Thursday, 17 September 2026
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
Home Ekonomi Islam

BSN perluas akses perbankan perniagaan kepada usahawan mikro, penjaja

Zailani by Zailani
17 Sep 2026
in Ekonomi Islam, Semasa, SME Bisnes
0
BSN perluas akses perbankan perniagaan kepada usahawan mikro, penjaja
0
SHARES
8
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

AKSES perbankan perniagaan kepada usahawan mikro termasuk penjaja kini diperluas menerusi pelancaran Bank Simpanan Nasional (BSN) BizGrow dan BSN BizGrow+, sekali gus memperkukuh sokongan terhadap pendigitalan serta pengurusan kewangan perniagaan.

Pemangku Ketua Eksekutif BSN, Mujibburrahman Abd Rashid berkata, inisiatif tersebut bukan sekadar menawarkan pembiayaan, malah menyediakan ekosistem perbankan yang lebih menyeluruh bagi membantu usahawan mengurus operasi harian dan berkembang ke fasa seterusnya.

Related posts

Tindakan pantas guru selamatkan murid tadika dalam kebakaran

Tindakan pantas guru selamatkan murid tadika dalam kebakaran

17 Sep 2026
Kolam pancing Kampung Buaia lokasi ‘healing’, motocross

Kolam pancing Kampung Buaia lokasi ‘healing’, motocross

17 Sep 2026

Menurutnya, sehingga Julai 2026, BSN telah menyalurkan pembiayaan mikro berjumlah RM5.3 bilion kepada lebih 180,000 usahawan mikro di seluruh negara.

“Usahawan mikro merupakan komponen penting dalam ekonomi Malaysia dan BSN telah menyokong pembangunan mereka sejak berdekad lalu.

“Dengan urusan perbankan yang lebih mudah dan lancar, mereka dapat memberi tumpuan kepada usaha mengembangkan perniagaan. Kami mahu BSN menjadi rakan perbankan yang berkembang bersama mereka,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata, BSN BizGrow direka khusus untuk pemilik tunggal dan penjaja dengan menawarkan kemudahan akaun perniagaan, Term Deposit-i, pembayaran tanpa tunai melalui DuitNow QR, penyelesaian Terminal POS serta perbankan internet BSNeBiz.

Selain itu, usahawan yang layak turut boleh mendapatkan Kad Debit Perniagaan BSN Visa bagi memudahkan pembayaran perniagaan dan pengeluaran tunai di dalam serta luar negara, dengan semua transaksi dipantau menerusi platform BSNeBiz.

Sementara itu, BSN BizGrow+ pula menyasarkan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta organisasi bukan individu dengan menawarkan kemudahan tambahan termasuk skim penggajian selain akses kepada penyelesaian pembayaran dan perbankan digital.

Mujibburrahman berkata, kedua-dua penyelesaian tersebut mencerminkan komitmen BSN sebagai institusi kewangan pembangunan dalam memperluas akses kepada perkhidmatan kewangan yang relevan dan membantu lebih banyak perniagaan menyertai ekonomi digital dengan lebih yakin.

“Sebagai sebuah institusi kewangan pembangunan, BSN kekal komited untuk memperluas akses kepada penyelesaian kewangan yang relevan dan menyokong lebih banyak perniagaan untuk mengambil bahagian dalam ekonomi digital dengan yakin,” katanya.

Previous Post

Tindakan pantas guru selamatkan murid tadika dalam kebakaran

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARI KATEGORI

  • Ekonomi Islam
  • Jenayah
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • POLITIK
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video

CARI TOPIK MENARIK

2018 League AirBorneo Rancang Pengembangan Balinese Culture Bali United Budget Travel Champions League Chopper Bike Doctor Terawan Gempa Bumi Gempa Bumi Sabah Istana Negara Lancar Operasi Jet Separuh Kedua 2026 Market Stories National Exam Sabah Visit Bali

POPULAR

  • Terengganu tidak sunyi, Haraki Fest 2026 bakal ‘gegar’ Kuala Terengganu

    Terengganu tidak sunyi, Haraki Fest 2026 bakal ‘gegar’ Kuala Terengganu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Azira De Gallery curi tumpuan pada Malaysia Gifts Fair 2026

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Program Sinergi Usahawan buka peluang kolaborasi dan jaringan perniagaan baharu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sinergi Usahawan perkukuh jaringan usahawan dan industri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Datuk Wan Imran dilantik Pengerusi Kehormat AZM Rovers FC

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Berita Terkini

  • BSN perluas akses perbankan perniagaan kepada usahawan mikro, penjaja
  • Tindakan pantas guru selamatkan murid tadika dalam kebakaran
  • Kolam pancing Kampung Buaia lokasi ‘healing’, motocross

Segment

  • Ekonomi Islam
  • Jenayah
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • POLITIK
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil

No Result
View All Result
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil