Tuesday, 28 July 2026
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
Home SME Bisnes

Kerajaan sedia teliti cadangan longgar syarat geran PMKS

Zailani by Zailani
27 Jul 2026
in SME Bisnes
0
Kerajaan sedia teliti cadangan longgar syarat geran PMKS
0
SHARES
6
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA, 27 JULAI (Berita Harian) – Kerajaan akan meneliti semula cadangan usahawan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) supaya jumlah geran ditambah bagi membantu mengembangkan perniagaan mereka.

Related posts

BIHAS 2026: 6 usahawan ‘Gate to Global’ MARA raih jualan RM8.5 Juta

BIHAS 2026: 6 usahawan ‘Gate to Global’ MARA raih jualan RM8.5 Juta

26 Jul 2026
Lebih 1,000 usahawan bakal berhimpun di SACC, peluang tembusi pasaran dan raih pembiayaan

Lebih 1,000 usahawan bakal berhimpun di SACC, peluang tembusi pasaran dan raih pembiayaan

24 Jul 2026

Penasihat Khas Majlis Pembangunan Usahawan dan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana Kebangsaan (MPUPK), Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata ia antara maklum balas diterima daripada usahawan ketika Program Jelajah MPUPK diadakan.

Menurutnya, isu utama bukan kerana ketiadaan bantuan, sebaliknya usahawan memohon geran diperbanyakkan bagi memberi lebih banyak peluang kepada mereka mendapatkan sokongan, selain kaedah lebih mudah untuk mengakses bantuan disediakan.

“Saya fikir itu bukan satu masalah…. saya akan panjangkan perkara ini kepada pihak berkaitan untuk dikaji semula dan dipertimbangkan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Program Jelajah MPUPK Zon Selatan di sini yang menjadi siri kedua selepas Zon Utara di Alor Setar, Kedah yang menghimpunkan 250 usahawan PMKS, wakil persatuan serta Dewan Perniagaan dari Melaka, Negeri Sembilan dan Johor.

Wan Rosdy yang juga Menteri Besar Pahang berkata program jelajah itu menjadi platform untuk kerajaan mendengar sendiri pengalaman, cabaran serta cadangan daripada usahawan kerana mereka memahami realiti dunia perniagaan termasuk cabaran kenaikan kos bahan mentah, kekurangan tenaga kerja, perubahan teknologi serta persaingan pasaran.

Ujarnya, PMKS menjadi tonggak ekonomi negara dengan lebih 1.06 juta perusahaan seluruh negara, hampir 97 peratus keseluruhan perniagaan di Malaysia.

“Bagi Zon Selatan sahaja terdapat lebih 207,303 PMKS dengan sektor ini menyumbang 39.5 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dengan nilai RM652.4 bilion pada 2024, selain menyediakan pekerjaan kepada 8.1 juta orang.

“PMKS juga menyumbang 14.3 peratus daripada jumlah eksport negara bernilai RM196.8 bilion, sekali gus membuktikan kemampuan perusahaan tempatan menembusi pasaran antarabangsa,” katanya.

Pada program hari ini, kerajaan menyampaikan cek cura berjumlah RM1.605 juta kepada PMKS membabitkan RM1 juta menerusi Program Bumiputera Rapid Acceleration & Value Enhancement (BRAVE), RM350,000 bagi Program Dana Pemangkin Penskalaan PKS dan RM255,000 untuk 17 penerima Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera Skala (TUBE-S).

Previous Post

BIHAS 2026: 6 usahawan ‘Gate to Global’ MARA raih jualan RM8.5 Juta

Next Post

Objek menyerupai bom tangan, nota ‘berhenti operasi’ gemparkan pekerja kilang di Sungai Petani

Next Post
Objek menyerupai bom tangan, nota ‘berhenti operasi’ gemparkan pekerja kilang di Sungai Petani

Objek menyerupai bom tangan, nota 'berhenti operasi' gemparkan pekerja kilang di Sungai Petani

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARI KATEGORI

  • Ekonomi Islam
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • POLITIK
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video

CARI TOPIK MENARIK

2018 League AirBorneo Rancang Pengembangan Balinese Culture Bali United Budget Travel Champions League Chopper Bike Doctor Terawan Gempa Bumi Gempa Bumi Sabah Istana Negara Lancar Operasi Jet Separuh Kedua 2026 Market Stories National Exam Sabah Visit Bali

POPULAR

  • Azira De Gallery curi tumpuan pada Malaysia Gifts Fair 2026

    Azira De Gallery curi tumpuan pada Malaysia Gifts Fair 2026

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Program Sinergi Usahawan buka peluang kolaborasi dan jaringan perniagaan baharu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sinergi Usahawan perkukuh jaringan usahawan dan industri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jeruk Pak Ali, dari dapur kecil ke pasaran global

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Datuk Wan Imran dilantik Pengerusi Kehormat AZM Rovers FC

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Berita Terkini

  • Objek menyerupai bom tangan, nota ‘berhenti operasi’ gemparkan pekerja kilang di Sungai Petani
  • Kerajaan sedia teliti cadangan longgar syarat geran PMKS
  • BIHAS 2026: 6 usahawan ‘Gate to Global’ MARA raih jualan RM8.5 Juta

Segment

  • Ekonomi Islam
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • POLITIK
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil

No Result
View All Result
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil