Monday, 26 October 2026
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
Home Semasa Jenayah

Pemandu treler didakwa sebabkan kematian wanita, miliki ketum

Zailani by Zailani
22 Oct 2026
in Jenayah, Semasa
0
Pemandu treler didakwa sebabkan kematian wanita, miliki ketum
0
SHARES
7
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

MACHANG, 22 OKT ( Berita Harian) – Pemandu treler didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas dua pertuduhan, memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian seorang wanita dan memiliki bahan disyaki ketum.

Bagaimanapun tertuduh Wan Baderun Shah Wan Said, 48, mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Rais Imran Hamid.

Related posts

Wanita Malaysia jatuh lubang 10 meter di Vietnam

Wanita Malaysia jatuh lubang 10 meter di Vietnam

25 Oct 2026
EON sasar baik pulih 400 kenderaan sebulan dengan kemudahan baharu di Glenmarie

EON sasar baik pulih 400 kenderaan sebulan dengan kemudahan baharu di Glenmarie

25 Oct 2026

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa memandu lori secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian Nur Hidayah Mat Yaacob, 27, di Kilometer 4.7 Jalan Machang-Tanah Merah, pada jam 2.25 pagi, 19 Oktober lalu.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 10 tahun dan denda hingga RM50,000.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa memiliki empat bungkusan plastik mengandungi kira-kira empat liter bahan yang disyaki mengandungi racun jenis mitragynine di Kilometer 41, Jalan Kota Bharu-Kuala Krai, Kampung Kweng Hitam, di sini, pada jam 10.45 malam, Isnin lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 30(5) akta sama, yang memperuntukkan hukuman denda hingga RM100,000 atau penjara hingga lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Raya, Muhammad Nadzir Abdullah, manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Farazalila Fauzi.

Terdahulu, pihak pendakwaan memohon jaminan RM20,000 bagi kedua-dua pertuduhan, manakala peguam tertuduh memohon jumlah minimum dengan alasan anak guamnya perlu menanggung isteri dan tiga anak.

Mahkamah menawarkan jaminan RM15,000 bagi pertuduhan pertama dengan seorang penjamin serta RM5,000 bagi pertuduhan kedua. Tertuduh membayar wang jaminan berkenaan.

Mahkamah turut menetapkan 7 November ini untuk sebutan semula kes dan memerintahkan lesen memandu tertuduh digantung sehingga kes selesai.

Previous Post

Lambakan produk murah, kerajaan perkukuh benteng PMKS

Next Post

Terminal Bas Jerteh bernilai RM17 juta dijangka siap hujung 2027

Next Post
Terminal Bas Jerteh bernilai RM17 juta dijangka siap hujung 2027

Terminal Bas Jerteh bernilai RM17 juta dijangka siap hujung 2027

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARI KATEGORI

  • Ekonomi Islam
  • Jenayah
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • POLITIK
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video

CARI TOPIK MENARIK

2018 League AirBorneo Rancang Pengembangan Balinese Culture Bali United Budget Travel Champions League Chopper Bike Doctor Terawan Gempa Bumi Gempa Bumi Sabah Istana Negara Lancar Operasi Jet Separuh Kedua 2026 Market Stories National Exam Sabah Visit Bali

POPULAR

  • Terengganu tidak sunyi, Haraki Fest 2026 bakal ‘gegar’ Kuala Terengganu

    Terengganu tidak sunyi, Haraki Fest 2026 bakal ‘gegar’ Kuala Terengganu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Haraki Fest 2026 himpun usahawan, buka ruang teroka pasaran baharu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Azira De Gallery curi tumpuan pada Malaysia Gifts Fair 2026

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Program Sinergi Usahawan buka peluang kolaborasi dan jaringan perniagaan baharu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sinergi Usahawan perkukuh jaringan usahawan dan industri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Berita Terkini

  • Wanita Malaysia jatuh lubang 10 meter di Vietnam
  • EON sasar baik pulih 400 kenderaan sebulan dengan kemudahan baharu di Glenmarie
  • Bill Gates beri amaran AI boleh cetus huru-hara ekonomi, sosial selama dua dekad

Segment

  • Ekonomi Islam
  • Jenayah
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • POLITIK
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil

No Result
View All Result
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil