Sunday, 21 June 2026
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
Home Ekonomi Islam

Jeruk Pak Ali, dari dapur kecil ke pasaran global

Zailani by Zailani
15 Jun 2026
in Ekonomi Islam, SME Bisnes
0
Jeruk Pak Ali, dari dapur kecil ke pasaran global
0
SHARES
122
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

PULAU PINANG, 15 JUN – Bermula dari sebuah dapur kecil dan jualan di pekarangan rumah, siapa sangka perniagaan jeruk yang diusahakan oleh Datuk Haji Alias Haji Ali kini berkembang menjadi jenama terkenal yang menembusi pasaran seluruh negara dan peringkat antarabangsa.

Pengarah Urusan Jeruk Pak Ali itu berkata, minatnya terhadap dunia perniagaan bermula sejak usia enam tahun apabila sering membantu bapanya berniaga termasuk di kantin Universiti Sains Malaysia.

Related posts

Selepas 10 Tahun Beroperasi, DAG® Tamatkan Operasi Gudang

Selepas 10 Tahun Beroperasi, DAG® Tamatkan Operasi Gudang

20 Jun 2026
Kuasa AI: Usahawan Sabah catat peningkatan jualan 57 peratus

Kuasa AI: Usahawan Sabah catat peningkatan jualan 57 peratus

19 Jun 2026

Katanya, sebagai anak sulung dalam keluarga, beliau banyak didedahkan dengan selok-belok perniagaan sejak kecil.

“Saya membesar dalam dunia perniagaan. Selain membantu ayah berniaga, saya pernah mencuba pelbagai jenis perniagaan seperti menjual sate, roti canai, mengusahakan perkhidmatan cuci kereta dan lebih 10 jenis perniagaan lain sebelum menemui bidang yang benar-benar sesuai,” katanya kepada Bispointasia.com ketika  menerima kunjungan ukhuwah Naib Presiden 2, Dewan Perdagangan dan Industri ASEAN (ACCI), Coach Haji Norlukmal Mat Ghani, di sini.

Menurut Alias, idea menghasilkan jeruk tercetus apabila melihat lambakan buah-buahan tempatan yang tidak dimanfaatkan sepenuhnya.

Katanya, pada masa yang sama, industri jeruk di Pulau Pinang yang telah wujud sejak ratusan tahun memberi keyakinan untuk beliau meneroka bidang tersebut.

Beliau memulakan perniagaan jeruk secara kecil-kecilan dan menjualnya di pasar malam.

Katanya, pasar malam menjadi ‘universiti’ baginya menimba pelbagai ilmu perniagaan apabila terlibat dengan perniagaan itu lebih 20 tahun.

Jelasnya, pengalaman berinteraksi secara langsung dengan pelanggan banyak mengajar beliau mengenai kehendak pasaran dan cara menguruskan perniagaan dengan lebih berkesan.

“Ayah banyak memberi ilmu perniagaan kepada saya. Beliau sentiasa menekankan soal kebersihan, disiplin dan pentingnya mempunyai sasaran dalam perniagaan. Ketika berusia 17 tahun, ayah meminta saya menjaga kedai untuk belajar menguruskan perniagaan sendiri,” katanya.

Sebagai menghargai jasa bapanya, beliau mengabadikan nama Allahyarham pada jenama produknya yang dikenali sebagai Jeruk Pak Ali.

Pada tahun 2008, beliau mengambil langkah lebih berani dengan membina kilang pemprosesan jeruk dan mendapatkan bimbingan daripada Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) mengembangkan perniagaan secara lebih sistematik.

Sokongan dan program pembangunan usahawan yang disediakan agensi itu membantu Jeruk Pak Ali berkembang daripada perusahaan kecil kepada sebuah jenama yang dikenali di peringkat nasional dan antarabangsa

“Kekuatan utama saya datang daripada keluarga sendiri, khususnya ibu bapa, isteri dan anak-anak yang sentiasa memberi sokongan sejak awal perniagaan,” katanya.

“Kini, perniagaan yang bermula dari dapur kecil itu berkembang menjadi sebuah syarikat yang menawarkan pelbagai produk makanan, kesihatan dan kosmetik. Produk keluaran Jeruk Pak Ali bukan sahaja dipasarkan di seluruh Malaysia, malah turut mendapat tempat di pasaran luar negara,” katanya.

Menyentuh mengenai legasi perniagaan, Datuk Haji Alias berharap anak-anaknya akan meneruskan dan mengembangkan syarikat menggunakan teknologi moden serta ilmu yang diperoleh melalui pendidikan tinggi.

“Selain ilmu perniagaan melalui pengalaman, ilmu pendidikan formal juga  penting untuk mengembangkan perniagaan. Sebab itu saya banyak melibatkan anak-anak dalam operasi syarikat supaya mereka memahami dunia perniagaan dan berminat meneruskannya,” katanya.

“Bapa saya selalu menekankan pengalaman dan ketabahan dalam dunia perniagaan dan katanya, berniaga ini umpama memegang seekor belut. Walaupun ada pengalaman, ia tetap licin dan boleh terlepas. Yang penting ialah mengetahui kaedah untuk memegangnya,sebab itu pengalaman sangat penting,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menasihatkan golongan muda yang ingin menceburi bidang perniagaan supaya tidak terlalu banyak memberi alasan dan berani mengambil peluang yang ada.

Katanya, apabila terlalu banyak alasan, itu petanda kita sedang bergerak ke belakang.

Tambahnya, kerajaan melalui agensi berkaitan banyak menyediakan kemudahan dan bantuan kepada usahawan dan ia perlu dimanfaatkan sebaik mungkin  selain berpeluang berkongsi pengalaman bersama usahawan lain.

Dalam masa yang sama, beliau juga mengingatkan usahawan agar menghasilkan produk yang berkualiti dan dilakukan dengan penuh keikhlasan sehingga mampu meninggalkan kesan kepada pelanggan.

“Buatlah produk yang boleh bercakap sendiri. Apabila orang makan atau guna, mereka terus teringat kepada jenama kita. Itulah kejayaan sebenar dalam perniagaan,” katanya.

Kisah kejayaan Datuk Haji Alias Haji Ali membuktikan bahawa usaha yang bermula secara kecil-kecilan mampu berkembang menjadi sebuah legasi besar apabila disertai dengan kesungguhan, disiplin, sokongan keluarga dan kesediaan untuk terus belajar sepanjang hayat.

Previous Post

Decathlon buka cawangan premium bermotif songket di 118 Mall

Next Post

Ahmad Farrin Mokhtar dilantik jadi Ketua Eksekutif baharu CIDB

Next Post
Ahmad Farrin Mokhtar dilantik jadi Ketua Eksekutif baharu CIDB

Ahmad Farrin Mokhtar dilantik jadi Ketua Eksekutif baharu CIDB

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARI KATEGORI

  • Ekonomi Islam
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video

CARI TOPIK MENARIK

2018 League AirBorneo Rancang Pengembangan Balinese Culture Bali United Budget Travel Champions League Chopper Bike Doctor Terawan Gempa Bumi Gempa Bumi Sabah Istana Negara Lancar Operasi Jet Separuh Kedua 2026 Market Stories National Exam Sabah Visit Bali

POPULAR

  • Sinergi Usahawan perkukuh jaringan usahawan dan industri

    Sinergi Usahawan perkukuh jaringan usahawan dan industri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jeruk Pak Ali, dari dapur kecil ke pasaran global

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Chef Ustazah dinobatkan Ikon Usahawan TikTok Shop–TEKUN Nasional 2026

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Dari bengkel kecil ke pentas Nasional, Tc. Azizol Adam angkat martabat TVET

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Niaga hadapan emas merosot susulan kebimbangan peningkatan konflik Asia Barat

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Berita Terkini

  • Melaka cadang buka 3 lagi laluan penerbangan ke Batam, Kota Bharu dan Pulau Pinang
  • Selepas 10 Tahun Beroperasi, DAG® Tamatkan Operasi Gudang
  • KHPT dapat kontrak bekal komponen model kereta baharu PROTON

Segment

  • Ekonomi Islam
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil

No Result
View All Result
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil