Monday, 26 October 2026
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
Home Ekonomi Islam

Stulang Laut catat purata perbelanjaan residen tertinggi RM704

Zailani by Zailani
16 Oct 2026
in Ekonomi Islam
0
Stulang Laut catat purata perbelanjaan residen tertinggi RM704
0
SHARES
5
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR, 16 OKT ( Berita Harian) – Stulang Laut di Johor merekodkan purata perbelanjaan tertinggi dalam kalangan residen mengikut stesen utama negara, iaitu sebanyak RM704 pada 2025 berbanding RM505 yang dicatatkan pada 2017.

Penemuan itu adalah antara maklumat yang diperoleh berdasarkan Laporan Penemuan Utama Perbelanjaan Residen Malaysia (PRM) 2025 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) hari ini.

Related posts

Isu kewangan punca rakyat Malaysia tangguh kahwin, timang anak

Isu kewangan punca rakyat Malaysia tangguh kahwin, timang anak

24 Oct 2026
Malaysia kekal sebagai peneraju pasaran kewangan Islam dunia 14 tahun berturut-turut

Malaysia kekal sebagai peneraju pasaran kewangan Islam dunia 14 tahun berturut-turut

23 Oct 2026

Selain Stulang Laut, Terminal Feri Puteri Harbour di Johor turut mencatatkan purata perbelanjaan tinggi sebanyak RM567, manakala Bukit Kayu Hitam di Kedah merekodkan RM544.

Stesen Pengkalan Hulu di Perak dan Langkawi di Kedah masing-masing mencatatkan purata perbelanjaan sebanyak RM537 dan RM528, diikuti Rantau Panjang di Kelantan dengan RM445.

Sementara itu, bagi pertumbuhan purata perbelanjaan mengikut stesen utama, Langkawi menerajui senarai peningkatan tertinggi dengan kadar pertumbuhan tahunan terkumpul (CAGR) 9.9 peratus apabila purata perbelanjaan melonjak daripada RM247 pada 2017 kepada RM528 pada 2025.

Padang Besar di Perlis mencatatkan pertumbuhan kedua tertinggi sebanyak 8.9 peratus (RM174 kepada RM344), diikuti Rantau Panjang 8.0 peratus (RM241 kepada RM445), Pengkalan Hulu 6.9 peratus (RM314 kepada RM537), serta Stulang Laut sebanyak 4.2 peratus.

Bagi purata perbelanjaan secara keseluruhan pula, angka berkenaan mencatatkan kadar pertumbuhan perlahan 0.4 peratus daripada RM349 seorang pada 2017 kepada RM361 seorang pada 2025.

Menurut laporan berkenaan, berdasarkan kategori perbelanjaan, sektor makan dan minum kekal sebagai penyumbang utama dengan menguasai 32.7 peratus daripada keseluruhan perbelanjaan residen.

Kategori perkhidmatan dan lain-lain menyumbang sebanyak 26 peratus, manakala perbelanjaan bagi sektor penginapan mencatatkan 22.5 peratus.

Sektor pengangkutan pula menyumbang sebanyak 18.8 peratus daripada keseluruhan nilai perbelanjaan residen berkenaan.

Laporan berkenaan turut mendedahkan keseluruhan jumlah perbelanjaan residen melonjak kepada RM15.8 bilion bagi tahun 2025 berbanding RM10.5 bilion pada tahun 2017, bersamaan purata CAGR sebanyak 5.2 peratus.

Pertumbuhan positif itu sejajar dengan pertambahan bilangan residen yang meningkat daripada 30.2 juta orang pada tahun 2017 kepada 43.8 juta orang bagi tahun 2025, iaitu peningkatan CAGR sebanyak 4.7 peratus.

Previous Post

Dua beradik belum tahu ibu meninggal dunia

Next Post

MITI perluas pasaran, perkukuh eksport Malaysia menerusi Belanjawan 2027

Next Post
MITI perluas pasaran, perkukuh eksport Malaysia menerusi Belanjawan 2027

MITI perluas pasaran, perkukuh eksport Malaysia menerusi Belanjawan 2027

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARI KATEGORI

  • Ekonomi Islam
  • Jenayah
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • POLITIK
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video

CARI TOPIK MENARIK

2018 League AirBorneo Rancang Pengembangan Balinese Culture Bali United Budget Travel Champions League Chopper Bike Doctor Terawan Gempa Bumi Gempa Bumi Sabah Istana Negara Lancar Operasi Jet Separuh Kedua 2026 Market Stories National Exam Sabah Visit Bali

POPULAR

  • Terengganu tidak sunyi, Haraki Fest 2026 bakal ‘gegar’ Kuala Terengganu

    Terengganu tidak sunyi, Haraki Fest 2026 bakal ‘gegar’ Kuala Terengganu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Haraki Fest 2026 himpun usahawan, buka ruang teroka pasaran baharu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Azira De Gallery curi tumpuan pada Malaysia Gifts Fair 2026

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Program Sinergi Usahawan buka peluang kolaborasi dan jaringan perniagaan baharu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sinergi Usahawan perkukuh jaringan usahawan dan industri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Berita Terkini

  • Wanita Malaysia jatuh lubang 10 meter di Vietnam
  • EON sasar baik pulih 400 kenderaan sebulan dengan kemudahan baharu di Glenmarie
  • Bill Gates beri amaran AI boleh cetus huru-hara ekonomi, sosial selama dua dekad

Segment

  • Ekonomi Islam
  • Jenayah
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • POLITIK
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil

No Result
View All Result
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil