Friday, 11 September 2026
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
Home Ekonomi Islam

Rugi RM400,000 jual pakaian, suami isteri bangkit raih RM130,000 sebulan jual kerepek pisang

Zailani by Zailani
29 Aug 2026
in Ekonomi Islam, SME Bisnes
0
Rugi RM400,000 jual pakaian, suami isteri bangkit raih RM130,000 sebulan jual kerepek pisang
0
SHARES
10
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

SABAK BERNAM,29 OGOS ( Bernama) – Selepas menanggung kerugian hampir RM400,000 dalam perniagaan pakaian pada 2023, pasangan suami isteri Muhammad Akram Shairi dan Siti Farhana Masud Hayati tidak menyangka keputusan untuk membuat siaran langsung menggoreng kerepek pisang di belakang rumah menjadi titik kebangkitan mereka.

Bermula dengan hanya 30 kilogram (kg) tempahan pada sesi siaran langsung pertama pada Mac 2025, permintaan meningkat kepada 60 kg pada keesokan harinya dan kini pasangan itu mampu memproses kira-kira 200 kg pisang sehari di kilang Nekyahh Kerepek di Parit 6 Tebuk Pulai, di sini.

Related posts

Studio TikTok Shop Live perkukuh pemasaran digital usahawan Terengganu

Studio TikTok Shop Live perkukuh pemasaran digital usahawan Terengganu

11 Sep 2026
Dari seekor ayam sehari, Zawiah kini bergelar pembayar zakat

Dari seekor ayam sehari, Zawiah kini bergelar pembayar zakat

9 Sep 2026

Muhammad Akram, 32, berkata ketika memulakan perniagaan kerepek, dia dan Siti Farhana, 26, hanya bergantung pada sumber yang ada termasuk mendapat bekalan pisang secara bayaran mingguan sebelum menggoreng dan menjual produk berkenaan menerusi platform TikTok.

“Ramadan tahun lalu kami buat siaran langsung menggoreng kerepek dan terus mendapat tempahan 30 kg. Keesokannya, kami ambil seorang pekerja selepas mendapat tempahan 60 kg dan sejak itu tempahan terus meningkat sehingga kami terpaksa tambah pekerja untuk memenuhi permintaan,” katanya kepada Bernama.

Bapa kepada dua anak itu berkata kejayaan tersebut amat bermakna buat mereka selepas melalui pengalaman sukar dalam perniagaan terdahulu yang hampir menyebabkan mereka kehilangan sumber pendapatan.

Mengenang kembali detik sukar itu, Muhammad Akram berkata ketika persiapan Aidilfitri tahun lalu, mereka hanya mempunyai RM60 di dalam poket, manakala wang daripada jualan dalam talian masih belum boleh dikeluarkan.

“Saya cakap kepada isteri, kita buat-buat sibuk goreng kerepek dekat belakang rumah supaya apabila saudara-mara tanya, kami ada alasan kononnya tempahan terlalu banyak. Sebenarnya kami mengelak sebab tiada duit raya nak diberi kepada anak saudara,” katanya.

Pengalaman itu mengajar mereka supaya lebih berdisiplin dalam mengurus aliran tunai dan tidak terburu-buru menggunakan keuntungan untuk mengembangkan perniagaan.

Kini, Nekyahh Kerepek mampu mencatat jualan antara RM130,000 hingga RM136,000 sebulan, bergantung pada bekalan bahan mentah dan permintaan semasa.

Pertumbuhan perniagaan itu turut memberikan limpahan manfaat kepada penduduk setempat apabila pasangan berkenaan kini menggaji 14 pekerja berusia antara 24 hingga 66 tahun, termasuk ibu tunggal.

“Bagi kami, pengambilan warga emas bukan sekadar memenuhi keperluan tenaga kerja, tetapi memberi mereka peluang untuk terus memperoleh pendapatan tanpa melakukan pekerjaan yang terlalu berat,” kata Muhammad Akram yang turut mengusahakan kebun pisang di Kampung Gajah, Perak bagi membantu memenuhi keperluan kilang.

Previous Post

Tokenisasi buka akses rakyat kepada pelaburan bon, sukuk – CIMB

Next Post

Kembar siam Muhammad Rosli meninggal dunia pagi tadi

Next Post
Kembar siam Muhammad Rosli meninggal dunia pagi tadi

Kembar siam Muhammad Rosli meninggal dunia pagi tadi

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARI KATEGORI

  • Ekonomi Islam
  • Jenayah
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • POLITIK
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video

CARI TOPIK MENARIK

2018 League AirBorneo Rancang Pengembangan Balinese Culture Bali United Budget Travel Champions League Chopper Bike Doctor Terawan Gempa Bumi Gempa Bumi Sabah Istana Negara Lancar Operasi Jet Separuh Kedua 2026 Market Stories National Exam Sabah Visit Bali

POPULAR

  • Terengganu tidak sunyi, Haraki Fest 2026 bakal ‘gegar’ Kuala Terengganu

    Terengganu tidak sunyi, Haraki Fest 2026 bakal ‘gegar’ Kuala Terengganu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Azira De Gallery curi tumpuan pada Malaysia Gifts Fair 2026

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Program Sinergi Usahawan buka peluang kolaborasi dan jaringan perniagaan baharu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sinergi Usahawan perkukuh jaringan usahawan dan industri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Datuk Wan Imran dilantik Pengerusi Kehormat AZM Rovers FC

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Berita Terkini

  • Studio TikTok Shop Live perkukuh pemasaran digital usahawan Terengganu
  • Anwar, MB Kelantan bincang perkukuh kerjasama persekutuan-negeri
  • Abdul Azeez bebas daripada reman, bakal hadir PAU malam ini – Peguam

Segment

  • Ekonomi Islam
  • Jenayah
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • POLITIK
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil

No Result
View All Result
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil