Wednesday, 29 July 2026
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
Home Semasa

Tiada lagi EV import mampu milik dibawa ke Malaysia mulai Rabu ini

Zailani by Zailani
28 Jun 2026
in Semasa
0
Tiada lagi EV import mampu milik dibawa ke Malaysia mulai Rabu ini
0
SHARES
14
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR, 28 JUN ( Berita Harian) – Pengguna automotif tempatan bakal berdepan perubahan besar dalam pasaran kenderaan elektrik (EV) apabila harga bilik pameran bagi model EV import sepenuhnya (CBU) dijangka meningkat kepada sekurang-kurangnya RM300,000 bermula 1 Julai ini susulan pelaksanaan syarat baharu oleh Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).

Langkah itu dilihat bakal mengubah landskap pasaran EV negara dengan menamatkan penawaran model EV import mampu milik yang sebelum ini menjadi pilihan segmen pasaran massa.

Related posts

Struktur gaji perlu dirombak, bukan sekadar naik gaji minimum – BNM

Struktur gaji perlu dirombak, bukan sekadar naik gaji minimum – BNM

28 Jul 2026
Perjalanan terakhir ke saf subuh

Perjalanan terakhir ke saf subuh

28 Jul 2026

Menurut nota penyelidikan Kenanga Investment Bank Bhd, MITI menetapkan nilai minimum Kos, Insurans dan Tambang (CIF) sebanyak RM200,000 bagi setiap unit EV import yang mahu dibawa masuk ke negara ini.

Selain itu, syarat baharu berkenaan turut menetapkan keperluan output kuasa minimum 180 kilowatt (kW) bagi model EV import yang layak memasuki pasaran tempatan.

Penganalisisnya, Wan Mustaqim Wan Ab Aziz, berkata pelaksanaan syarat berkenaan akan menyebabkan harga jualan akhir kenderaan meningkat dengan ketara selepas mengambil kira duti import, duti eksais, Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sebanyak 10 peratus serta margin pengedar.

Beliau berkata, kesan langsung daripada dasar itu ialah penamatan pasaran bagi EV import mampu milik yang sebelum ini menyasarkan pengguna arus perdana.

“Dasar ini secara efektif menamatkan pasaran bagi EV import mampu milik untuk segmen pasaran massa, termasuk model asas daripada jenama import seperti BYD, GWM dan MG,” katanya dalam nota penyelidikan.

Bagaimanapun, pengguna masih mempunyai peluang terhad untuk mendapatkan model EV import pada harga sedia ada memandangkan stok kenderaan CBU yang sudah berada dalam negara atau sedang dalam transit sebelum tarikh akhir pelaksanaan dasar itu dikecualikan daripada syarat baharu berkenaan.

Pengecualian itu akan terus terpakai sehingga semua stok berkenaan habis dijual di pasaran.

Mengulas rasional dasar itu, Wan Mustaqim berkata, MITI menggunakan sekatan import berkenaan bagi menggalakkan pembuat kereta global melabur dalam kemudahan pemasangan tempatan (CKD).

“MITI menggunakan sekatan import ini untuk memaksa pembuat kereta global melabur dalam barisan CKD, sekali gus menamatkan pergantungan kepada import murah untuk menguji pasaran,” katanya.

Menurut Kenanga Investment Bank, langkah berkenaan secara tidak langsung memberi kelebihan komersial kepada jenama tempatan serta pengeluar yang lebih awal melaksanakan operasi pemasangan tempatan.

Antara pihak yang dijangka menerima manfaat ialah Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) menerusi kilang mobiliti pintarnya, selain model PROTON dan Zeekr yang dipasang di Kilang Tanjung Malim milik DRB-HICOM Bhd.

Turut berpotensi meraih manfaat daripada dasar itu ialah Xpeng, GWM, BAIC dan SAIC yang menggunakan kemudahan pemasangan EP Manufacturing Bhd (EPMB) di Melaka, selain pengeluar kontrak pihak ketiga seperti Inokom Corporation Sdn Bhd di bawah Sime Darby Bhd.

Dalam perkembangan berkaitan, Kenanga Investment Bank turut melihat peralihan ketara permintaan pengguna ke arah kenderaan hibrid plug-in (PHEV) selepas insentif cukai penuh untuk EV CBU berakhir pada 31 Disember 2025.

Pada masa sama, Kenanga Investment Bank mengingatkan industri automotif mengenai cabaran tenaga kerja apabila barisan pemasangan EV standard memerlukan waktu buruh antara 30 hingga 40 peratus lebih rendah berbanding sistem enjin pembakaran dalaman (ICE).

Previous Post

Dua EXCO BERSATU Kelantan kekal jalankan tugas, status quo dikekalkan

Next Post

Hiap Joo Bakery kekal guna ketuhar kayu api selepas lebih 100 tahun

Next Post
Hiap Joo Bakery kekal guna ketuhar kayu api selepas lebih 100 tahun

Hiap Joo Bakery kekal guna ketuhar kayu api selepas lebih 100 tahun

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARI KATEGORI

  • Ekonomi Islam
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • POLITIK
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video

CARI TOPIK MENARIK

2018 League AirBorneo Rancang Pengembangan Balinese Culture Bali United Budget Travel Champions League Chopper Bike Doctor Terawan Gempa Bumi Gempa Bumi Sabah Istana Negara Lancar Operasi Jet Separuh Kedua 2026 Market Stories National Exam Sabah Visit Bali

POPULAR

  • Azira De Gallery curi tumpuan pada Malaysia Gifts Fair 2026

    Azira De Gallery curi tumpuan pada Malaysia Gifts Fair 2026

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Program Sinergi Usahawan buka peluang kolaborasi dan jaringan perniagaan baharu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sinergi Usahawan perkukuh jaringan usahawan dan industri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jeruk Pak Ali, dari dapur kecil ke pasaran global

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Datuk Wan Imran dilantik Pengerusi Kehormat AZM Rovers FC

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Berita Terkini

  • Struktur gaji perlu dirombak, bukan sekadar naik gaji minimum – BNM
  • Perjalanan terakhir ke saf subuh
  • MB arah roboh segera penempatan haram warga asing di Setia Alam

Segment

  • Ekonomi Islam
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • POLITIK
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil

No Result
View All Result
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil