Thursday, 17 September 2026
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
Home Ekonomi Islam

Kepakaran TVET GIATMARA bantu kejayaan Hakim Danish juarai GP Republik Czech

Zailani by Zailani
30 Jun 2026
in Ekonomi Islam, Semasa, SME Bisnes
0
Kepakaran TVET GIATMARA bantu kejayaan Hakim Danish juarai GP Republik Czech
0
SHARES
6
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR, 29 JUN – Kejayaan pelumba muda negara, Hakim Danish, menjuarai Grand Prix Republik Czech di Brno baru-baru ini bukan sahaja membanggakan rakyat Malaysia, malah turut menyerlahkan peranan penting pasukan teknikal yang bekerja di belakang tabir dalam memastikan jentera berada pada tahap prestasi terbaik di pentas perlumbaan antarabangsa.

Related posts

Tindakan pantas guru selamatkan murid tadika dalam kebakaran

Tindakan pantas guru selamatkan murid tadika dalam kebakaran

17 Sep 2026
Kolam pancing Kampung Buaia lokasi ‘healing’, motocross

Kolam pancing Kampung Buaia lokasi ‘healing’, motocross

17 Sep 2026

Antara individu yang mencuri perhatian ialah Muhammad Firdaus Mukhazir, alumni Program Teknologi Motosikal GIATMARA Subang bagi sesi 2017, yang kini berkhidmat sebagai mekanik bersama pasukan ZK Racing/MSI Racing.

Berbekalkan kemahiran dan pengalaman yang diperoleh menerusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), Muhammad Firdaus memainkan peranan penting dalam memastikan jentera pasukan sentiasa berada dalam keadaan optimum sepanjang musim perlumbaan, sekali gus menyumbang kepada kejayaan pasukan di peringkat antarabangsa.

Kejayaan beliau menempatkan diri dalam pasukan perlumbaan bertaraf dunia membuktikan bahawa bidang kemahiran mampu membuka peluang kerjaya yang luas serta menawarkan prospek pendapatan yang kompetitif. Hasil kepakaran yang dimiliki, beliau kini memperoleh pendapatan antara RM9,000 hingga RM25,000 sebulan dalam industri permotoran profesional.

Pencapaian tersebut turut membuktikan bahawa graduan GIATMARA bukan sahaja berupaya memenuhi keperluan industri, malah mampu bersaing dan berdiri sebaris dengan tenaga kerja terbaik di peringkat global.

Kisah kejayaan Muhammad Firdaus diharap menjadi inspirasi kepada lebih ramai golongan muda untuk memilih laluan TVET sebagai platform membina kerjaya yang cemerlang sehingga ke peringkat antarabangsa.

MARA dan GIATMARA dalam kenyataan turut menegaskan komitmen untuk terus melahirkan lebih ramai tenaga mahir berdaya saing yang mampu menyumbang kepada pembangunan industri negara serta mengharumkan nama Malaysia di persada dunia, selaras dengan aspirasi pembangunan modal insan dan semangat sambutan 60 Tahun MARA.

Previous Post

Harga minyak sawit dijangka kukuh antara RM4,000 hingga RM4,300 satu tan

Next Post

GIATMARA, MODENAS lancar pusat servis motosikal elektrik pertama di Kelantan

Next Post
GIATMARA, MODENAS lancar pusat servis motosikal elektrik pertama di Kelantan

GIATMARA, MODENAS lancar pusat servis motosikal elektrik pertama di Kelantan

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARI KATEGORI

  • Ekonomi Islam
  • Jenayah
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • POLITIK
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video

CARI TOPIK MENARIK

2018 League AirBorneo Rancang Pengembangan Balinese Culture Bali United Budget Travel Champions League Chopper Bike Doctor Terawan Gempa Bumi Gempa Bumi Sabah Istana Negara Lancar Operasi Jet Separuh Kedua 2026 Market Stories National Exam Sabah Visit Bali

POPULAR

  • Terengganu tidak sunyi, Haraki Fest 2026 bakal ‘gegar’ Kuala Terengganu

    Terengganu tidak sunyi, Haraki Fest 2026 bakal ‘gegar’ Kuala Terengganu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Azira De Gallery curi tumpuan pada Malaysia Gifts Fair 2026

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Program Sinergi Usahawan buka peluang kolaborasi dan jaringan perniagaan baharu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sinergi Usahawan perkukuh jaringan usahawan dan industri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Datuk Wan Imran dilantik Pengerusi Kehormat AZM Rovers FC

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Berita Terkini

  • Tindakan pantas guru selamatkan murid tadika dalam kebakaran
  • Kolam pancing Kampung Buaia lokasi ‘healing’, motocross
  • ‘Tinggal 1 Jumaat lagi’ – Rauf

Segment

  • Ekonomi Islam
  • Jenayah
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • POLITIK
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil

No Result
View All Result
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil