Saturday, 12 September 2026
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
Home Ekonomi Islam

TikTok Shop peruntuk RM250 juta perkasa PMKS

Zailani by Zailani
1 Sep 2026
in Ekonomi Islam, SME Bisnes
0
TikTok Shop peruntuk RM250 juta perkasa PMKS
0
SHARES
4
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR, 1 SEPT ( Berita Harian) – TikTok Shop memperuntukkan RM250 juta tahun ini menerusi JomLokal Booster 2.0 bagi membantu perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) tempatan memperkukuh keupayaan perdagangan digital.

Pengarah Kanan Kerjasama Strategik TikTok Shop Malaysia, Nur Azre Abdul Aziz, berkata inisiatif termasuk menerusi sokongan yuran, peralatan, latihan dan akses kepada pencipta kandungan itu mencerminkan usaha platform berkenaan menjadikan perdagangan digital lebih mudah diakses perniagaan tempatan, termasuk mereka yang masih pada peringkat awal.

Related posts

Studio TikTok Shop Live perkukuh pemasaran digital usahawan Terengganu

Studio TikTok Shop Live perkukuh pemasaran digital usahawan Terengganu

11 Sep 2026
Dari seekor ayam sehari, Zawiah kini bergelar pembayar zakat

Dari seekor ayam sehari, Zawiah kini bergelar pembayar zakat

9 Sep 2026

Beliau berkata, perkara paling penting bukan semata-mata jumlah peruntukan berkenaan, tetapi peluang yang diwujudkan untuk lebih banyak jenama tempatan membina perniagaan yang mampan tanpa mengira dari mana mereka bermula.

“Jumlah itu bukan perkara yang paling mengujakan saya, tetapi hakikat bahawa lebih banyak jenama tempatan mendapat peluang sebenar untuk membina sesuatu yang mampan, tidak kira dari mana mereka bermula,” katanya kepada BH.

Nur Azre berkata, bagi kebanyakan PMKS, pendigitalan adalah antara banyak keutamaan yang perlu diuruskan serentak dengan operasi perniagaan harian.

Jelasnya, cabaran utama bukan sekadar penggunaan teknologi baharu, sebaliknya kemampuan pemilik perniagaan memperuntukkan masa, sumber dan keyakinan untuk menggunakan peralatan digital sambil memastikan operasi harian terus berjalan.

Sehubungan itu, katanya, platform digital mempunyai peranan untuk mengurangkan halangan berkenaan dan menjadikan penyertaan dalam perdagangan digital lebih mudah kepada PMKS.

Melalui inisiatif seperti #JomLokal dan JomLokal Booster 2.0, TikTok Shop menggabungkan sokongan kos dengan latihan, peralatan, akses kepada pencipta kandungan, kemudahan strum langsung (LIVE) serta peningkatan keterlihatan di platform, bergantung kepada tahap perkembangan penjual.

Pendekatan itu turut menyasarkan keperluan praktikal penjual, termasuk membantu mengurangkan kos operasi dalam bidang terpilih, selain menyediakan peluang untuk meningkatkan kemahiran yang diperlukan bagi mengembangkan perniagaan secara digital.

Antara pendekatan yang diketengahkan ialah JomLokal Matchmaking yang direka untuk menghubungkan penjual dengan pencipta kandungan dan rakan ekosistem yang bersesuaian dengan produk serta kelompok khalayak mereka.

Pada masa sama, latihan diberikan dalam aspek penceritaan produk, pembabitan ketika siaran langsung dan penghasilan kandungan yang boleh mendorong pembelian, sekali gus membantu penjual memahami cara berinteraksi dengan pengguna dalam persekitaran digital.

Nur Azre berkata, sokongan itu penting kerana pencipta kandungan kini semakin memainkan peranan dalam perjalanan pembelian, bukan hanya untuk meningkatkan kesedaran terhadap sesuatu jenama tetapi turut membantu menerangkan produk, bercerita, menjual menerusi LIVE dan berinteraksi secara langsung dengan pengguna.

Katanya, pencipta kandungan berpotensi menjadi lanjutan kepada keupayaan jualan atau pemasaran sesebuah jenama, khususnya kerana mereka memahami cara berkomunikasi dengan komuniti tertentu secara lebih relevan dan dekat dengan khalayak.

Keberkesanan pendekatan berkenaan dapat dilihat apabila penjual di bawah kempen JomLokal merekodkan pertumbuhan jualan 140 peratus tahun ke tahun.

“Matlamat kami adalah menjadikan penyertaan dalam perdagangan digital lebih mudah diurus supaya pemilik perniagaan boleh memberi tumpuan kepada perniagaan teras mereka sambil membina keupayaan yang diperlukan untuk berkembang secara berperingkat,” katanya.

Dalam usaha memperluas akses kepada kemudahan perdagangan secara langsung, TikTok Shop turut bekerjasama dengan TEKUN Nasional menerusi TikTok Shop Live Hub x TEKUN Nasional yang menyediakan 12 studio penstriman lengkap untuk penjual.

Nur Azre berkata, kemudahan itu memberi akses kepada fasiliti dan sokongan yang mungkin sukar disediakan sendiri oleh perniagaan lebih kecil, sekali gus membantu mereka membina keupayaan dalam perdagangan menerusi LIVE.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata, format LIVE semakin mendapat tempat dalam kalangan pengguna apabila hampir enam daripada 10 pengguna TikTok Shop di Malaysia memilih format berkenaan, manakala jualan LIVE meningkat 48 peratus tahun ke tahun.

Katanya, perkembangan itu menunjukkan kandungan, LIVE dan pencipta kandungan semakin menjadi saluran penting untuk pengguna menemui serta memahami sesuatu produk, selain senarai produk tradisional.

Pada masa sama, beliau berkata, kejayaan dalam perdagangan digital tetap bergantung kepada asas perniagaan seperti kredibiliti, kualiti produk dan pengalaman pelanggan yang konsisten.

“PMKS yang berkembang bukan semestinya yang mempunyai bajet terbesar, tetapi yang paling sanggup membina hubungan tulen dengan khalayak melalui kandungan, LIVE dan komuniti,” katanya.

Previous Post

Ong Kian Meng umum letak jawatan ahli DAP, pilih bantu KJ dalam PRU16

Next Post

Budak 3 tahun maut jatuh Jambatan Victoria, Kuala Kangsar

Next Post
Budak 3 tahun maut jatuh Jambatan Victoria, Kuala Kangsar

Budak 3 tahun maut jatuh Jambatan Victoria, Kuala Kangsar

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARI KATEGORI

  • Ekonomi Islam
  • Jenayah
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • POLITIK
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video

CARI TOPIK MENARIK

2018 League AirBorneo Rancang Pengembangan Balinese Culture Bali United Budget Travel Champions League Chopper Bike Doctor Terawan Gempa Bumi Gempa Bumi Sabah Istana Negara Lancar Operasi Jet Separuh Kedua 2026 Market Stories National Exam Sabah Visit Bali

POPULAR

  • Terengganu tidak sunyi, Haraki Fest 2026 bakal ‘gegar’ Kuala Terengganu

    Terengganu tidak sunyi, Haraki Fest 2026 bakal ‘gegar’ Kuala Terengganu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Azira De Gallery curi tumpuan pada Malaysia Gifts Fair 2026

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Program Sinergi Usahawan buka peluang kolaborasi dan jaringan perniagaan baharu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sinergi Usahawan perkukuh jaringan usahawan dan industri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Datuk Wan Imran dilantik Pengerusi Kehormat AZM Rovers FC

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Berita Terkini

  • UMNO, PAS perlu ‘bersatu’ semula – Ku Li
  • Analisis DNA 5 mangsa nahas helikopter dijangka selesai esok
  • Studio TikTok Shop Live perkukuh pemasaran digital usahawan Terengganu

Segment

  • Ekonomi Islam
  • Jenayah
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • POLITIK
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil

No Result
View All Result
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil