KUALA LUMPUR, 29 OGOS – Kembar siam, Muhammad Rosli, 28, disahkan meninggal dunia di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia, Cheras, di sini jam 10.45 pagi tadi.
Perkara itu disahkan abangnya Ahmad, 28, yang memaklumkan adiknya sebelum ini dimasukkan ke hospital berkenaan sejak Ahad lalu selepas mengadu tidak sihat.
“Muhammad baru meninggal dunia jam 10.45 pagi, jenazah masih ada di hospital lagi,” katanya.
Ahmad berkata, buat masa ini, dia belum dapat berkongsi maklumat mengenai lokasi dan masa pengebumian kerana perlu menyelesaikan pengurusan jenazah adiknya terlebih dahulu.
Pada Julai 2025, Muhammad menjalani rawatan di Hospital King Fahd National Guard, Riyadh, Arab Saudi selepas disahkan menghidap kanser pundi kencing.
Sepanjang lapan bulan berada di negara itu, Muhammad menjalani lima pembedahan dan lima sesi kemoterapi sebelum disahkan pulih serta menjalani rawatan susulan.
Muhammad dan Ahmad pernah menggemparkan negara apabila menjalani pembedahan pembahagian hati di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pada 2001.
Pada September 2002, mereka berjaya dipisahkan menerusi pembedahan selama 22 jam 45 minit di Hospital King Fahd National Guard, Arab Saudi.




