Friday, 11 September 2026
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
Home Semasa

Untung bersih suku kedua IHH Healthcare melonjak kepada RM573 juta

Zailani by Zailani
28 Aug 2026
in Semasa
0
Untung bersih suku kedua IHH Healthcare melonjak kepada RM573 juta
0
SHARES
4
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR, 28 OGOS ( Bernama) – Keuntungan bersih IHH Healthcare Bhd (IHH Healthcare) meningkat kepada RM573 juta bagi suku kedua yang berakhir pada 30 Jun 2026 daripada RM443 juta dalam tempoh yang sama tahun lalu, mewakili peningkatan 29 peratus tahun ke tahun.

Perolehan bagi suku dalam tinjauan meningkat sebanyak 12 peratus kepada RM7.05 bilion daripada RM6.30 bilion sebelumnya, didorong oleh prestasi yang lebih kukuh dalam segmen hospital dan penjagaan kesihatan.

Related posts

Studio TikTok Shop Live perkukuh pemasaran digital usahawan Terengganu

Studio TikTok Shop Live perkukuh pemasaran digital usahawan Terengganu

11 Sep 2026
Anwar, MB Kelantan bincang perkukuh kerjasama persekutuan-negeri

Anwar, MB Kelantan bincang perkukuh kerjasama persekutuan-negeri

10 Sep 2026

“Perolehan bagi hospital dan penjagaan kesihatan bagi suku kedua bagi tahun kewangan 2026 meningkat tujuh peratus kepada RM6.57 bilion, didorong oleh permintaan yang berterusan bagi perkhidmatan penjagaan kesihatan yang berkualiti, campuran kes pesakit yang lebih akut dan pelarasan harga untuk mengatasi inflasi.

“Penggabungan Bayindir Healthcare, TMI Healthcare dan Biruni Labs, yang diambil alih selepas suku kedua tahun kewangan 2025, turut menyumbang kepada peningkatan hasil,” katanya dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Bagi separuh pertama 2026, keuntungan bersih kumpulan itu meningkat kepada RM1.10 bilion daripada RM957 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas, manakala perolehan meningkat lapan peratus kepada RM13.60 bilion daripada RM12.59 bilion sebelumnya, disumbangkan oleh prestasi hospital dan penjagaan kesihatan yang lebih kukuh.

Kumpulan itu turut mengisytiharkan dividen tunai interim satu peringkat sebanyak 5.5 sen sesaham biasa bagi tahun kewangan yang berakhir pada 31 Disember 2026 yang akan dibayar pada 30 Oktober 2026.

Mengenai prospek, IHH Healthcare kekal memberi tumpuan untuk melaksanakan strategi jangka panjang untuk mencapai pertumbuhan yang mampan dan penciptaan nilai.

“Tertakluk kepada perkara yang tidak dijangka, kumpulan ini optimis bahawa ia berada dalam kedudukan yang baik untuk memanfaatkan asasnya yang kukuh, langkah peruntukan modal yang berdisiplin dan portfolio yang pelbagai bagi memberikan pertumbuhan yang mampan serta penciptaan nilai bagi pihak berkepentingan,” menurut kumpulan itu.

Sementara itu, dalam kenyataan berasingan, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan IHH Healthcare, Dr Prem Kumar Nair, berkata kumpulan itu tetap yakin dapat mencapai pulangan ekuiti (ROE) dua digit menjelang 2028.

“Kami mempercepatkan momentum pertumbuhan kami yang kukuh pada suku kedua tahun kewangan 2026 dengan jumlah pesakit yang lebih tinggi dan campuran kes yang lebih kompleks.

“Sebagai sebuah rangkaian multinasional yang unik dan pelbagai, IHH Healthcare berupaya mengatasi ketidaktentuan menerusi strategi yang disasarkan bagi setiap 10 negara, sambil memastikan sinergi peringkat kumpulan dari segi kos, sistem dan kecemerlangan operasi,” tambahnya.

Previous Post

Krishnan Tan bersara sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif IJM Corp

Next Post

Tokenisasi buka akses rakyat kepada pelaburan bon, sukuk – CIMB

Next Post
Tokenisasi buka akses rakyat kepada pelaburan bon, sukuk – CIMB

Tokenisasi buka akses rakyat kepada pelaburan bon, sukuk - CIMB

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARI KATEGORI

  • Ekonomi Islam
  • Jenayah
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • POLITIK
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video

CARI TOPIK MENARIK

2018 League AirBorneo Rancang Pengembangan Balinese Culture Bali United Budget Travel Champions League Chopper Bike Doctor Terawan Gempa Bumi Gempa Bumi Sabah Istana Negara Lancar Operasi Jet Separuh Kedua 2026 Market Stories National Exam Sabah Visit Bali

POPULAR

  • Terengganu tidak sunyi, Haraki Fest 2026 bakal ‘gegar’ Kuala Terengganu

    Terengganu tidak sunyi, Haraki Fest 2026 bakal ‘gegar’ Kuala Terengganu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Azira De Gallery curi tumpuan pada Malaysia Gifts Fair 2026

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Program Sinergi Usahawan buka peluang kolaborasi dan jaringan perniagaan baharu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sinergi Usahawan perkukuh jaringan usahawan dan industri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Datuk Wan Imran dilantik Pengerusi Kehormat AZM Rovers FC

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Berita Terkini

  • Studio TikTok Shop Live perkukuh pemasaran digital usahawan Terengganu
  • Anwar, MB Kelantan bincang perkukuh kerjasama persekutuan-negeri
  • Abdul Azeez bebas daripada reman, bakal hadir PAU malam ini – Peguam

Segment

  • Ekonomi Islam
  • Jenayah
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • POLITIK
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil

No Result
View All Result
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil