Tuesday, 28 July 2026
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
Home Uncategorized

Kedudukan kerusi ADUN DAP berubah ke blok pembangkang

Zailani by Zailani
15 Jul 2026
in Uncategorized
0
Kedudukan kerusi ADUN DAP berubah ke blok pembangkang
0
SHARES
0
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA, 15 JULAI (Bernama) – Kedudukan kerusi empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Melaka berubah ke blok pembangkang pada hari terakhir sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka hari ini.

Kesemua ADUN DAP itu kini ditempatkan bersama ADUN Perikatan Nasional dan Bebas selepas mereka mengumumkan menarik sokongan terhadap kerajaan negeri pimpinan Barisan Nasional (BN) semalam.

Related posts

ASEAN disaran tubuh ‘war room’ rantaian bekalan

ASEAN disaran tubuh ‘war room’ rantaian bekalan

6 May 2026
Harga minyak di Kemboja turun

Harga minyak di Kemboja turun

29 Mar 2026

Mereka ialah Allex Seah Shoo Chin (PH-Kesidang), Low Chee Leong (PH-Kota Laksamana), Leng Chau Yen (PH-Banda Hilir) dan Kerk Chee Yee (PH-Ayer Keroh).

Bagaimanapun, kedudukan wakil tunggal Parti Amanah Negara (Amanah) yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Melaka Adly Zahari (PH-Bukit Katil) pula kekal bersama blok kerajaan, dan dijarakkan daripada empat ADUN berkenaan.

Speaker DUN Melaka, Datuk Ibrahim Durum dalam ucapannya berharap kesemua ADUN dapat mengambil bahagian dalam persidangan hari ini dengan penuh disiplin, berhemah, bersopan dan mematuhi peraturan-peraturan dewan.

“… walaupun kedudukan sebahagian daripada ahli-ahli Dewan Undangan telah pun diubah,” katanya.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memohon DAP Melaka menangguhkan keputusan parti itu untuk keluar daripada pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka bagi menumpukan kepada pembangunan dan kebajikan rakyat.

Ia susulan tindakan DAP Melaka yang mengumumkan keluar daripada kerajaan negeri serta-merta selepas DUN meluluskan pindaan Perlembagaan negeri bagi membolehkan pelantikan ADUN secara lantikan.

Pengerusi DAP Melaka Khoo Poay Tiong berkata keputusan itu selaras dengan pendirian parti yang menolak rang undang-undang berkenaan kerana didakwa bercanggah dengan prinsip demokrasi dan pilihan raya.

Previous Post

Ketua Pengarah MARA dikurniakan Darjah Gemilang Pangkuan Negeri, bawa gelaran Dato’ Seri

Next Post

Halal BizStart perkasa kesedaran pensijilan halal usahawan Bumiputera

Next Post
Halal BizStart perkasa kesedaran pensijilan halal usahawan Bumiputera

Halal BizStart perkasa kesedaran pensijilan halal usahawan Bumiputera

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARI KATEGORI

  • Ekonomi Islam
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • POLITIK
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video

CARI TOPIK MENARIK

2018 League AirBorneo Rancang Pengembangan Balinese Culture Bali United Budget Travel Champions League Chopper Bike Doctor Terawan Gempa Bumi Gempa Bumi Sabah Istana Negara Lancar Operasi Jet Separuh Kedua 2026 Market Stories National Exam Sabah Visit Bali

POPULAR

  • Azira De Gallery curi tumpuan pada Malaysia Gifts Fair 2026

    Azira De Gallery curi tumpuan pada Malaysia Gifts Fair 2026

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Program Sinergi Usahawan buka peluang kolaborasi dan jaringan perniagaan baharu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sinergi Usahawan perkukuh jaringan usahawan dan industri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jeruk Pak Ali, dari dapur kecil ke pasaran global

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Datuk Wan Imran dilantik Pengerusi Kehormat AZM Rovers FC

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Berita Terkini

  • Struktur gaji perlu dirombak, bukan sekadar naik gaji minimum – BNM
  • Perjalanan terakhir ke saf subuh
  • MB arah roboh segera penempatan haram warga asing di Setia Alam

Segment

  • Ekonomi Islam
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • POLITIK
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil

No Result
View All Result
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil