Sunday, 13 September 2026
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
Home SME Bisnes

KUSKOP salur hampir RM7 bilion bantu lebih 213,000 usahawan dalam enam bulan pertama 2026

Zailani by Zailani
23 Jul 2026
in SME Bisnes
0
KUSKOP salur hampir RM7 bilion bantu lebih 213,000 usahawan dalam enam bulan pertama 2026
0
SHARES
7
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN,23 JULAI (Bernama) – Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) menyalurkan peruntukan hampir RM7 bilion menerusi inisiatif ‘Power Up 10K’ yang membantu lebih 213,000 usahawan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) di seluruh negara sepanjang tempoh enam bulan pertama tahun ini.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Steven Sim, berkata dana berkenaan disalurkan menerusi pelbagai program sokongan dan pembiayaan di bawah inisiatif tersebut yang menyasarkan penyaluran keseluruhan berjumlah RM15 bilion sepanjang tahun ini.

Related posts

Studio TikTok Shop Live perkukuh pemasaran digital usahawan Terengganu

Studio TikTok Shop Live perkukuh pemasaran digital usahawan Terengganu

11 Sep 2026
Dari seekor ayam sehari, Zawiah kini bergelar pembayar zakat

Dari seekor ayam sehari, Zawiah kini bergelar pembayar zakat

9 Sep 2026

Beliau berkata, kejayaan itu mencerminkan komitmen berterusan KUSKOP dalam memastikan sektor PMKS kekal berdaya saing dan mampu mendepani pelbagai cabaran ekonomi global semasa.

“Bagi Negeri Sembilan sahaja, menerusi program ‘Power Up 10K’ ini, kita telah berjaya menyalurkan sebanyak RM345 juta kepada lebih 6,600 orang usahawan tempatan.

“Ini menunjukkan bahawa dana dan sokongan kerajaan sampai secara efektif di peringkat akar umbi,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Perhimpunan Bersama Warga dan Agensi KUSKOP Negeri Sembilan, di sini, hari ini.

Sementara itu, Sim berkata KUSKOP turut menetapkan hala tuju baharu bagi memastikan semua agensi di bawah kementerian tersebut bertindak sebagai barisan hadapan yang efisien dalam membantu peniaga.

Pendekatan itu, katanya, memberi penekanan kepada penambahan sumber perniagaan, peningkatan kecekapan penyampaian perkhidmatan awam, serta pengurangan kos pematuhan bagi meringankan beban usahawan.

“Jika kita tidak boleh mengawal kos luaran seperti pergerakan harga minyak dunia, sekurang-kurangnya kita pastikan kos pematuhan undang-undang dan dasar kerajaan tempatan dapat dikurangkan sebanyak mungkin,” katanya.

Sim turut menggesa agensi di peringkat negeri supaya bersaing secara sihat dengan mempercepat proses agihan dana dan tidak hanya ‘menunggu pelanggan’ di pejabat.

“Jangan tunggu pelanggan datang cari kita. Kita harus rancakkan lagi roadshow (jelajah), rancakkan lagi promosi tak kiralah dari segi media sosial atau pun secara fizikal supaya usahawan tahu kita ada skim apa, program apa, kemudahan apa dan nak cari dekat mana,” katanya.

Previous Post

MBSB salur RM105 juta perkasa pengembangan MYDIN ke Sabah, Kelantan

Next Post

`Jangan terbabit dalam politik, pakai lambang parti’ – Amaran kepada penjawat awam

Next Post
`Jangan terbabit dalam politik, pakai lambang parti’ – Amaran kepada penjawat awam

`Jangan terbabit dalam politik, pakai lambang parti' - Amaran kepada penjawat awam

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARI KATEGORI

  • Ekonomi Islam
  • Jenayah
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • POLITIK
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video

CARI TOPIK MENARIK

2018 League AirBorneo Rancang Pengembangan Balinese Culture Bali United Budget Travel Champions League Chopper Bike Doctor Terawan Gempa Bumi Gempa Bumi Sabah Istana Negara Lancar Operasi Jet Separuh Kedua 2026 Market Stories National Exam Sabah Visit Bali

POPULAR

  • Terengganu tidak sunyi, Haraki Fest 2026 bakal ‘gegar’ Kuala Terengganu

    Terengganu tidak sunyi, Haraki Fest 2026 bakal ‘gegar’ Kuala Terengganu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Azira De Gallery curi tumpuan pada Malaysia Gifts Fair 2026

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Program Sinergi Usahawan buka peluang kolaborasi dan jaringan perniagaan baharu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sinergi Usahawan perkukuh jaringan usahawan dan industri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Datuk Wan Imran dilantik Pengerusi Kehormat AZM Rovers FC

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Berita Terkini

  • BYD ATTO 3 Performance dilancarkan di Malaysia, terhad 69 unit
  • Anwar, Modi bincang perkukuh kerjasama dalam sektor semikonduktor, perkongsian industri
  • Jenazah Dr Ainul Baraah dijangka tiba di Kelantan pagi esok – Bapa

Segment

  • Ekonomi Islam
  • Jenayah
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • POLITIK
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil

No Result
View All Result
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil