Wednesday, 28 October 2026
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
Home Semasa

Tokenisasi buka akses rakyat kepada pelaburan bon, sukuk – CIMB

Zailani by Zailani
28 Aug 2026
in Semasa
0
Tokenisasi buka akses rakyat kepada pelaburan bon, sukuk – CIMB
0
SHARES
5
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR, 28 OGOS ( Berita Harian) – Tokenisasi berpotensi membuka akses pelaburan bon dan sukuk kepada pelabur runcit termasuk rakyat biasa serta pesara menerusi kos operasi yang lebih rendah.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CIMB, Novan Amirudin, berkata kos operasi yang tinggi secara tradisinya menyebabkan pelaburan bon dalam jumlah kecil kurang ekonomik, sekali gus mengehadkan penyertaan kumpulan pelabur tertentu.

Related posts

Kelantan mahu KB Sentral diteruskan tanpa tunggu peruntukan RM250 juta

Kelantan mahu KB Sentral diteruskan tanpa tunggu peruntukan RM250 juta

26 Oct 2026
Harga emas lonjak semula cecah paras tertinggi tujuh minggu RM560.18 segram

Peluang besar kejatuhan emas

26 Oct 2026

Beliau berkata, penerbitan aset secara digital berupaya mengurangkan kos berkenaan dan membolehkan pelaburan dalam saiz lebih kecil dilaksanakan secara lebih ekonomik.

“Secara sejarahnya, jika seseorang mahu melabur dalam bon, kos operasi yang tinggi menjadikannya tidak ekonomik jika mahu melabur dalam jumlah lebih kecil.

“Namun, apabila kita menerbitkan aset digital, kos operasinya jauh lebih rendah. Ini menjadikan pelaburan kecil, contohnya oleh rakyat atau pesara, lebih ekonomik. Begitulah tokenisasi menjadikan pasaran lebih inklusif,” katanya pada sesi panel ‘Building the Next-Generation Financial Systems’, di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan; Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour; Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), Datuk Mohammad Faiz Azmi dan Pengerusi Kumpulan CIMB, Datuk Syed Zaid Albar.

Novan berkata, selain meningkatkan keterangkuman, tokenisasi berupaya meningkatkan ketelusan dengan membolehkan aliran dana daripada sesuatu penerbitan dijejaki.

Sebagai contoh, katanya, dana yang diperoleh menerusi penerbitan bon bagi membiayai pembinaan sekolah boleh dijejaki penggunaannya termasuk pembayaran kepada kontraktor dan pembelian bahan mentah.

“Tokenisasi turut menawarkan kelebihan dari segi kelajuan dan kecekapan transaksi, terutama apabila diaplikasikan kepada pembayaran rentas sempadan.

“Pembayaran rentas sempadan secara masa nyata berpotensi memberi manfaat kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang menjalankan perniagaan di pasaran serantau dan global kerana mereka boleh menerima pembayaran dengan lebih pantas. Wang akan bergerak seiring dengan perniagaan, bukannya dua hari kemudian,” katanya.

Beliau berkata, CIMB melihat tokenisasi sebagai langkah seterusnya dalam usaha meningkatkan keupayaan pasaran kewangan bagi memberi perkhidmatan lebih baik kepada pelanggan.

Dalam tempoh empat bulan lalu, industri tempatan melaksanakan beberapa inisiatif termasuk sukuk bertoken Khazanah bernilai RM100 juta serta penerbitan sukuk CIMB bernilai RM1.68 bilion, dengan RM1.38 bilion daripadanya dalam bentuk sukuk bertoken.

Novan berkata, langkah seterusnya adalah beralih daripada projek perintis kepada pelaksanaan praktikal yang selamat dan boleh dipercayai, selain memperluaskan penggunaan teknologi berkenaan.

Beliau berkata, sistem kewangan tradisional dan sistem bertoken dijangka terus wujud secara bersama, justeru kebolehoperasian antara kedua-duanya penting bagi membolehkan industri memperoleh manfaat tokenisasi tanpa mengetepikan kerangka undang-undang dan operasi sedia ada.

Previous Post

Untung bersih suku kedua IHH Healthcare melonjak kepada RM573 juta

Next Post

Rugi RM400,000 jual pakaian, suami isteri bangkit raih RM130,000 sebulan jual kerepek pisang

Next Post
Rugi RM400,000 jual pakaian, suami isteri bangkit raih RM130,000 sebulan jual kerepek pisang

Rugi RM400,000 jual pakaian, suami isteri bangkit raih RM130,000 sebulan jual kerepek pisang

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARI KATEGORI

  • Ekonomi Islam
  • Jenayah
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • POLITIK
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video

CARI TOPIK MENARIK

2018 League AirBorneo Rancang Pengembangan Balinese Culture Bali United Budget Travel Champions League Chopper Bike Doctor Terawan Gempa Bumi Gempa Bumi Sabah Istana Negara Lancar Operasi Jet Separuh Kedua 2026 Market Stories National Exam Sabah Visit Bali

POPULAR

  • Terengganu tidak sunyi, Haraki Fest 2026 bakal ‘gegar’ Kuala Terengganu

    Terengganu tidak sunyi, Haraki Fest 2026 bakal ‘gegar’ Kuala Terengganu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Haraki Fest 2026 himpun usahawan, buka ruang teroka pasaran baharu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Azira De Gallery curi tumpuan pada Malaysia Gifts Fair 2026

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Program Sinergi Usahawan buka peluang kolaborasi dan jaringan perniagaan baharu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sinergi Usahawan perkukuh jaringan usahawan dan industri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Berita Terkini

  • Bukan sekadar baiki telefon, Seminar PRESENT 2026 buka peluang jana pendapatan
  • MPUPK Perkukuh Usahawan Bumiputera Zon Timur
  • Kelantan mahu KB Sentral diteruskan tanpa tunggu peruntukan RM250 juta

Segment

  • Ekonomi Islam
  • Jenayah
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • POLITIK
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil

No Result
View All Result
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil