Wednesday, 28 October 2026
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
Home SME Bisnes

Kopi Royale Johor sasar buka kafe selepas jual 5,000 cawan dalam tiga hari

Zailani by Zailani
28 Oct 2026
in SME Bisnes
0
0
SHARES
3
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU, 28 OKT ( Bernama) – Pernah mencatatkan jualan lebih 5,000 cawan dalam tempoh tiga hari, pengasas jenama Kopi Royale Johor menyasarkan pembukaan sebuah kafe dalam tempoh tiga tahun lagi bagi mengembangkan perniagaannya.

Pengasasnya, Nurul Afiqah Mazalan, berkata kejayaan mencatatkan rekod jualan berkenaan dicapai sewaktu menyertai program jelajah jualan di Muar, sekali gus membuktikan kopi kampung mendapat tempat dalam kalangan penggemar minuman berkenaan.

Related posts

Bukan sekadar baiki telefon, Seminar PRESENT 2026 buka peluang jana pendapatan

Bukan sekadar baiki telefon, Seminar PRESENT 2026 buka peluang jana pendapatan

27 Oct 2026
MPUPK Perkukuh Usahawan Bumiputera Zon Timur

MPUPK Perkukuh Usahawan Bumiputera Zon Timur

27 Oct 2026

Beliau berkata, Kopi Royale Johor beroperasi di sebuah gerai di Bandar Seri Alam, dua di universiti Pasir Gudang dan sebuah pusat beli-belah di Kota Tinggi menerusi kerjasama dengan sebuah perusahaan makanan.

Sehubungan itu, Nurul Afiqah berkata sasaran seterusnya adalah untuk membuka sebuah kafe yang bukan sahaja menyajikan kopi tempatan, malah menawarkan pelbagai makanan dan pastri.

“Sasaran mungkin dalam tiga tahun lagi, sekarang proses itu masih berjalan dan sedang mengumpul modal,” katanya ketika ditemui Bernama.

Beliau mahu melihat jenama kopi tempatan yang diasaskannya bersama suami, Mohammad Fazarikman Mohd Faudzi berkembang daripada sebuah gerai yang turut dikunjungi pelanggan dari Brunei dan Singapura kepada jenama yang setanding dengan kafe kopi lain di negara ini.

Menurutnya, antara keistimewaan Kopi Royale Johor adalah keunikan kopi kampung yang diolah mengikut cita rasa terkini, dengan menggunakan biji kopi Robusta dari Indonesia yang kemudiannya diproses di sebuah kilang di sini.

Selain keunikan rasanya, keistimewaan minuman itu turut terletak pada saiz cawan yang agak besar dengan harga berpatutan antara RM4 hingga RM14.

Nurul Afiqah berkata, pelbagai pilihan minuman ditawarkan kepada pelanggan selain memperkenalkan menu mengikut musim untuk menonjolkan keunikan kopi dan juga melalui penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang dilakukan.

“Sekarang kami menawarkan enam jenis minuman yang berbeza mengikut topping, selain itu kami juga memperkenalkan menu kopi berdasarkan musim.

“Kami akan menghasilkan menu setiap bulan atau dua bulan, seperti menu Butterscotch Dalgona yang kami keluarkan untuk bulan ini,” kata ibu kepada seorang cahaya mata itu.

Fokusnya ketika ini adalah untuk mengukuhkan jenama dan perniagaan di Johor terlebih dahulu sebelum melangkah ke negeri lain demi mengekalkan struktur harga mampu milik.

Berkongsi mengenai penglibatannya dalam bidang perniagaan bersama suami, beliau berkata ia bermula selepas mereka terkandas selama dua tahun di Singapura berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat COVID-19.

Beliau yang bekerja dalam bahagian Jaminan Kualiti (QA/QC), manakala suami di bahagian gudang syarikat makanan sihat di Singapura, mengambil keputusan pulang ke Malaysia dan berniaga makanan sebelum menceburi perniagaan minuman itu pada Januari 2023, dengan modal permulaan lebih RM1,000 tanpa sebarang pinjaman.

Dalam pada itu, Nurul Afiqah berkata penggunaan platform media sosial seperti TikTok memainkan peranan besar dalam perancangan self-branding bagi memperkenalkan jenama perniagaannya kepada orang ramai.

Beliau berkata, strategi pemasaran digital itu membuahkan hasil apabila salah satu video santai yang dimuat naik di platform berkenaan tular, sehingga meraih 12.1 juta tontonan dan menarik kehadiran pelanggan ke gerai mereka.

“Video tular itu menjadi permulaan kepada video-video lain. Kebanyakan kandungan video saya melibatkan komunikasi dengan pelanggan,” katanya sambil menambah video berkenaan mendorong orang ramai datang ke gerainya dan membantu menghasilkan kandungan bagi meningkatkan interaksi dengan pengikut di media sosial.

Previous Post

Bukan sekadar baiki telefon, Seminar PRESENT 2026 buka peluang jana pendapatan

Next Post

Pelanggan Maybank boleh bayar guna QR di lima lagi negara termasuk China, Korea Selatan

Next Post

Pelanggan Maybank boleh bayar guna QR di lima lagi negara termasuk China, Korea Selatan

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARI KATEGORI

  • Ekonomi Islam
  • Jenayah
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • POLITIK
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video

CARI TOPIK MENARIK

2018 League AirBorneo Rancang Pengembangan Balinese Culture Bali United Budget Travel Champions League Chopper Bike Doctor Terawan Gempa Bumi Gempa Bumi Sabah Istana Negara Lancar Operasi Jet Separuh Kedua 2026 Market Stories National Exam Sabah Visit Bali

POPULAR

  • Terengganu tidak sunyi, Haraki Fest 2026 bakal ‘gegar’ Kuala Terengganu

    Terengganu tidak sunyi, Haraki Fest 2026 bakal ‘gegar’ Kuala Terengganu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Haraki Fest 2026 himpun usahawan, buka ruang teroka pasaran baharu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Azira De Gallery curi tumpuan pada Malaysia Gifts Fair 2026

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Program Sinergi Usahawan buka peluang kolaborasi dan jaringan perniagaan baharu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sinergi Usahawan perkukuh jaringan usahawan dan industri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Berita Terkini

  • Pelanggan Maybank boleh bayar guna QR di lima lagi negara termasuk China, Korea Selatan
  • Kopi Royale Johor sasar buka kafe selepas jual 5,000 cawan dalam tiga hari
  • Bukan sekadar baiki telefon, Seminar PRESENT 2026 buka peluang jana pendapatan

Segment

  • Ekonomi Islam
  • Jenayah
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • POLITIK
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil

No Result
View All Result
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil