IPOH, 4 OKT ( Berita Harian ) – Empat termasuk seorang bayi maut dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Lebuhraya Timur Barat dari arah Kelantan menghala ke Gerik, hari ini.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gerik, Penolong Penguasa Bomba Mohd Rais Mahmud, berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kemalangan jalan raya, membabitkan lori dengan dua kereta itu pada jam 12.56 tengah hari.
Beliau berkata, kesemua mangsa yang maut membabitkan dua lelaki, seorang wanita, seorang bayi perempuan serta seorang kanak-kanak lelaki, yang cedera berada dalam Perodua Axia.
“Terdapat dua orang mangsa tersepit dalam kereta terbabit,” katanya dalam kenyataan hari ini.



