Thursday, 17 September 2026
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
Home Semasa

Tindakan pantas guru selamatkan murid tadika dalam kebakaran

Zailani by Zailani
17 Sep 2026
in Semasa
0
Tindakan pantas guru selamatkan murid tadika dalam kebakaran
0
SHARES
3
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

PENDANG, 17 SEPT ( Berita Harian) – Tindakan pantas tiga guru mengarahkan 41 murid keluar dari bangunan menyelamatkan mereka daripada menjadi mangsa kebakaran di Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) An-Nur, Kampung Charok Kudong, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, semua murid berjaya dibawa keluar dan dikumpulkan di kawasan selamat sebelum pasukan bomba tiba di lokasi.

Related posts

BSN perluas akses perbankan perniagaan kepada usahawan mikro, penjaja

BSN perluas akses perbankan perniagaan kepada usahawan mikro, penjaja

17 Sep 2026
‘Tinggal 1 Jumaat lagi’ – Rauf

‘Tinggal 1 Jumaat lagi’ – Rauf

17 Sep 2026

Bangunan dua tingkat itu menempatkan bilik kelas dan surau lama di tingkat bawah, manakala tingkat atas berstruktur kayu dipercayai dijadikan stor.

Pengusaha kantin yang berada bersebelahan lokasi kejadian, Wan Nur Najihah Wan Abdul Majidi, 30, berkata ketika kejadian dia baru selesai memasak sebelum adiknya datang memaklumkan mengenai kebakaran itu.

“Dia lari jumpa saya di dapur, maklum ada api. Saya keluar meninjau dan dapati asap berkepul-kepul.

“Saya nampak cikgu bertindak pantas dan bawa keluar murid-murid lari ke kawasan selamat. Alhamdulillah, semua selamat,” katanya ketika ditemui, di sini hari ini.

Waris murid, Mohd Zaiful Abd Razak, 51, berkata dia mengetahui kejadian itu selepas guru menghubunginya memintanya mengambil anaknya, Ahmad Rafie, enam tahun.

Katanya, dia bersyukur semua murid termasuk anaknya selamat tanpa sebarang kecederaan.

“Alhamdulillah, syukur anak saya selamat, tiada cedera apa-apa,” katanya.

Terdahulu, Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, memaklumkan pihaknya tiba di lokasi pada jam 10.15 pagi.

Katanya, bangunan berkenaan dianggarkan mengalami kemusnahan kira-kira 80 peratus.

Previous Post

Kolam pancing Kampung Buaia lokasi ‘healing’, motocross

Next Post

BSN perluas akses perbankan perniagaan kepada usahawan mikro, penjaja

Next Post
BSN perluas akses perbankan perniagaan kepada usahawan mikro, penjaja

BSN perluas akses perbankan perniagaan kepada usahawan mikro, penjaja

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARI KATEGORI

  • Ekonomi Islam
  • Jenayah
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • POLITIK
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video

CARI TOPIK MENARIK

2018 League AirBorneo Rancang Pengembangan Balinese Culture Bali United Budget Travel Champions League Chopper Bike Doctor Terawan Gempa Bumi Gempa Bumi Sabah Istana Negara Lancar Operasi Jet Separuh Kedua 2026 Market Stories National Exam Sabah Visit Bali

POPULAR

  • Terengganu tidak sunyi, Haraki Fest 2026 bakal ‘gegar’ Kuala Terengganu

    Terengganu tidak sunyi, Haraki Fest 2026 bakal ‘gegar’ Kuala Terengganu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Azira De Gallery curi tumpuan pada Malaysia Gifts Fair 2026

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Program Sinergi Usahawan buka peluang kolaborasi dan jaringan perniagaan baharu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sinergi Usahawan perkukuh jaringan usahawan dan industri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Datuk Wan Imran dilantik Pengerusi Kehormat AZM Rovers FC

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Berita Terkini

  • BSN perluas akses perbankan perniagaan kepada usahawan mikro, penjaja
  • Tindakan pantas guru selamatkan murid tadika dalam kebakaran
  • Kolam pancing Kampung Buaia lokasi ‘healing’, motocross

Segment

  • Ekonomi Islam
  • Jenayah
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • POLITIK
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil

No Result
View All Result
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil