Friday, 11 September 2026
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
Home Semasa POLITIK

Ong Kian Meng umum letak jawatan ahli DAP, pilih bantu KJ dalam PRU16

Zailani by Zailani
31 Aug 2026
in POLITIK
0
Ong Kian Meng umum letak jawatan ahli DAP, pilih bantu KJ dalam PRU16
0
SHARES
5
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR, 31 OGOS – Bekas Ahli Parlimen Bangi, Dr Ong Kian Ming memaklumkan meletak jawatan sebagai ahli parti DAP, bermula hari ini.

Bekas Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) itu berkata, walaupun tidak lagi berperanan sebagai ahli politik, beliau akan kekal berkhidmat demi kepentingan negara dan bersama dengan orang yang mempunyai pemikiran dan minat yang sama.

Related posts

Anwar, MB Kelantan bincang perkukuh kerjasama persekutuan-negeri

Anwar, MB Kelantan bincang perkukuh kerjasama persekutuan-negeri

10 Sep 2026
Abdul Azeez bebas daripada reman, bakal hadir PAU malam ini – Peguam

Abdul Azeez bebas daripada reman, bakal hadir PAU malam ini – Peguam

10 Sep 2026

Antaranya, beliau menyatakan komitmen untuk membantu bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dalam kempen Pilihan Raya Umum ke-16, seperti mana janjinya pada 10 Januari lalu.

“Saudara Anthony Loke Siew Fook (Setiausaha Agung DAP) (cc Saudara Khoo Poay Tiong, Setiausaha Organisasi Kebangsaan), saya menulis untuk memaklumkan, saya meletak jawatan sebagai ahli Parti Tindakan Demokratik (DAP) berkuat kuasa hari ini, 31 Ogos 2026. Nombor keahlian saya ialah S04-1916-0142612.

“Saya bersyukur kerana diberi peluang untuk menyumbang kepada parti dan negara melalui pelbagai cara sejak saya menyertai parti pada tahun 2012, sebagai Ahli Parlimen Serdang (2013 hingga 2018) dan Ahli Parlimen Bangi (2018 hingga 2022), Timbalan Menteri MITI (2018 hingga 2020), ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat yang dilantik (2019 hingga 2022) dan ahli jawatankuasa negeri DAP Selangor yang dipilih (2018 hingga 2024),” katanya di Facebook, hari ini.

Beliau menzahirkan ucapan terima kasih kepada Tony Pua kerana menjemput dirinya menyertai parti DAP serta memberi panduan mengenai cara terbaik untuk berkhidmat kepada parti dan negara sepanjang 14 tahun yang lalu.

“Saya juga berterima kasih kepada Lim Guan Eng kerana memberi saya peluang untuk dicalonkan untuk kerusi Parlimen Serdang dan Bangi dan sebagai Timbalan Menteri semasa beliau menjadi Setiausaha Agung DAP.

“Saya berbesar hati kerana dapat bekerjasama dengan ahli dan pemimpin DAP di Serdang dan Bangi semasa penggal saya sebagai Ahli Parlimen dari 2013 hingga 2022, berkhidmat untuk pengundi dan penduduk kawasan tersebut sebagai wakil rakyat mereka,” katanya.

Beliau juga mengesahkan, tidak merancang untuk menyertai mana-mana parti politik lain dalam masa terdekat malah tidak berniat untuk bertanding sebagai calon dalam pilihan raya umum akan datang (PRU16).

“Saya tetap komited untuk menunaikan janji yang sudah saya buat pada 10 Januari 2026, untuk membantu Khairy berkempen dalam PRU16, jika beliau diberi kerusi untuk bertanding.

“Saya akan terus berkhidmat untuk kepentingan negara melalui cara lain termasuk dalam podcast saya (“Are We OK”), melalui pelbagai jawatan penasihat saya dan dengan bekerjasama dengan orang lain yang berfikiran sama dengan minat yang sama. Selamat Hari Merdeka,” katanya.

Previous Post

Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Selamat Menyambut Hari Kebangsaan ke-69

Next Post

TikTok Shop peruntuk RM250 juta perkasa PMKS

Next Post
TikTok Shop peruntuk RM250 juta perkasa PMKS

TikTok Shop peruntuk RM250 juta perkasa PMKS

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARI KATEGORI

  • Ekonomi Islam
  • Jenayah
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • POLITIK
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video

CARI TOPIK MENARIK

2018 League AirBorneo Rancang Pengembangan Balinese Culture Bali United Budget Travel Champions League Chopper Bike Doctor Terawan Gempa Bumi Gempa Bumi Sabah Istana Negara Lancar Operasi Jet Separuh Kedua 2026 Market Stories National Exam Sabah Visit Bali

POPULAR

  • Terengganu tidak sunyi, Haraki Fest 2026 bakal ‘gegar’ Kuala Terengganu

    Terengganu tidak sunyi, Haraki Fest 2026 bakal ‘gegar’ Kuala Terengganu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Azira De Gallery curi tumpuan pada Malaysia Gifts Fair 2026

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Program Sinergi Usahawan buka peluang kolaborasi dan jaringan perniagaan baharu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sinergi Usahawan perkukuh jaringan usahawan dan industri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Datuk Wan Imran dilantik Pengerusi Kehormat AZM Rovers FC

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Berita Terkini

  • Studio TikTok Shop Live perkukuh pemasaran digital usahawan Terengganu
  • Anwar, MB Kelantan bincang perkukuh kerjasama persekutuan-negeri
  • Abdul Azeez bebas daripada reman, bakal hadir PAU malam ini – Peguam

Segment

  • Ekonomi Islam
  • Jenayah
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • POLITIK
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil

No Result
View All Result
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil