Friday, 31 July 2026
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
Home Semasa

Impak krisis bekalan global lebih ketara pada suku ketiga nanti

Zailani by Zailani
20 May 2026
in Semasa, SME Bisnes
0
Tiada perbincangan kurangkan kuota BUDI95 – Akmal Nasrullah
0
SHARES
5
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR, 20 MEI (Bernama) – Impak krisis bekalan global dijangka lebih ketara pada suku ketiga tahun ini, khususnya terhadap kestabilan harga, kos operasi industri dan pasaran buruh, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Ahmad Nasir.

Beliau berkata pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) negara sebanyak 5.4 peratus pada suku pertama 2026, selain kadar pengangguran yang kekal pada tahap guna tenaga penuh, menyediakan asas kukuh untuk kerajaan mengambil langkah yang lebih tersusun, proaktif dan responsif dalam menghadapi cabaran ekonomi semasa.

Related posts

RCI: Penamatan CEO, Pengerusi Lembaga TH dibuat tanpa sebab munasabah

RCI: Penamatan CEO, Pengerusi Lembaga TH dibuat tanpa sebab munasabah

30 Jul 2026
Bank Islam syor dana perkongsian risiko perkasa usahawan iTEKAD

Bank Islam syor dana perkongsian risiko perkasa usahawan iTEKAD

30 Jul 2026

Katanya tekanan bekalan global sedang dipantau secara rapi kerana kesannya tidak semestinya berlaku serta-merta tetapi boleh bergerak secara berperingkat kepada harga barang, kos operasi industri, pekerjaan dan perbelanjaan isi rumah.

“Kerajaan akan terus melaksanakan intervensi yang bersasar supaya rakyat tidak dibiarkan terkesan tanpa sokongan yang sewajarnya, khususnya dalam memastikan bekalan asas mencukupi, harga kekal terkawal dan bantuan sampai kepada kumpulan yang benar-benar memerlukan,” katanya dalam Taklimat Krisis Bekalan Global di laman Facebook kementerian, semalam.

Akmal Nasrullah berkata pertumbuhan KDNK itu lebih baik berbanding beberapa ekonomi utama dunia yang telah mengumumkan prestasi KDNK suku pertama 2026, termasuk Singapura (4.6 peratus), Filipina (2.8 peratus) dan China (5.0 peratus).

Katanya harga minyak mentah Brent bergerak dalam julat yang masih tinggi, iaitu antara AS$105.62 setong hingga AS$112.15 setong.

“Pergerakan ini menggambarkan pasaran yang masih sensitif terhadap risiko geopolitik dan jangkaan permintaan tenaga global, khususnya daripada ekonomi utama Asia,” katanya.

Beliau berkata setakat ini, kesan kepada pasaran kewangan domestik masih terkawal.

Katanya indeks FBM KLCI ditutup pada paras 1,740.22 mata pada 15 Mei 2026 berbanding 1,748.06 mata pada 8 Mei 2026, iaitu penurunan 7.84 mata atau sekitar 0.4 peratus.

“Sepanjang tempoh 11 hingga 15 Mei 2026, indeks tersebut bergerak dalam julat kecil antara 1,740.22 mata dan 1,750.56 mata pada penghujung dagangan harian.

“Ini menunjukkan sentimen pelabur masih berhati-hati tetapi tidak berlaku gangguan pasaran yang mendadak,” katanya.

Bagi kos sara hidup, katanya meskipun Indeks Harga Pengguna (IHP) bagi April 2026 menunjukkan kadar inflasi negara meningkat kepada 1.9 peratus berbanding 1.7 peratus pada Mac 2026, kadar inflasi Malaysia masih sederhana dan terkawal berbanding beberapa negara serantau dan ekonomi utama dunia.

Beliau berkata peningkatan inflasi domestik terutama dipengaruhi oleh kumpulan pengangkutan yang meningkat kepada 4.1 peratus pada April 2026 (Mac 2026: 1.6 peratus).

“Faktor utama adalah kenaikan purata harga diesel di Semenanjung Malaysia kepada RM5.92 seliter berbanding RM4.12 pada Mac 2026 serta kenaikan harga RON97 kepada RM5.06 seliter berbanding RM4.03 sebelum ini,” katanya.

Previous Post

Masha Group jadi pilihan utama pengasas produk

Next Post

Pegawai kanan JSJ Selangor meninggal dunia terjatuh dari bangunan

Next Post
Pegawai kanan JSJ Selangor meninggal dunia terjatuh dari bangunan

Pegawai kanan JSJ Selangor meninggal dunia terjatuh dari bangunan

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARI KATEGORI

  • Ekonomi Islam
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • POLITIK
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video

CARI TOPIK MENARIK

2018 League AirBorneo Rancang Pengembangan Balinese Culture Bali United Budget Travel Champions League Chopper Bike Doctor Terawan Gempa Bumi Gempa Bumi Sabah Istana Negara Lancar Operasi Jet Separuh Kedua 2026 Market Stories National Exam Sabah Visit Bali

POPULAR

  • Azira De Gallery curi tumpuan pada Malaysia Gifts Fair 2026

    Azira De Gallery curi tumpuan pada Malaysia Gifts Fair 2026

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Program Sinergi Usahawan buka peluang kolaborasi dan jaringan perniagaan baharu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sinergi Usahawan perkukuh jaringan usahawan dan industri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jeruk Pak Ali, dari dapur kecil ke pasaran global

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Datuk Wan Imran dilantik Pengerusi Kehormat AZM Rovers FC

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Berita Terkini

  • RCI: Penamatan CEO, Pengerusi Lembaga TH dibuat tanpa sebab munasabah
  • Bank Islam syor dana perkongsian risiko perkasa usahawan iTEKAD
  • Myanmar setuju terima semula 5,000 pelarian Rohingya di Malaysia

Segment

  • Ekonomi Islam
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • POLITIK
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil

No Result
View All Result
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil