Monday, 26 October 2026
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
Home Semasa

MITI perluas pasaran, perkukuh eksport Malaysia menerusi Belanjawan 2027

Zailani by Zailani
16 Oct 2026
in Semasa
0
MITI perluas pasaran, perkukuh eksport Malaysia menerusi Belanjawan 2027
0
SHARES
12
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR, 16 OKT ( Bernama) – Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) akan terus memperluaskan pasaran eksport Malaysia serta memperkukuh prestasi eksport negara menerusi inisiatif di bawah Belanjawan MADANI 2027.

Timbalan Menterinya, Sim Tze Tzin, berkata MITI menerusi Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) akan menerajui pelaksanaan inisiatif pengukuhan eksport menerusi Program Pembinaan Kapasiti Eksport bernilai RM60 juta dan Dana Pengukuhan Eksport dan Pempelbagaian Pasaran bernilai RM50 juta.

Related posts

Wanita Malaysia jatuh lubang 10 meter di Vietnam

Wanita Malaysia jatuh lubang 10 meter di Vietnam

25 Oct 2026
EON sasar baik pulih 400 kenderaan sebulan dengan kemudahan baharu di Glenmarie

EON sasar baik pulih 400 kenderaan sebulan dengan kemudahan baharu di Glenmarie

25 Oct 2026

Beliau berkata, inisiatif itu turut disokong oleh kemudahan pembiayaan bernilai RM1 bilion daripada Bank Pembangunan Malaysia Bhd (BPMB) dan RM10 juta menerusi EXIM Bank.

“Melalui pelaksanaan 200 aktiviti promosi eksport, program ini bakal memberi manfaat secara langsung kepada lebih 3,500 syarikat tempatan dengan sasaran jualan eksport mencecah RM12 bilion menjelang akhir 2027,” katanya dalam satu kenyataan.

Sim berkata, usaha memudah cara perniagaan turut dipertingkatkan menerusi kerjasama Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) dan Pasukan Petugas Khas Reformasi Agensi (STAR) bagi mengurangi kerenah birokrasi.

Katanya, ia adalah antara usaha reformasi peraturan yang setakat ini telah berjaya menjimatkan kos pematuhan industri sebanyak RM3.71 bilion dan mempercepatkan kelulusan lesen perniagaan.

Dalam pada itu, beliau berkata, MITI turut memberi tumpuan kepada usaha pembangunan kluster perindustrian wilayah yang berdaya maju bagi kepentingan pertumbuhan ekonomi yang seimbang di seluruh negara.

Sim berkata, pelaksanaan inisiatif yang menyeluruh dan bersepadu itu diyakini mampu melonjakkan profil Malaysia sebagai destinasi pelaburan serantau yang unggul serta sebagai hab perdagangan global yang mampan.

“Fokus itu merangkumi inisiatif strategik kementerian dalam menjayakan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ), pembangunan hab automotif dan maritim di Perak, serta memperkukuh ekosistem teknologi cip semikonduktor di Pulau Pinang dan Kedah.

“Selain itu, ia turut membabitkan pembesaran infrastruktur koridor perdagangan di Perlis dan kerangka perancangan Zon Ekonomi Khas di Sibu, Sarawak,” tambahnya.

Previous Post

Stulang Laut catat purata perbelanjaan residen tertinggi RM704

Next Post

NIMS Adeliciousz rangkul tempat pertama SME Awards 2026, bukti keupayaan jenama tempatan

Next Post
NIMS Adeliciousz rangkul tempat pertama SME Awards 2026, bukti keupayaan jenama tempatan

NIMS Adeliciousz rangkul tempat pertama SME Awards 2026, bukti keupayaan jenama tempatan

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARI KATEGORI

  • Ekonomi Islam
  • Jenayah
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • POLITIK
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video

CARI TOPIK MENARIK

2018 League AirBorneo Rancang Pengembangan Balinese Culture Bali United Budget Travel Champions League Chopper Bike Doctor Terawan Gempa Bumi Gempa Bumi Sabah Istana Negara Lancar Operasi Jet Separuh Kedua 2026 Market Stories National Exam Sabah Visit Bali

POPULAR

  • Terengganu tidak sunyi, Haraki Fest 2026 bakal ‘gegar’ Kuala Terengganu

    Terengganu tidak sunyi, Haraki Fest 2026 bakal ‘gegar’ Kuala Terengganu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Haraki Fest 2026 himpun usahawan, buka ruang teroka pasaran baharu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Azira De Gallery curi tumpuan pada Malaysia Gifts Fair 2026

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Program Sinergi Usahawan buka peluang kolaborasi dan jaringan perniagaan baharu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sinergi Usahawan perkukuh jaringan usahawan dan industri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Berita Terkini

  • Wanita Malaysia jatuh lubang 10 meter di Vietnam
  • EON sasar baik pulih 400 kenderaan sebulan dengan kemudahan baharu di Glenmarie
  • Bill Gates beri amaran AI boleh cetus huru-hara ekonomi, sosial selama dua dekad

Segment

  • Ekonomi Islam
  • Jenayah
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • POLITIK
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil

No Result
View All Result
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil