Wednesday, 29 July 2026
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
Home Ekonomi Islam

MBSB salur RM105 juta perkasa pengembangan MYDIN ke Sabah, Kelantan

Zailani by Zailani
22 Jul 2026
in Ekonomi Islam
0
MBSB Bank tawar kemudahan bantuan SME SRF sokong PKS
0
SHARES
8
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR, 22 JULAI ( Berita Harian) – MBSB Bank Bhd meluluskan fasiliti pembiayaan patuh Syariah bernilai RM105 juta kepada Mydin Wholesale Cash and Carry Sdn Bhd (MWCC) bagi menyokong pelan pengembangan rangkaian peruncitan Kumpulan MYDIN.

Pembiayaan berkenaan bertujuan memperluas akses masyarakat kepada barangan keperluan asas pada harga berpatutan, selain memperkukuh kelestarian perniagaan serta ekosistem ekonomi rantaian tempatan.

Related posts

MARA buka permohonan usahawan GTG sertai China International Import Expo 2026

MARA buka permohonan usahawan GTG sertai China International Import Expo 2026

21 Jul 2026
Agrobank perluas manfaat Agro Penjaja-i kepada peniaga kecil di seluruh negara

Agrobank perluas manfaat Agro Penjaja-i kepada peniaga kecil di seluruh negara

19 Jul 2026

Sebahagian besar daripada pembiayaan itu akan digunakan bagi kos pengambilalihan sebuah hartanah pasar raya besar sedia ada di Sandakan, Sabah.

Selain itu, kemudahan kewangan berkenaan turut meliputi keperluan modal kerja serta pengurusan urusan pembiayaan berkaitan bagi memastikan operasi perniagaan berjalan lancar.

Pembiayaan itu juga akan menyokong pembangunan cawangan baharu berbentuk pasar raya besar bersaiz sederhana di Tanah Merah, Kelantan.

Pengembangan di kedua-dua lokasi berkenaan dijangka membolehkan MYDIN memperluas penawaran produk halal serta barangan keperluan harian kepada lebih ramai pengguna.

Pada masa sama, langkah pengambilalihan dan pembangunan strategik itu dijangka mewujudkan peluang pekerjaan baharu kepada komuniti setempat selain memberi manfaat kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta vendor tempatan.

Dari aspek kelestarian, pembangunan cawangan di Tanah Merah akan dilengkapi ciri operasi cekap tenaga sebagai sebahagian daripada usaha menyokong komitmen perniagaan mampan dalam tempoh jangka panjang.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MBSB Bhd, Rafe Haneef, berkata peranan institusi kewangan bukan sekadar menyediakan pembiayaan, sebaliknya turut menjadi rakan strategik kepada perniagaan yang mempunyai asas kukuh serta hala tuju pertumbuhan jelas.

“Peranan kami sebagai sebuah institusi kewangan melangkaui penyediaan pembiayaan semata-mata. Kami berusaha untuk menjadi rakan jangka panjang kepada perniagaan yang mempunyai asas kukuh dan hala tuju pertumbuhan yang jelas,” katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Pengarah Urusan MYDIN, Datuk Ameer Ali Mydin, berkata pembiayaan berkenaan membolehkan syarikat memperkukuh kehadiran di lokasi strategik selain meningkatkan keupayaan memenuhi keperluan komuniti yang semakin berkembang, khususnya di Sabah dan Kelantan.

“Pembiayaan ini akan membolehkan kami memperkukuh kehadiran di lokasi strategik, di samping meningkatkan keupayaan untuk memenuhi keperluan komuniti yang semakin berkembang, khususnya di Sabah dan Kelantan,” katanya.

MYDIN kini antara rangkaian peruncitan milik tempatan terbesar di Malaysia, mengendalikan 83 cawangan di seluruh negara menerusi pelbagai format peruncitan.

Previous Post

‘Privacy’ digodam, Khairul Aming serah kes kepada peguam

Next Post

KUSKOP salur hampir RM7 bilion bantu lebih 213,000 usahawan dalam enam bulan pertama 2026

Next Post
KUSKOP salur hampir RM7 bilion bantu lebih 213,000 usahawan dalam enam bulan pertama 2026

KUSKOP salur hampir RM7 bilion bantu lebih 213,000 usahawan dalam enam bulan pertama 2026

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARI KATEGORI

  • Ekonomi Islam
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • POLITIK
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video

CARI TOPIK MENARIK

2018 League AirBorneo Rancang Pengembangan Balinese Culture Bali United Budget Travel Champions League Chopper Bike Doctor Terawan Gempa Bumi Gempa Bumi Sabah Istana Negara Lancar Operasi Jet Separuh Kedua 2026 Market Stories National Exam Sabah Visit Bali

POPULAR

  • Azira De Gallery curi tumpuan pada Malaysia Gifts Fair 2026

    Azira De Gallery curi tumpuan pada Malaysia Gifts Fair 2026

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Program Sinergi Usahawan buka peluang kolaborasi dan jaringan perniagaan baharu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sinergi Usahawan perkukuh jaringan usahawan dan industri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jeruk Pak Ali, dari dapur kecil ke pasaran global

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Datuk Wan Imran dilantik Pengerusi Kehormat AZM Rovers FC

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Berita Terkini

  • Struktur gaji perlu dirombak, bukan sekadar naik gaji minimum – BNM
  • Perjalanan terakhir ke saf subuh
  • MB arah roboh segera penempatan haram warga asing di Setia Alam

Segment

  • Ekonomi Islam
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • POLITIK
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil

No Result
View All Result
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil