Tuesday, 27 October 2026
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
Home Semasa Jenayah

Dua beradik belum tahu ibu meninggal dunia

Zailani by Zailani
16 Oct 2026
in Jenayah
0
Dua beradik belum tahu ibu meninggal dunia
0
SHARES
8
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

TUMPAT, 16 OKT ( Harian Metro) – Kedua-dua anak arwah adik (Norhazwani Ibrahim) belum tahu lagi ibu mereka meninggal dunia. Kami tidak tahu bagaimana reaksi mereka jika mengetahuinya nanti,” kata kakak kepada wanita yang dipercayai dibunuh suaminya di sebuah unit rumah kakitangan kerajaan di Jalan Kuarters KLIA, Nilai, malam tadi.

Marliza, 48, berkata, dia menjaga dua anak saudaranya yang berusia lima dan enam tahun itu sejak kecil memandangkan Norhazwani, 35, bekerja syif dan tiada pengasuh di Negeri Sembilan.

Related posts

Pemandu treler didakwa sebabkan kematian wanita, miliki ketum

Pemandu treler didakwa sebabkan kematian wanita, miliki ketum

22 Oct 2026
5 rakyat Malaysia ditahan di Tokyo disyaki ‘keldai dadah’ – Bukit Aman

5 rakyat Malaysia ditahan di Tokyo disyaki ‘keldai dadah’ – Bukit Aman

16 Oct 2026

Katanya, pagi tadi anak sulung Norhazwani ada meminta untuk membuat panggilan video dengan ibunya tetapi Marliza memberikan alasan ibunya sibuk bekerja.

“Memang setiap hari dua anak saudara membuat panggilan video kepada ibunya dan hari ini saya memberikan alasan ibunya bekerja dan sedang sibuk.

“Anak saudara juga berasa pelik kerana rumah kami di sini dihadiri ramai orang datang menziarah selain panggilan telefon yang tidak henti berdering bertanya khabar.

“Setakat ini kami sekeluarga belum lagi memberitahu dua anak saudara ini yang ibu mereka sudah tiada, mungkin tunggu masa yang sesuai,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Banjir, Telaga Lanas, di sini, hari ini.

Marliza berkata, mereka sekeluarga tahu adik bongsunya itu berdepan masalah rumah tangga, namun tidak mengetahuinya secara mendalam sehinggalah Allahyarham Norhazwani membuat tuntutan fasakh di Mahkamah Syariah Tumpat.

Katanya, Allahyarham hadir dalam prosiding kali pertama pada 6 Oktober lalu dan ada memberitahu dia tidak sabar ingin menyelesaikan proses perceraian itu.

“Dia (Norhazwani) tidak bercerita lanjut mengenai masalah rumah tangganya cuma dia sangat berharap proses perceraiannya selesai dengan segera.

“Tidak sangka kejadian lebih buruk sebegini menimpanya dan saya sangat simpati dengan nasib dua anak saudara,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan Norhazwani yang juga pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan bertukar ke skim Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) dibunuh suaminya.

Mangsa dipercayai ditikam dengan sebilah pisau dan suspek yang berusia 30-an direman tujuh hari bermula hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Jenazah dijangka dibawa pulang ke kampung halaman esok dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tanjung, Pengkalan Kubor.

Previous Post

5 rakyat Malaysia ditahan di Tokyo disyaki ‘keldai dadah’ – Bukit Aman

Next Post

Stulang Laut catat purata perbelanjaan residen tertinggi RM704

Next Post
Stulang Laut catat purata perbelanjaan residen tertinggi RM704

Stulang Laut catat purata perbelanjaan residen tertinggi RM704

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARI KATEGORI

  • Ekonomi Islam
  • Jenayah
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • POLITIK
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video

CARI TOPIK MENARIK

2018 League AirBorneo Rancang Pengembangan Balinese Culture Bali United Budget Travel Champions League Chopper Bike Doctor Terawan Gempa Bumi Gempa Bumi Sabah Istana Negara Lancar Operasi Jet Separuh Kedua 2026 Market Stories National Exam Sabah Visit Bali

POPULAR

  • Terengganu tidak sunyi, Haraki Fest 2026 bakal ‘gegar’ Kuala Terengganu

    Terengganu tidak sunyi, Haraki Fest 2026 bakal ‘gegar’ Kuala Terengganu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Haraki Fest 2026 himpun usahawan, buka ruang teroka pasaran baharu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Azira De Gallery curi tumpuan pada Malaysia Gifts Fair 2026

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Program Sinergi Usahawan buka peluang kolaborasi dan jaringan perniagaan baharu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sinergi Usahawan perkukuh jaringan usahawan dan industri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Berita Terkini

  • Bukan sekadar baiki telefon, Seminar PRESENT 2026 buka peluang jana pendapatan
  • MPUPK Perkukuh Usahawan Bumiputera Zon Timur
  • Kelantan mahu KB Sentral diteruskan tanpa tunggu peruntukan RM250 juta

Segment

  • Ekonomi Islam
  • Jenayah
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • POLITIK
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil

No Result
View All Result
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil