Monday, 26 October 2026
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
Home Semasa

Terminal Bas Jerteh bernilai RM17 juta dijangka siap hujung 2027

Zailani by Zailani
23 Oct 2026
in Semasa
0
Terminal Bas Jerteh bernilai RM17 juta dijangka siap hujung 2027
0
SHARES
11
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

BESUT, 22 Oktober – Pembinaan terminal bas baharu di Jerteh, Besut, yang menelan kos kira-kira RM17 juta, kini mencapai kemajuan lebih 30 peratus dan dijangka siap pada penghujung 2027.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jerteh, Dr. Riduan Mohamad Nor berkata, beberapa komponen struktur terminal berkenaan mula kelihatan, dengan tempoh pelaksanaan projek dianggarkan mengambil masa kira-kira dua tahun.

Related posts

Wanita Malaysia jatuh lubang 10 meter di Vietnam

Wanita Malaysia jatuh lubang 10 meter di Vietnam

25 Oct 2026
EON sasar baik pulih 400 kenderaan sebulan dengan kemudahan baharu di Glenmarie

EON sasar baik pulih 400 kenderaan sebulan dengan kemudahan baharu di Glenmarie

25 Oct 2026

Bagaimanapun, beliau berkata, kemajuan dan tempoh penyiapan projek itu bergantung pada pelaksanaan kerja serta peruntukan berkaitan.

“Apabila terminal ini siap kelak pada penghujung 2027, kemudahan itu bukan sahaja dapat digunakan penduduk Jerteh, malah turut memberi manfaat kepada masyarakat sekitar Besut dan Setiu.

“Terminal yang lebih baik akan memudahkan pergerakan orang ramai dan berpotensi merancakkan aktiviti perniagaan di kawasan berhampiran,” katanya.

Menurut Dr. Riduan, pembinaan terminal berkenaan dijangka memperkukuh kemudahan pengangkutan awam di Besut, selain membuka peluang perniagaan kepada penduduk tempatan.

Beliau turut melihat pelaksanaan perkhidmatan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) sebagai antara faktor yang berpotensi merancakkan ekonomi setempat melalui peningkatan jumlah pengunjung dan aktiviti ekonomi di Jerteh.

Katanya, perkembangan sektor pengangkutan dan pelancongan perlu dimanfaatkan bagi mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan, khususnya kepada golongan muda.

“Matlamat kita adalah untuk memastikan pembangunan yang dilaksanakan memberikan manfaat langsung kepada rakyat, termasuk membuka peluang perniagaan dan pekerjaan kepada anak-anak muda.

“Apabila kemudahan pengangkutan bertambah baik, kita berharap lebih banyak aktiviti ekonomi dapat berkembang dan Jertih terus menjadi kawasan tumpuan,” katanya.

Beliau berkata, penyediaan kemudahan awam yang saling melengkapi penting bagi memastikan penduduk setempat turut menikmati manfaat daripada pertumbuhan ekonomi, termasuk melalui peluang pekerjaan dan perniagaan di kawasan sendiri.

Previous Post

Pemandu treler didakwa sebabkan kematian wanita, miliki ketum

Next Post

Malaysia kekal sebagai peneraju pasaran kewangan Islam dunia 14 tahun berturut-turut

Next Post
Malaysia kekal sebagai peneraju pasaran kewangan Islam dunia 14 tahun berturut-turut

Malaysia kekal sebagai peneraju pasaran kewangan Islam dunia 14 tahun berturut-turut

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARI KATEGORI

  • Ekonomi Islam
  • Jenayah
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • POLITIK
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video

CARI TOPIK MENARIK

2018 League AirBorneo Rancang Pengembangan Balinese Culture Bali United Budget Travel Champions League Chopper Bike Doctor Terawan Gempa Bumi Gempa Bumi Sabah Istana Negara Lancar Operasi Jet Separuh Kedua 2026 Market Stories National Exam Sabah Visit Bali

POPULAR

  • Terengganu tidak sunyi, Haraki Fest 2026 bakal ‘gegar’ Kuala Terengganu

    Terengganu tidak sunyi, Haraki Fest 2026 bakal ‘gegar’ Kuala Terengganu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Haraki Fest 2026 himpun usahawan, buka ruang teroka pasaran baharu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Azira De Gallery curi tumpuan pada Malaysia Gifts Fair 2026

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Program Sinergi Usahawan buka peluang kolaborasi dan jaringan perniagaan baharu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sinergi Usahawan perkukuh jaringan usahawan dan industri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Berita Terkini

  • Wanita Malaysia jatuh lubang 10 meter di Vietnam
  • EON sasar baik pulih 400 kenderaan sebulan dengan kemudahan baharu di Glenmarie
  • Bill Gates beri amaran AI boleh cetus huru-hara ekonomi, sosial selama dua dekad

Segment

  • Ekonomi Islam
  • Jenayah
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • POLITIK
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil

No Result
View All Result
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil