Tuesday, 27 October 2026
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
Home Semasa POLITIK

Ismail Lasim angkat sumpah Menteri Besar Negeri Sembilan

Zailani by Zailani
2 Aug 2026
in POLITIK
0
0
SHARES
6
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA PILAH, 2 OGOS – Datuk Ismail Lasim hari ini secara rasmi mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan yang baharu dalam Istiadat Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan Menteri Besar di Balairung Seri, Istana Besar Seri Menanti.

Istiadat tersebut berlangsung di hadapan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, selepas Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) membentuk kerajaan negeri hasil kemenangan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan Ke-16 semalam dengan memperoleh 25 daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Related posts

Nik Nazmi direhatkan 3 bulan daripada semua aktiviti rasmi BERSAMA

Nik Nazmi direhatkan 3 bulan daripada semua aktiviti rasmi BERSAMA

17 Oct 2026
PAS utamakan UMNO berbanding parti lain dalam kerjasama politik

PAS utamakan UMNO berbanding parti lain dalam kerjasama politik

17 Oct 2026

Dalam ucapan taat setia, Ismail menyifatkan pelantikan itu sebagai satu amanah besar yang menuntut keikhlasan, kesetiaan, kejujuran, kebijaksanaan serta komitmen tinggi dalam melaksanakan tanggungjawab kepada rakyat dan negeri.

Beliau berkata, kepercayaan yang diberikan oleh rakyat bukan sekadar satu penghormatan, sebaliknya amanah yang perlu diterjemahkan menerusi pentadbiran yang adil, telus dan berkesan.

“Kepercayaan yang diberikan rakyat bukan sekadar satu penghormatan, malah merupakan amanah besar yang perlu diterjemahkan menerusi pentadbiran yang adil, telus dan berkesan,” katanya.

Beliau turut menegaskan komitmen kerajaan negeri untuk memperkukuh ekonomi, menarik lebih banyak pelaburan berkualiti dan mewujudkan peluang pekerjaan bagi meningkatkan taraf hidup rakyat.

Selain itu, tumpuan juga akan diberikan kepada usaha memperkasa sektor pendidikan, kesihatan, perumahan, pertanian serta kesejahteraan sosial sebagai antara agenda utama pentadbiran baharu negeri.

Previous Post

PRN Negeri Sembilan bukti strategi penyatuan ummah masih relevan – Dewan Muslimat PAS

Next Post

Agrobank salur RM46 juta pembiayaan bantu usahawan Kelantan

Next Post
Agrobank bantu usahawan pasar tani perkukuh perniagaan melalui Skim Usahawan Tani Agrobank x FAMA

Agrobank salur RM46 juta pembiayaan bantu usahawan Kelantan

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARI KATEGORI

  • Ekonomi Islam
  • Jenayah
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • POLITIK
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video

CARI TOPIK MENARIK

2018 League AirBorneo Rancang Pengembangan Balinese Culture Bali United Budget Travel Champions League Chopper Bike Doctor Terawan Gempa Bumi Gempa Bumi Sabah Istana Negara Lancar Operasi Jet Separuh Kedua 2026 Market Stories National Exam Sabah Visit Bali

POPULAR

  • Terengganu tidak sunyi, Haraki Fest 2026 bakal ‘gegar’ Kuala Terengganu

    Terengganu tidak sunyi, Haraki Fest 2026 bakal ‘gegar’ Kuala Terengganu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Haraki Fest 2026 himpun usahawan, buka ruang teroka pasaran baharu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Azira De Gallery curi tumpuan pada Malaysia Gifts Fair 2026

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Program Sinergi Usahawan buka peluang kolaborasi dan jaringan perniagaan baharu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sinergi Usahawan perkukuh jaringan usahawan dan industri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Berita Terkini

  • Bukan sekadar baiki telefon, Seminar PRESENT 2026 buka peluang jana pendapatan
  • MPUPK Perkukuh Usahawan Bumiputera Zon Timur
  • Kelantan mahu KB Sentral diteruskan tanpa tunggu peruntukan RM250 juta

Segment

  • Ekonomi Islam
  • Jenayah
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • POLITIK
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil

No Result
View All Result
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil