Tuesday, 28 July 2026
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
Home Semasa POLITIK

`Jangan terbabit dalam politik, pakai lambang parti’ – Amaran kepada penjawat awam

Zailani by Zailani
23 Jul 2026
in POLITIK
0
`Jangan terbabit dalam politik, pakai lambang parti’ – Amaran kepada penjawat awam
0
SHARES
2
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN, 23 JULAI (Berita Harian) – Penjawat awam diberi amaran tidak terbabit dalam aktiviti politik dan mengekalkan kedudukan berkecuali dalam mana-mana parti, termasuk tidak memakai lambang, memegang jawatan atau menjalankan kempen, kecuali dengan kebenaran dalam kes tertentu.

Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam, Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz, berkata penjawat awam tidak wajar sama sekali terbabit dalam sebarang kempen pilihan raya.

Related posts

Anwar rayu tentera, polis terus beri kepercayaan kepada calon PH

Anwar rayu tentera, polis terus beri kepercayaan kepada calon PH

26 Jul 2026
‘Besar kemungkinan pada hujung tahun’ – Tok Mat jangka PRU16 diadakan lebih awal

‘Besar kemungkinan pada hujung tahun’ – Tok Mat jangka PRU16 diadakan lebih awal

25 Jul 2026

Beliau berkata, perkhidmatan awam sepatutnya bersifat profesional, adil dan tidak berpihak, selaras dengan prinsip ‘neutrality’ (berkecuali) dan ‘impartiality’ (kesaksamaan) untuk memastikan keyakinan rakyat terhadap perkhidmatan awam menjadi tulang belakang dalam pentadbiran negara.

“Setakat ini kita tidak menerima laporan ada penjawat awam yang terbabit dalam kempen pilihan raya mana-mana parti atau mereka yang ambil cuti untuk menyertai kempen pilihan raya di Negeri Sembilan.

“Nasihat saya kepada penjawat awam ialah bahawa kita perlu sentiasa bersikap berkecuali kerana penjawat awam biasanya kita memegang prinsip setia kepada kerajaan yang memerintah.

“Kita tidak boleh memihak kepada mana-mana (parti politik),” katanya kepada media selepas program Dialog Aspirasi Perkhidmatan Awam MADANI di Dewan Thearette Wisma Negeri, di sini hari ini.

Wan Ahmad Dahlan berkata, penjawat awam perlu melakukan tugas diamanahkan dengan baik untuk membantu dan menyantuni rakyat dalam pelbagai perkara yang memberi manfaat kepada mereka.

“Itu pesan saya kepada penjawat awam. Saya harap ia dapat dihayati,” katanya.

Terdahulu dalam ucapannya, beliau berkata, kebajikan rakyat dan kedaulatan perkhidmatan awam akan terus kekal menjadi keutamaan tertinggi kerajaan di bawah inisiatif ekonomi MADANI.

Katanya, manifestasi keprihatinan ini dibuktikan menerusi komitmen kewangan berskala besar, di mana peruntukan keseluruhan bagi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) melonjak ke paras tertinggi dalam sejarah iaitu RM15 bilion pada tahun ini membabitkan lebih 9 juta orang penerima manfaat.

Katanya, melalui program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) pula, kerajaan memperuntukkan RM8 bilion bagi membela nasib 8.1 juta penerima menerusi bantuan barangan bulanan dan dana one-off.

“Kerajaan juga tidak pernah berlepas tangan untuk mengukuhkan jaringan keselamatan sosial apabila dana RM11.2 bilion disalurkan terus melalui BUDI MADANI untuk memastikan manfaat subsidi ini dinikmati hampir 14 juta rakyat.

“Pelbagai inisiatif intervensi impak tinggi ini mencerminkan tekad mutlak kerajaan dalam memperkukuh daya tahan ekonomi domestik serta menjamin kesejahteraan holistik setiap lapisan masyarakat,” katanya.

Previous Post

KUSKOP salur hampir RM7 bilion bantu lebih 213,000 usahawan dalam enam bulan pertama 2026

Next Post

Harimau Malaya Hilang Zhafri, Cheng Hoe Bertambah Pening

Next Post
Harimau Malaya Hilang Zhafri, Cheng Hoe Bertambah Pening

Harimau Malaya Hilang Zhafri, Cheng Hoe Bertambah Pening

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARI KATEGORI

  • Ekonomi Islam
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • POLITIK
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video

CARI TOPIK MENARIK

2018 League AirBorneo Rancang Pengembangan Balinese Culture Bali United Budget Travel Champions League Chopper Bike Doctor Terawan Gempa Bumi Gempa Bumi Sabah Istana Negara Lancar Operasi Jet Separuh Kedua 2026 Market Stories National Exam Sabah Visit Bali

POPULAR

  • Azira De Gallery curi tumpuan pada Malaysia Gifts Fair 2026

    Azira De Gallery curi tumpuan pada Malaysia Gifts Fair 2026

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Program Sinergi Usahawan buka peluang kolaborasi dan jaringan perniagaan baharu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sinergi Usahawan perkukuh jaringan usahawan dan industri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jeruk Pak Ali, dari dapur kecil ke pasaran global

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Datuk Wan Imran dilantik Pengerusi Kehormat AZM Rovers FC

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Berita Terkini

  • Objek menyerupai bom tangan, nota ‘berhenti operasi’ gemparkan pekerja kilang di Sungai Petani
  • Kerajaan sedia teliti cadangan longgar syarat geran PMKS
  • BIHAS 2026: 6 usahawan ‘Gate to Global’ MARA raih jualan RM8.5 Juta

Segment

  • Ekonomi Islam
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • POLITIK
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil

No Result
View All Result
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil