Thursday, 17 September 2026
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
Home Ekonomi Islam

GIATMARA, MODENAS lancar pusat servis motosikal elektrik pertama di Kelantan

Zailani by Zailani
30 Jun 2026
in Ekonomi Islam, Semasa, SME Bisnes
0
GIATMARA, MODENAS lancar pusat servis motosikal elektrik pertama di Kelantan
0
SHARES
8
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU, 30 JUN – GIATMARA terus memperkukuh kerjasama strategik dengan pihak industri menerusi peluncuran MODENAS Service Plus @ GIATMARA Prima Melor, sekali gus menjadikan pusat berkenaan sebagai pusat servis motosikal elektrik (EV) pertama di Kelantan di bawah jaringan kerjasama GIATMARA dan MODENAS.

Related posts

Tindakan pantas guru selamatkan murid tadika dalam kebakaran

Tindakan pantas guru selamatkan murid tadika dalam kebakaran

17 Sep 2026
Kolam pancing Kampung Buaia lokasi ‘healing’, motocross

Kolam pancing Kampung Buaia lokasi ‘healing’, motocross

17 Sep 2026

Majlis peluncuran disempurnakan oleh Ketua Pengarah MARA, Datuk Zulfikri Osman, sebagai sebahagian daripada usaha memperkasakan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) agar terus relevan dengan keperluan industri serta perkembangan teknologi semasa.

Inisiatif tersebut membuka peluang kepada pelatih GIATMARA mengikuti latihan berasaskan industri sebenar selain memperoleh pendedahan kepada teknologi automotif terkini, khususnya dalam penyelenggaraan motosikal elektrik.

Pada majlis sama, lima pelatih GIATMARA menerima Sijil Kompetensi MODENAS sebagai pengiktirafan terhadap kemahiran dan kompetensi yang diperoleh sepanjang mengikuti latihan.

Turut hadir ialah Pengarah Kanan Pelaburan MARA, Dr. Azmi Amat Murjan; Ketua Pegawai Eksekutif MODENAS, Roslan Muskan; Pengerusi Jawatankuasa Penasihat GIATMARA Prima Melor, Datuk Mohd. Azam Ismail; dan Pengurus Besar Negeri Pos Malaysia Kelantan, Mohd. Zainol Zainudin, bersama barisan pengurusan MARA, GIATMARA dan MODENAS.

Ketua Pegawai Eksekutif GIATMARA, Ts. Ahmad Hamdi Ibrahim turut mengiringi Datuk Zulfikri melawat bengkel-bengkel latihan di GIATMARA Prima Melor sebelum menyampaikan sijil kemahiran kepada peserta Kursus TVET Komuniti.

Kerjasama antara GIATMARA dan MODENAS itu mencerminkan komitmen berterusan kedua-dua organisasi dalam memperluaskan jaringan industri bagi memastikan program latihan yang ditawarkan selari dengan kehendak pasaran pekerjaan. Usaha itu juga diharap dapat melahirkan lebih ramai tenaga kerja mahir dan berdaya saing bagi menyokong pembangunan ekonomi negara, sejajar dengan aspirasi TVET negara serta sambutan 60 Tahun MARA.

Previous Post

Kepakaran TVET GIATMARA bantu kejayaan Hakim Danish juarai GP Republik Czech

Next Post

Lebih 300 usahawan sertai Program Pemerkasaan Wanita dan Komuniti MARA di Pontian

Next Post
Lebih 300 usahawan sertai Program Pemerkasaan Wanita dan Komuniti MARA di Pontian

Lebih 300 usahawan sertai Program Pemerkasaan Wanita dan Komuniti MARA di Pontian

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARI KATEGORI

  • Ekonomi Islam
  • Jenayah
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • POLITIK
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video

CARI TOPIK MENARIK

2018 League AirBorneo Rancang Pengembangan Balinese Culture Bali United Budget Travel Champions League Chopper Bike Doctor Terawan Gempa Bumi Gempa Bumi Sabah Istana Negara Lancar Operasi Jet Separuh Kedua 2026 Market Stories National Exam Sabah Visit Bali

POPULAR

  • Terengganu tidak sunyi, Haraki Fest 2026 bakal ‘gegar’ Kuala Terengganu

    Terengganu tidak sunyi, Haraki Fest 2026 bakal ‘gegar’ Kuala Terengganu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Azira De Gallery curi tumpuan pada Malaysia Gifts Fair 2026

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Program Sinergi Usahawan buka peluang kolaborasi dan jaringan perniagaan baharu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sinergi Usahawan perkukuh jaringan usahawan dan industri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Datuk Wan Imran dilantik Pengerusi Kehormat AZM Rovers FC

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Berita Terkini

  • Tindakan pantas guru selamatkan murid tadika dalam kebakaran
  • Kolam pancing Kampung Buaia lokasi ‘healing’, motocross
  • ‘Tinggal 1 Jumaat lagi’ – Rauf

Segment

  • Ekonomi Islam
  • Jenayah
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • POLITIK
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil

No Result
View All Result
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil