fest 2026 bakal ‘gegar’ Kuala Terengganu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Azira De Gallery curi tumpuan pada Malaysia Gifts Fair 2026

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Program Sinergi Usahawan buka peluang kolaborasi dan jaringan perniagaan baharu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sinergi Usahawan perkukuh jaringan usahawan dan industri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Datuk Wan Imran dilantik Pengerusi Kehormat AZM Rovers FC

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Berita Terkini

  • Studio TikTok Shop Live perkukuh pemasaran digital usahawan Terengganu
  • Anwar, MB Kelantan bincang perkukuh kerjasama persekutuan-negeri
  • Abdul Azeez bebas daripada reman, bakal hadir PAU malam ini – Peguam

Segment

  • Ekonomi Islam
  • Jenayah
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • POLITIK
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil

No Result
View All Result
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil