Monday, 26 October 2026
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
Home Ekonomi Islam

Lambakan produk murah, kerajaan perkukuh benteng PMKS

Zailani by Zailani
22 Oct 2026
in Ekonomi Islam, SME Bisnes
0
Lambakan produk murah, kerajaan perkukuh benteng PMKS
0
SHARES
9
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR,22 OKT ( Berita Harian) – Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) sedang menyelaraskan usaha bagi memastikan persaingan yang adil menerusi pengukuhan kawal selia platform e-dagang asing serta peningkatan daya saing perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).

Usaha itu membabitkan tindakan rentas kementerian dan agensi berkaitan, termasuk Kementerian Kewangan serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

Related posts

Isu kewangan punca rakyat Malaysia tangguh kahwin, timang anak

Isu kewangan punca rakyat Malaysia tangguh kahwin, timang anak

24 Oct 2026
Malaysia kekal sebagai peneraju pasaran kewangan Islam dunia 14 tahun berturut-turut

Malaysia kekal sebagai peneraju pasaran kewangan Islam dunia 14 tahun berturut-turut

23 Oct 2026

Antara aspek yang diteliti ialah persaingan adil, pematuhan piawaian dan keselamatan produk, percukaian serta kerangka kawal selia platform e-dagang asing.

“Isu ini turut dibangkitkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dalam perbincangan dua hala bersama kepimpinan China pada September 2026.

“Tindakan susulan sedang diperhalusi bagi memastikan kepentingan PMKS tempatan terus dilindungi,” menurut KUSKOP dalam jawapan bertulis yang disiarkan di laman sesawang Parlimen.

Kementerian menjawab soalan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (Warisan-Semporna) mengenai pelan mitigasi segera untuk memastikan kelangsungan peniaga kecil dan PMKS tempatan.

Beliau meminta penjelasan mengenai ancaman lambakan produk import berharga terlalu murah yang dijual terus dari kilang luar negara kepada pengguna domestik menerusi aplikasi e-dagang.

KUSKOP turut merancang intervensi bagi membantu PMKS meningkatkan daya tahan dan keupayaan bersaing.

Antaranya ialah memperkukuh kerjasama dengan Alibaba bagi membuka peluang kepada produk PMKS Malaysia menembusi pasaran lebih luas.

Inisiatif yang sedang diteroka termasuk program rintis untuk membawa produk PMKS Malaysia ke platform Tmall dan Taobao bagi pasaran China, selain memanfaatkan Daraz untuk pasaran Asia Selatan.

SME Corp Malaysia turut memeterai memorandum persefahaman dengan Lazada Malaysia pada 15 Oktober 2026 menerusi Inisiatif Eksport Digital PMKS.

Kerjasama itu merangkumi latihan eksport digital, pemadanan pasaran, penyenaraian produk dan promosi jenama Malaysia.

Menurut KUSKOP, Bank Rakyat juga sedang meneroka kerjasama strategik dengan Alibaba dan Lazada bagi memperkukuh pendigitalan, memperluas akses pasaran serta meningkatkan daya saing usahawan tempatan.

Usaha berkenaan menyusuli lawatan kerja ke Shanghai pada 22 September 2026.

“Sebagai langkah awal, Bank Rakyat akan mengenal pasti antara 30 hingga 50 usahawan yang berpotensi untuk mengikuti sesi kesedaran, latihan dan bimbingan bersama rakan strategik.

“Peserta yang bersesuaian kemudian akan dipilih untuk menyertai program rintis pendaftaran dan pemasaran melalui platform e-dagang,” menurut kementerian.

KUSKOP turut memperluas penggunaan platform MyMall sebagai saluran pemasaran digital bagi meningkatkan keterlihatan produk PMKS dan koperasi tempatan.

“Sehingga 7 Oktober 2026, seramai 5,781 usahawan berdaftar di MyMall dengan nilai jualan sebanyak RM24.5 juta,” katanya.

Kemudahan pembiayaan juga terus disediakan menerusi Skim Pembiayaan Dalam Talian TEKUN (SPOT).

Sebanyak RM4.7 juta disalurkan kepada 505 usahawan sehingga Ogos 2026 bagi menyokong pengembangan perniagaan melalui platform e-dagang.

Previous Post

Hampir 7.7 juta rekod pengguna Waze didakwa dijual di dark web – ClearPhish

Next Post

Pemandu treler didakwa sebabkan kematian wanita, miliki ketum

Next Post
Pemandu treler didakwa sebabkan kematian wanita, miliki ketum

Pemandu treler didakwa sebabkan kematian wanita, miliki ketum

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARI KATEGORI

  • Ekonomi Islam
  • Jenayah
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • POLITIK
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video

CARI TOPIK MENARIK

2018 League AirBorneo Rancang Pengembangan Balinese Culture Bali United Budget Travel Champions League Chopper Bike Doctor Terawan Gempa Bumi Gempa Bumi Sabah Istana Negara Lancar Operasi Jet Separuh Kedua 2026 Market Stories National Exam Sabah Visit Bali

POPULAR

  • Terengganu tidak sunyi, Haraki Fest 2026 bakal ‘gegar’ Kuala Terengganu

    Terengganu tidak sunyi, Haraki Fest 2026 bakal ‘gegar’ Kuala Terengganu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Haraki Fest 2026 himpun usahawan, buka ruang teroka pasaran baharu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Azira De Gallery curi tumpuan pada Malaysia Gifts Fair 2026

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Program Sinergi Usahawan buka peluang kolaborasi dan jaringan perniagaan baharu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sinergi Usahawan perkukuh jaringan usahawan dan industri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Berita Terkini

  • Wanita Malaysia jatuh lubang 10 meter di Vietnam
  • EON sasar baik pulih 400 kenderaan sebulan dengan kemudahan baharu di Glenmarie
  • Bill Gates beri amaran AI boleh cetus huru-hara ekonomi, sosial selama dua dekad

Segment

  • Ekonomi Islam
  • Jenayah
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • POLITIK
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil

No Result
View All Result
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil