KUALA LUMPUR, 20 MEI (Harian Metro) – Pengilang OEM, Masha Group terus menjadi pilihan utama apabila berjaya membantu melahirkan ribuan pengasas produk bergelar jutawan menerusi ekosistem pembangunan jenama yang komprehensif dan diyakini ramai.
Diasaskan lebih sedekad lalu, Masha Group kini menjadi antara syarikat OEM paling dipercayai di Malaysia serta dikenali sebagai OEM pengilang kosmetik di negara ini.
Ia menjadi pilihan ramai usahawan dan selebriti tempatan dengan rekod lebih 500 jenama berjaya dibangunkan merangkumi produk penjagaan kulit, suplemen kesihatan, kosmetik dan solekan, penjagaan badan serta penjagaan rambut.
Pengasasnya, Enica Foong berkata, kejayaan dicapai itu bukan datang dalam tempoh singkat tetapi dibina bermula daripada bawah dengan visi mahu membantu lebih ramai individu membina empayar perniagaan sendiri.
Menurut Enica, Masha Group mempunyai ekosistem lengkap yang membantu usahawan daripada peringkat idea sehingga produk berjaya dipasarkan ke peringkat tempatan dan antarabangsa.
“Ramai orang ada idea produk yang bagus tetapi tidak tahu bagaimana mahu bermula terutama dari segi penyelidikan dan pembangunan (R&D), pengilangan, pensijilan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta pemasaran.
“Sebab itu, Masha Group diwujudkan bagi membantu usahawan fokus kepada penjenamaan dan jualan, manakala kami menguruskan segala aspek teknikal sehingga produk benar-benar bersedia untuk dipasarkan,” katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata, antara kekuatan utama Masha Group adalah pasukan R&D yang berpengalaman dalam menghasilkan formulasi eksklusif mengikut identiti dan visi setiap jenama.
Katanya, Masha Group tidak mengamalkan pendekatan formulasi ‘copy paste’ seperti kebanyakan kilang OEM biasa, sebaliknya setiap produk akan dikaji secara teliti berdasarkan sasaran pengguna, fungsi produk dan pengalaman yang ingin dibawa oleh sesebuah jenama.
Katanya, setiap jenama mempunyai identiti tersendiri dan memerlukan pendekatan formulasi berbeza bagi memastikan produk dihasilkan benar-benar berkualiti serta mampu memberi impak jangka panjang kepada pengguna.
“Bagi kami, produk berjaya bukan sekadar tular atau ‘sold out’ sekali tetapi produk yang pengguna mahu beli semula kerana benar-benar merasai manfaat dan kualitinya.
“Kami percaya OEM bukan sekadar menghasilkan produk, malah membina kepercayaan pengguna melalui formulasi yang dibangunkan dengan teliti dan penuh tanggungjawab,” katanya.
Katanya, semua bahan mentah yang digunakan diperoleh daripada pembekal berkualiti tinggi bagi memastikan setiap produk memenuhi standard keselamatan, keberkesanan dan inovasi semasa.
Selain memastikan penggunaan bahan mentah berkualiti tinggi, katanya, setiap produk juga melalui proses penilaian dari sudut pengalaman pengguna termasuk tekstur, keselesaan penggunaan, bau, penyerapan dan keberkesanan.
“Setiap produk akan melalui pelbagai ujian termasuk ujian kestabilan, kestabilan biologi dan ramalan jangka hayat simpanan bagi memastikan produk selamat serta berkualiti tinggi sebelum berada di pasaran.
“Kami juga menyediakan kuantiti pesanan minimum (MOQ) serendah 500 unit bagi memberi peluang kepada usahawan baharu memulakan langkah dalam industri tanpa perlu mengeluarkan modal terlalu besar,” katanya.
Selain itu, Masha Group turut dikenali sebagai OEM pengilang halal yang beroperasi mengikut piawaian antarabangsa termasuk pensijilan halal, Amalan Pensijilan Baik (GMP), Analisis Bahaya dan Titik Kawalan Kritikal (HACCP) dan Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MESTI).
“Kami turut menggunakan data pasaran dan analisis trend pengguna termasuk melalui platform digital seperti TikTok bagi memahami perubahan tingkah laku pengguna serta membantu jenama menghasilkan produk relevan untuk pasaran semasa.
“Masha Group juga menyediakan sokongan pembungkusan dan penjenamaan bagi meningkatkan nilai sesebuah produk di mata pengguna.
“Setiap pembungkusan direka mengikut identiti jenama selain memastikan pematuhan terhadap keperluan pasaran tempatan dan antarabangsa,” katanya.
Menurutnya, Masha Group juga membantu usahawan dalam aspek regulatori dan pemasaran supaya mereka dapat memasuki pasaran dengan lebih yakin dan tersusun.
“Kami mahu setiap jenama yang lahir bersama Masha Group mampu berkembang menjadi jenama besar dan memberi impak kepada industri.
“Masha Group adalah pengilang terus tanpa orang tengah atau broker sekali gus membolehkan pelanggan menikmati harga kilang yang lebih kompetitif serta komunikasi lebih telus dan pantas,” katanya.




