Tuesday, 27 October 2026
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
Home SME Bisnes

Pengecualian gaji minimum, ringan beban PMKS – SAMENTA

Zailani by Zailani
1 Oct 2026
in SME Bisnes
0
Pengecualian gaji minimum, ringan beban PMKS – SAMENTA
0
SHARES
6
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR, 1 OKT ( Berita Harian) – Keputusan kerajaan mengecualikan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) daripada kenaikan kadar gaji minimum dilihat membantu meringankan tekanan kos yang ditanggung 1.3 juta PMKS di seluruh negara, sekali gus menyokong kelangsungan operasi sektor itu.

Presiden Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SAMENTA),Datuk William Ng, berkata langkah itu amat bertepatan ketika PMKS berdepan peningkatan kos operasi, margin keuntungan yang semakin mengecil serta ketidaktentuan ekonomi global.

Related posts

Bukan sekadar baiki telefon, Seminar PRESENT 2026 buka peluang jana pendapatan

Bukan sekadar baiki telefon, Seminar PRESENT 2026 buka peluang jana pendapatan

27 Oct 2026
MPUPK Perkukuh Usahawan Bumiputera Zon Timur

MPUPK Perkukuh Usahawan Bumiputera Zon Timur

27 Oct 2026

Beliau berkata, keputusan Jemaah Menteri itu berupaya memelihara kelangsungan PMKS, khususnya perusahaan yang mempunyai ruang kewangan lebih terhad dalam menyerap peningkatan kos perniagaan.

Katanya, langkah terbabit juga mencerminkan keprihatinan kerajaan terhadap realiti semasa yang dihadapi PMKS tempatan, di samping memastikan kebajikan pekerja terus diberi perhatian.

“Keputusan ini jelas mencerminkan keprihatinan kerajaan terhadap realiti semasa yang dihadapi PMKS tempatan, di samping terus memastikan kebajikan para pekerja sentiasa terpelihara,” katanya dalam satu kenyataan,semalam.

Bagaimanapun, Ng berkata, SAMENTA berpandangan peningkatan gaji secara mampan perlu disokong penciptaan nilai dan peningkatan produktiviti di peringkat perusahaan serta pekerja.

Sehubungan itu beliau berkata, pihaknya menyokong tumpuan strategik kerajaan terhadap Dasar Gaji Progresif sebagai pendekatan terbaik bagi memastikan peningkatan pendapatan pekerja bergerak seiring dengan pertumbuhan produktiviti.

“Melalui sokongan terhadap pertumbuhan produktiviti di peringkat firma mahupun pekerja, kemakmuran ekonomi dapat dikongsi secara lebih saksama antara majikan dan tenaga kerja,” katanya.

Ng berkata, SAMENTA mengesyorkan kerajaan bekerjasama rapat dengan persatuan industri dalam menyediakan modul latihan bersasar dan praktikal kepada PMKS bagi membantu melonjakkan produktiviti.

Beliau berkata, dasar berkaitan gaji juga wajar dilihat secara menyeluruh kerana keupayaan perusahaan menawarkan imbuhan lebih baik kepada pekerja turut dipengaruhi struktur kos operasi.

Katanya, kerajaan disaran terus menangani kos overhed struktur termasuk kos pematuhan, beban kawal selia serta kos logistik dan utiliti yang boleh memberi tekanan kepada kedudukan kewangan PMKS.

Selain itu, katanya, akses kepada kemudahan pembiayaan modal kerja pada kadar faedah rendah perlu diperluas bagi membantu PMKS mengukuhkan kapasiti operasi dan menyediakan ruang untuk meningkatkan ganjaran kepada pekerja.

Pada masa sama, SAMENTA katanya turut menggalakkan majikan PMKS yang berkemampuan menawarkan kadar upah lebih kompetitif kepada pekerja masing-masing, walaupun diberikan pengecualian daripada kenaikan gaji minimum.

“Langkah itu bukan saja penting untuk mengekalkan bakat terbaik, malah mampu memupuk tenaga kerja yang lebih setia dan berdedikasi, sekali gus membantu meningkatkan daya saing perniagaan dalam jangka panjang.

“SAMENTA kekal komited untuk bekerjasama erat dengan KUSKOP, Kementerian Sumber Manusia serta kementerian berkaitan dalam membantu PMKS kita beralih ke arah perusahaan produktiviti dan bernilai tinggi.

“Ini sekali gus membolehkan PMKS menawarkan gaji wajar dan kompetitif kepada tenaga kerja negara,” katanya.

Previous Post

Agihan kerusi, siapa PM tentukan hayat kerjasama UMNO-PAS

Next Post

Saya sedia tanggung akibat: Shuhaili ulas insiden tular pemantauan aktiviti ‘ulat’ warga asing

Next Post
Saya sedia tanggung akibat: Shuhaili ulas insiden tular pemantauan aktiviti ‘ulat’ warga asing

Saya sedia tanggung akibat: Shuhaili ulas insiden tular pemantauan aktiviti 'ulat' warga asing

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARI KATEGORI

  • Ekonomi Islam
  • Jenayah
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • POLITIK
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video

CARI TOPIK MENARIK

2018 League AirBorneo Rancang Pengembangan Balinese Culture Bali United Budget Travel Champions League Chopper Bike Doctor Terawan Gempa Bumi Gempa Bumi Sabah Istana Negara Lancar Operasi Jet Separuh Kedua 2026 Market Stories National Exam Sabah Visit Bali

POPULAR

  • Terengganu tidak sunyi, Haraki Fest 2026 bakal ‘gegar’ Kuala Terengganu

    Terengganu tidak sunyi, Haraki Fest 2026 bakal ‘gegar’ Kuala Terengganu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Haraki Fest 2026 himpun usahawan, buka ruang teroka pasaran baharu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Azira De Gallery curi tumpuan pada Malaysia Gifts Fair 2026

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Program Sinergi Usahawan buka peluang kolaborasi dan jaringan perniagaan baharu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sinergi Usahawan perkukuh jaringan usahawan dan industri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Berita Terkini

  • Bukan sekadar baiki telefon, Seminar PRESENT 2026 buka peluang jana pendapatan
  • MPUPK Perkukuh Usahawan Bumiputera Zon Timur
  • Kelantan mahu KB Sentral diteruskan tanpa tunggu peruntukan RM250 juta

Segment

  • Ekonomi Islam
  • Jenayah
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • POLITIK
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil

No Result
View All Result
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil