Saturday, 12 September 2026
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
Home Semasa

Budak 3 tahun maut jatuh Jambatan Victoria, Kuala Kangsar

Zailani by Zailani
1 Sep 2026
in Semasa
0
Budak 3 tahun maut jatuh Jambatan Victoria, Kuala Kangsar
0
SHARES
10
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

SUNGAI SIPUT, 1 SEPT ( Berita Harian) – Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun maut selepas dipercayai terjatuh daripada ketinggian lima meter di Jambatan Victoria, Enggor, di sini.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang semalam, mangsa disahkan meninggal dunia kira-kira jam 7.40 malam tadi di Hospital Kuala Kangsar.

Related posts

UMNO, PAS perlu ‘bersatu’ semula – Ku Li

UMNO, PAS perlu ‘bersatu’ semula – Ku Li

11 Sep 2026
Helikopter ‘flying doctor’ terhempas berhampiran STOLport Long Lellang, 5 dalam pesawat

Analisis DNA 5 mangsa nahas helikopter dijangka selesai esok

11 Sep 2026

Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superintendan Charan Ai Wan, berkata kejadian berlaku ketika mangsa bersama bapanya berusia 42 tahun sedang berjalan di atas jambatan bersejarah berkenaan yang umumnya diketahui salah satu tarikan pelancong.

“Ketika kejadian mangsa bersama dengan bapanya berjalan di atas jambatan itu sambil memegang tangan dan kemudiannya jatuh pada ketinggian lima meter di satu lubang pada jambatan berkenaan.

“Sejurus selepas terjatuh di atas jalan berturap di bawah jambatan, mangsa yang ketika itu masih hidup dikejarkan ke wad kecemasan hospital namun disahkan meninggal dunia di hospital jam 7.40 malam,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, mangsa yang berasal dari Kluang, Johor datang bercuti bersama keluarga ke Jambatan Victoria, Kuala Kangsar.

Sementara itu, tinjauan di lokasi hari ini mendapati jambatan ikonik berkenaan ditutup kepada pelancong atas faktor keselamatan apabila kawasan kejadian dipasang dengan pita larangan melintas oleh Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK) serta polis.

Peniaga gerai berhampiran lokasi itu yang hanya mahu dikenali sebagai Nyah, berkata suami serta menantunya yang pada waktu itu menjaga gerai terdengar bunyi kuat yang pada mula disangkakan bunyi beg terjatuh sebelum terkejut kerana ia sebenarnya kanak-kanak jatuh dari tempat tinggi.

“Memandangkan semalam adalah hari cuti umum sempena Sambutan Hari Kebangsaan, jadi memang ramai pelancong termasuk yang membawa anak kecil ke Jambatan Victoria ini untuk merakam gambar kenangan,” katanya.

Previous Post

TikTok Shop peruntuk RM250 juta perkasa PMKS

Next Post

PMKS jualan bawah RM3 juta dikecualikan e-Invois – LHDN

Next Post
PMKS jualan bawah RM3 juta dikecualikan e-Invois – LHDN

PMKS jualan bawah RM3 juta dikecualikan e-Invois - LHDN

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARI KATEGORI

  • Ekonomi Islam
  • Jenayah
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • POLITIK
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video

CARI TOPIK MENARIK

2018 League AirBorneo Rancang Pengembangan Balinese Culture Bali United Budget Travel Champions League Chopper Bike Doctor Terawan Gempa Bumi Gempa Bumi Sabah Istana Negara Lancar Operasi Jet Separuh Kedua 2026 Market Stories National Exam Sabah Visit Bali

POPULAR

  • Terengganu tidak sunyi, Haraki Fest 2026 bakal ‘gegar’ Kuala Terengganu

    Terengganu tidak sunyi, Haraki Fest 2026 bakal ‘gegar’ Kuala Terengganu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Azira De Gallery curi tumpuan pada Malaysia Gifts Fair 2026

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Program Sinergi Usahawan buka peluang kolaborasi dan jaringan perniagaan baharu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sinergi Usahawan perkukuh jaringan usahawan dan industri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Datuk Wan Imran dilantik Pengerusi Kehormat AZM Rovers FC

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Berita Terkini

  • UMNO, PAS perlu ‘bersatu’ semula – Ku Li
  • Analisis DNA 5 mangsa nahas helikopter dijangka selesai esok
  • Studio TikTok Shop Live perkukuh pemasaran digital usahawan Terengganu

Segment

  • Ekonomi Islam
  • Jenayah
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • POLITIK
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil

No Result
View All Result
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil