Wednesday, 28 October 2026
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
Home Ekonomi Islam

Apam Balik Jalan Mawai dijual RM4 jadi buruan pelanggan

Zailani by Zailani
3 Oct 2026
in Ekonomi Islam, SME Bisnes
0
Apam Balik Jalan Mawai dijual RM4 jadi buruan pelanggan
0
SHARES
5
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA TINGGI, 3 OKT ( Berita Harian) – Berkat mempertahankan resipi keluarga sejak 19 tahun lalu, apam balik Jalan Mawai di sini terus menjadi buruan pelanggan dari serata daerah, malah perisa asli masih menjadi pilihan utama pelanggan kerana kesegaran bahan yang digunakan.

Isteri pemilik premis, Nelta Efrida Zulfadhli, 37, berkata semua bahan disediakan sendiri di premis setiap hari, bermula dengan bancuhan tepung, selain inti jagung yang ‘segar’ iaitu bukannya menggunakan bahan dalam tin.

Related posts

Kopi Royale Johor sasar buka kafe selepas jual 5,000 cawan dalam tiga hari

28 Oct 2026
Bukan sekadar baiki telefon, Seminar PRESENT 2026 buka peluang jana pendapatan

Bukan sekadar baiki telefon, Seminar PRESENT 2026 buka peluang jana pendapatan

27 Oct 2026

Katanya, apam balik perisa asli itu dijual pada harga RM4, meskipun kos bahan mentah semakin meningkat.

“Kita pernah naikkan harga, tetapi kadarnya adalah bersesuaian kerana masih fikirkan pelanggan.

“Lagipun kuantiti yang kita jual banyak, jadi margin keuntungan masih ada dan kita belum merancang untuk naikkan harga lagi,” katanya ketika ditemui Bernama di sini baru-baru ini.

Ibu kepada tiga cahaya mata itu berkata suaminya, Mohd Shahrizal Supri, 41, meneruskan perniagaan itu menggunakan modalnya sendiri, dan beliau mula membantu selepas mereka bertunang pada 2009.

“Pelanggan bukan sahaja dari kawasan sekitar, malah ada yang datang dari Skudai, Kulai, Simpang Renggam dan Mersing semata-mata untuk membeli apam balik ini,” katanya yang mempunyai tiga pekerja tetap dan dua pekerja sambilan.

Mengulas lanjut, beliau berkata, perniagaan itu bermula dengan hanya lima kilogram tepung sehari pada 2007, dan terus berkembang hingga mencecah 50 hingga 55 kilogram tepung sehari ketika musim cuti.

Nelta Efrida berkata, peningkatan permintaan itu turut menyumbang kepada hasil jualan sekitar RM2,000 hingga RM2,500 sehari pada hari biasa dan kira-kira RM4,500 pada hari cuti.

Katanya, jualan tertinggi pernah direkodkan mencecah RM6,000 sehari ketika produk mereka tular dan mendapat sambutan menggalakkan daripada pelanggan.

Beliau menambah, apam balik perisa asli kekal sebagai pilihan paling laris, diikuti oleh Nutella dan apam Jepun berinti kacang merah.

Yang turut ditawarkan kepada pelanggan ialah beberapa perisa lain termasuk pistachio, matcha, mentega kacang dan lotus biscoff.

Katanya, pihaknya juga pernah menyediakan apam balik itu sebagai hidangan pada majlis Jamuan Teh Bersama Rakyat Mersing dan Kota Tinggi, selain jamuan Hari Raya di Johor Bahru.

Mengulas lanjut, beliau mendedahkan bahawa kekurangan pekerja antara cabaran utama yang dihadapinya, terutamanya bagi memenuhi permintaan tempahan pelbagai majlis seperti perkahwinan.

“Ramai yang menghubungi untuk membuat tempahan, tetapi seorang pekerja tidak cukup untuk mengendalikan sesebuah majlis, jadi jika kita menerima tempahan sesebuah majlis, kita terpaksa mengambil (pekerja) dari cawangan satu lagi.

“Kesannya cawangan di sana pula terpaksa tutup,” katanya yang mempunyai sebuah lagi cawangan di bandar Kota Tinggi.

Oleh itu, Nelta Efrida berkata, buat masa ini tumpuan adalah meluaskan pasaran termasuk mengadakan promosi di media sosial seperti TikTok, berbanding membuka lebih banyak cawangan, bagi memastikan kualiti produk kekal sama.

“Lebih baik fokus pada satu lokasi tetapi sasarkan lebih ramai orang mengetahui mengenai kedai ini dan produk-produk kita,” katanya yang berhasrat menambah bilangan pekerja dan mengambil tempahan bagi majlis perkahwinan bermula tahun depan.

Dalam pada itu, operasi kedai itu biasanya bermula sekitar 9.30 pagi dengan pesanan terakhir diambil pada 4 petang, namun premis berkenaan pernah ditutup seawal 2 petang apabila apam balik telah habis dijual.

Previous Post

3,494 doktor tinggalkan KKM, MMA gesa langkah kekalkan tenaga kerja

Next Post

Projek ECRL tawar pakej pengurusan fasiliti RM12.7 juta kepada kontraktor tempatan, sedia 65 ruang niaga

Next Post
Projek ECRL tawar pakej pengurusan fasiliti RM12.7 juta kepada kontraktor tempatan, sedia 65 ruang niaga

Projek ECRL tawar pakej pengurusan fasiliti RM12.7 juta kepada kontraktor tempatan, sedia 65 ruang niaga

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARI KATEGORI

  • Ekonomi Islam
  • Jenayah
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • POLITIK
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video

CARI TOPIK MENARIK

2018 League AirBorneo Rancang Pengembangan Balinese Culture Bali United Budget Travel Champions League Chopper Bike Doctor Terawan Gempa Bumi Gempa Bumi Sabah Istana Negara Lancar Operasi Jet Separuh Kedua 2026 Market Stories National Exam Sabah Visit Bali

POPULAR

  • Terengganu tidak sunyi, Haraki Fest 2026 bakal ‘gegar’ Kuala Terengganu

    Terengganu tidak sunyi, Haraki Fest 2026 bakal ‘gegar’ Kuala Terengganu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Haraki Fest 2026 himpun usahawan, buka ruang teroka pasaran baharu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Azira De Gallery curi tumpuan pada Malaysia Gifts Fair 2026

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Program Sinergi Usahawan buka peluang kolaborasi dan jaringan perniagaan baharu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sinergi Usahawan perkukuh jaringan usahawan dan industri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Berita Terkini

  • Pelanggan Maybank boleh bayar guna QR di lima lagi negara termasuk China, Korea Selatan
  • Kopi Royale Johor sasar buka kafe selepas jual 5,000 cawan dalam tiga hari
  • Bukan sekadar baiki telefon, Seminar PRESENT 2026 buka peluang jana pendapatan

Segment

  • Ekonomi Islam
  • Jenayah
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • POLITIK
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil

No Result
View All Result
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil