Wednesday, 28 October 2026
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
Home Semasa

3,494 doktor tinggalkan KKM, MMA gesa langkah kekalkan tenaga kerja

Zailani by Zailani
2 Oct 2026
in Semasa
0
3,494 doktor tinggalkan KKM, MMA gesa langkah kekalkan tenaga kerja
0
SHARES
7
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR, 2 OKT – Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) menggesa kerajaan memberi tumpuan kepada tiga perkara utama iaitu mengekalkan tenaga kerja kesihatan, memperkukuh kesinambungan daripada saringan kepada rawatan serta mengoptimumkan peranan sektor penjagaan kesihatan swasta sebagai rakan strategik negara.

Presiden MMA, Dr L Sivanaesan, berkata negara kini berdepan kekurangan hampir 11,000 pakar, manakala kadar kekosongan jawatan jururawat adalah sekitar 18 peratus.

Related posts

Pelanggan Maybank boleh bayar guna QR di lima lagi negara termasuk China, Korea Selatan

28 Oct 2026
Kelantan mahu KB Sentral diteruskan tanpa tunggu peruntukan RM250 juta

Kelantan mahu KB Sentral diteruskan tanpa tunggu peruntukan RM250 juta

26 Oct 2026

Katanya, antara tahun 2019 hingga 2023, seramai 3,494 doktor meninggalkan Kementerian Kesihatan (KKM), termasuk 2,385 pegawai perubatan tetap dan 1,109 pakar.

“Peletakan jawatan dalam kalangan pakar meningkat sebanyak 57 peratus sepanjang tempoh itu, manakala kadar pengisian jawatan menurun daripada 96 peratus kepada 83 peratus.

“Setiap jawatan yang tidak diisi menambahkan tekanan kepada tenaga kerja yang sedia terbeban dan berisiko melemahkan keupayaan sistem kesihatan awam.

“Apabila seorang pakar berpengalaman meninggalkan perkhidmatan, negara kehilangan lebih daripada sekadar seorang doktor iaitu pengalaman klinikal yang dibina selama bertahun-tahun, pengetahuan institusi dan keupayaan untuk melatih, menyelia serta membimbing generasi seterusnya,” katanya dalam satu kenyataan menjelang Belanjawan 2027, di sini, hari ini.

Beliau berkata, tempoh perkhidmatan terdahulu di bawah skim kontrak juga perlu diambil kira dalam penentuan tempoh perkhidmatan dan kenaikan gaji.

“Doktor tidak seharusnya kehilangan tahun-tahun perkhidmatan yang bernilai serta peluang kemajuan kerjaya hanya kerana mereka memasuki sistem melalui skim kontrak.

“Oleh itu, MMA mencadangkan satu laluan yang telus dan berasaskan merit bagi membolehkan pakar berpengalaman dinaikkan ke Gred Khas atau Gred Utama C selepas sekurang-kurangnya lima tahun perkhidmatan yang memuaskan selepas pewartaan.

“Kenaikan pangkat tidak seharusnya berlaku secara automatik, jadi MMA mencadangkan penilaian yang berasaskan 80 peratus kriteria objektif dan boleh diukur serta 20 peratus penilaian profesional berstruktur.

“Menjelang tahun ke-10 selepas pewartaan, setiap pakar yang diiktiraf sebagai Pakar Perunding Perubatan sewajarnya melalui penilaian kenaikan pangkat secara rasmi, dengan keputusan serta alasannya dimaklumkan dengan jelas.

“Laluan yang serupa juga perlu diwujudkan bagi subpakar yang diiktiraf,” katanya.

Dalam pada itu, Dr Sivanaesan berkata, Belanjawan 2027 juga perlu menangani dasar-dasar yang menyukarkan doktor dan pakar membina kerjaya yang mampan dalam sistem kesihatan awam.

“MMA menggesa syarat melengkapkan tiga penilaian LNPT berturut-turut sebelum menjalani latihan subkepakaran dikaji semula, jawatan Simpanan Latihan disediakan dengan secukupnya dan elaun pakar diberikan bermula dari tarikh pewartaan.

“Selain itu, kadar bayaran tugas dalam panggilan (on-call) yang adil diberikan kepada doktor yang menjalankan tanggungjawab pakar, kadar Bayaran Insentif Wilayah (BIW) terdahulu dikekalkan bagi petugas kesihatan yang berkhidmat di Sabah, Sarawak dan Labuan.

“Selain itu, pengaturan waktu kerja diselaraskan dengan standard 45 jam seminggu di bawah Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA), termasuk tempoh rehat yang terjamin selepas bertugas selama 24 jam secara berterusan,” katanya.

Menyentuh mengenai Perkhidmatan Doktor Udara (FDS), beliau turut menggesa kerajaan meningkatkan peruntukan bagi FDS untuk memastikan pembiayaan yang mencukupi bagi penyelenggaraan serta kemampanan perkhidmatan itu termasuk keperluan peralatan, sokongan pesawat dan operasi.

“Kerajaan juga perlu mengkaji semula kadar elaun petugas FDS dan menaikkannya ke tahap yang lebih wajar serta setimpal dengan tugas dan tanggungjawab mereka.

“Ini memandangkan kadar elaun ini tidak pernah disemak sejak tahun 1978 dan sudah tiba masanya ia diberi perhatian sewajarnya,” katanya.

Dr Sivanaesan berkata, Belanjawan 2027 juga perlu memberi pelaburan yang lebih signifikan kepada penjagaan primer dan usaha pencegahan penyakit tidak berjangkit (NCD).

“Pengesanan serta pengurusan awal diabetes, hipertensi dan NCD lain dapat mencegah komplikasi yang memerlukan kos rawatan yang tinggi, di samping mengurangkan tekanan terhadap hospital.

“Kita perlu memberi lebih tumpuan kepada pelaburan dalam langkah pencegahan untuk memastikan rakyat kekal sihat daripada terus menanggung kos yang lebih tinggi untuk merawat penyakit yang sebenarnya boleh dicegah.

“Bukan itu saja, MMA mencadangkan penubuhan Bahagian Pembangunan Penjagaan Kesihatan Swasta di bawah KKM bagi membangunkan dan menyelaras sektor itu sebagai pelengkap kepada peranan kawal selia Cawangan Kawalan Amalan Perubatan Swasta (CKAPS).

“Keutamaan awal bahagian ini perlu diberikan kepada penjagaan kesihatan primer swasta dengan lebih 11,000 klinik GP boleh dioptimumkan untuk menyokong program-program kesihatan negara,” katanya.

Selain itu, MMA mencadangkan peruntukan sebanyak RM10 juta untuk mendigitalkan proses pendaftaran dan pelesenan CKAPS melalui pewujudan satu platform dalam talian bersepadu.

“MMA memahami kekangan fiskal yang dihadapi kerajaan, namun, usaha mengekalkan tenaga kerja tidak boleh terus dianggap sebagai aspirasi jangka panjang sedangkan kekurangan tenaga kerja sudah pun memberi kesan kepada sistem.

“Malaysia sudah membuat pelaburan yang besar dalam melatih profesional kesihatannya dan keutamaan sekarang adalah untuk memastikan mereka terus kekal dalam sistem,” katanya.

Previous Post

Akhbar Singapura lapor MyEG dipercayai berhutang lebih RM200 juta dengan JPJ

Next Post

Apam Balik Jalan Mawai dijual RM4 jadi buruan pelanggan

Next Post
Apam Balik Jalan Mawai dijual RM4 jadi buruan pelanggan

Apam Balik Jalan Mawai dijual RM4 jadi buruan pelanggan

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARI KATEGORI

  • Ekonomi Islam
  • Jenayah
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • POLITIK
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video

CARI TOPIK MENARIK

2018 League AirBorneo Rancang Pengembangan Balinese Culture Bali United Budget Travel Champions League Chopper Bike Doctor Terawan Gempa Bumi Gempa Bumi Sabah Istana Negara Lancar Operasi Jet Separuh Kedua 2026 Market Stories National Exam Sabah Visit Bali

POPULAR

  • Terengganu tidak sunyi, Haraki Fest 2026 bakal ‘gegar’ Kuala Terengganu

    Terengganu tidak sunyi, Haraki Fest 2026 bakal ‘gegar’ Kuala Terengganu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Haraki Fest 2026 himpun usahawan, buka ruang teroka pasaran baharu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Azira De Gallery curi tumpuan pada Malaysia Gifts Fair 2026

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Program Sinergi Usahawan buka peluang kolaborasi dan jaringan perniagaan baharu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sinergi Usahawan perkukuh jaringan usahawan dan industri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Berita Terkini

  • Pelanggan Maybank boleh bayar guna QR di lima lagi negara termasuk China, Korea Selatan
  • Kopi Royale Johor sasar buka kafe selepas jual 5,000 cawan dalam tiga hari
  • Bukan sekadar baiki telefon, Seminar PRESENT 2026 buka peluang jana pendapatan

Segment

  • Ekonomi Islam
  • Jenayah
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • POLITIK
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil

No Result
View All Result
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil