Monday, 26 October 2026
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
Home Ekonomi Islam

NIMS Adeliciousz rangkul tempat pertama SME Awards 2026, bukti keupayaan jenama tempatan

Zailani by Zailani
17 Oct 2026
in Ekonomi Islam, SME Bisnes
0
NIMS Adeliciousz rangkul tempat pertama SME Awards 2026, bukti keupayaan jenama tempatan
0
SHARES
9
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR, 17 OKT – NIMS Adeliciousz Sdn. Bhd. mencipta pencapaian membanggakan apabila berjaya meraih tempat pertama daripada 50 anugerah yang disampaikan pada SME Awards 2026, sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang berpotensi untuk berkembang ke peringkat lebih tinggi.

Pengiktirafan yang diberikan oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) bersama SME Corp. Malaysia itu disifatkan sebagai penghargaan bermakna buat seluruh warga kerja NIMS yang selama ini komited dalam membangunkan syarikat berkenaan.

Related posts

Isu kewangan punca rakyat Malaysia tangguh kahwin, timang anak

Isu kewangan punca rakyat Malaysia tangguh kahwin, timang anak

24 Oct 2026
Malaysia kekal sebagai peneraju pasaran kewangan Islam dunia 14 tahun berturut-turut

Malaysia kekal sebagai peneraju pasaran kewangan Islam dunia 14 tahun berturut-turut

23 Oct 2026

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) NIMS Adeliciousz Sdn. Bhd.,Tengku Norhanim Tengku Othman yang dikenali sebagai Kak Nim, berkata beliau sendiri tidak menyangka syarikat itu mampu menduduki tempat pertama dalam kalangan penerima anugerah berkenaan, memandangkan banyak syarikat PKS lain turut menunjukkan prestasi yang membanggakan.

Menurutnya, pencapaian itu bukan sekadar kemenangan, sebaliknya menjadi bukti bahawa usaha berterusan untuk memperbaiki prestasi syarikat mampu membuahkan hasil.

Beliau turut menegaskan bahawa matlamat utama NIMS bukan semata-mata untuk mengatasi pesaing, tetapi menjadi versi terbaik syarikat itu berbanding tahun-tahun sebelumnya.

“Pelbagai usaha, inisiatif dan kegigihan syarikat serta warga kerja NIMS dilaksanakan bagi memastikan kami sentiasa memperbaiki hasil kerja, meningkatkan mutu perkhidmatan, jualan serta keuntungan syarikat,” katanya menerusi perkongsian di Facebook.

Dalam pada itu, beliau berkata NIMS kini memberikan tumpuan untuk memperkukuh jenama berkenaan agar mampu menembusi pasaran lebih luas, bukan sahaja di dalam negara, malah di peringkat antarabangsa.

Katanya, usaha memperluas pemasaran turut giat dilaksanakan di dalam dan luar negara bagi memastikan jenama NIMS terus berkembang serta mempunyai daya saing yang lebih kukuh.

Beliau turut mengakui sokongan agensi kerajaan memainkan peranan penting dalam membantu syarikat tempatan merealisasikan matlamat perniagaan masing-masing.

Sehubungan itu, beliau menggalakkan golongan usahawan supaya mendekati agensi berkaitan dan memanfaatkan peluang serta inisiatif yang disediakan kerajaan bagi membawa perniagaan mereka ke tahap seterusnya.

“Sebagai usahawan, kita perlu mendekatkan diri dengan agensi dan mencari peluang yang ada untuk melonjakkan diri ke peringkat seterusnya. Peluang sudah ada, usaha sampai jadi. Inilah prinsip yang NIMS pegang sehingga hari ini.

“Setiap peluang yang diberikan tidak akan kami sia-siakan,” katanya.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada rakyat Malaysia yang terus memberikan sokongan kepada jenama tempatan, sambil berharap sokongan tersebut dapat membantu lebih banyak perusahaan tempatan berkembang dan menembusi pasaran antarabangsa.

Menurutnya, sokongan berterusan terhadap produk dan jenama tempatan bukan sahaja memberi manfaat kepada sesebuah syarikat, malah membuka ruang kepada lebih ramai usahawan untuk berkembang dan meningkatkan daya saing perniagaan mereka.

Mengakhiri perkongsiannya, beliau berharap pengiktirafan SME Awards 2026 itu menjadi pembakar semangat kepada seluruh warga NIMS dan komuniti usahawan untuk terus membina perniagaan yang lebih kukuh.

Beliau turut menyatakan harapan agar kejayaan itu menjadi pemangkin kepada usaha membawa jenama NIMS serta nama Malaysia ke peringkat yang lebih jauh, sekali gus membuktikan keupayaan syarikat tempatan untuk bersaing dalam pasaran yang lebih luas.

Previous Post

MITI perluas pasaran, perkukuh eksport Malaysia menerusi Belanjawan 2027

Next Post

PAS utamakan UMNO berbanding parti lain dalam kerjasama politik

Next Post
PAS utamakan UMNO berbanding parti lain dalam kerjasama politik

PAS utamakan UMNO berbanding parti lain dalam kerjasama politik

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARI KATEGORI

  • Ekonomi Islam
  • Jenayah
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • POLITIK
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video

CARI TOPIK MENARIK

2018 League AirBorneo Rancang Pengembangan Balinese Culture Bali United Budget Travel Champions League Chopper Bike Doctor Terawan Gempa Bumi Gempa Bumi Sabah Istana Negara Lancar Operasi Jet Separuh Kedua 2026 Market Stories National Exam Sabah Visit Bali

POPULAR

  • Terengganu tidak sunyi, Haraki Fest 2026 bakal ‘gegar’ Kuala Terengganu

    Terengganu tidak sunyi, Haraki Fest 2026 bakal ‘gegar’ Kuala Terengganu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Haraki Fest 2026 himpun usahawan, buka ruang teroka pasaran baharu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Azira De Gallery curi tumpuan pada Malaysia Gifts Fair 2026

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Program Sinergi Usahawan buka peluang kolaborasi dan jaringan perniagaan baharu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sinergi Usahawan perkukuh jaringan usahawan dan industri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Berita Terkini

  • Wanita Malaysia jatuh lubang 10 meter di Vietnam
  • EON sasar baik pulih 400 kenderaan sebulan dengan kemudahan baharu di Glenmarie
  • Bill Gates beri amaran AI boleh cetus huru-hara ekonomi, sosial selama dua dekad

Segment

  • Ekonomi Islam
  • Jenayah
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • POLITIK
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil

No Result
View All Result
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil