Sunday, 14 June 2026
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
Home Semasa

Decathlon buka cawangan premium bermotif songket di 118 Mall

Zailani by Zailani
14 Jun 2026
in Semasa
0
Decathlon buka cawangan premium bermotif songket di 118 Mall
0
SHARES
8
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR, 14 JUN (Berita Harian) – Menjelang pembukaan 118 Mall tidak lama lagi, destinasi gaya hidup terbaharu di presint ikonik Merdeka 118 terus mencuri perhatian apabila menerima kunjungan khas delegasi Decathlon dari seluruh rantau Asia Pasifik (APAC).

Kunjungan itu memberi peluang kepada wakil Decathlon dari pelbagai pasaran termasuk Thailand, Kemboja, Hong Kong, India, Indonesia, Jepun, Korea, Malaysia, Filipina, Singapura, Taiwan dan Vietnam untuk melihat sendiri perkembangan pembangunan 118 Mall serta meninjau cawangan utama jenama sukan berkenaan yang bakal beroperasi tidak lama lagi.

Related posts

Operasi AirBorneo semakin stabil selepas pesawat kembali beroperasi

Operasi AirBorneo semakin stabil selepas pesawat kembali beroperasi

14 Jun 2026
Hamzah diumum Ketua Pembangkang, Dr Samsuri kekal Pengerusi PN

Hamzah diumum Ketua Pembangkang, Dr Samsuri kekal Pengerusi PN

13 Jun 2026

Dengan keluasan kira-kira 22,000 kaki persegi di Aras 2, cawangan Decathlon di 118 Mall bakal menjadi projek premium pertama seumpamanya di Malaysia serta gedung legasi yang mencerminkan evolusi baharu jenama itu dalam menggabungkan sukan, komuniti dan gaya hidup.

Pengarah Keahlian dan Peneraju Projek Cawangan 118 Mall Decathlon Malaysia, Adlyna Azmi, berkata pembukaan cawangan berkenaan menjadi pencapaian penting dalam perjalanan Decathlon di Malaysia.

“Cawangan ini mencerminkan evolusi baharu Decathlon Malaysia dengan menggabungkan inovasi, identiti tempatan dan pengalaman sukan yang menarik dalam satu konsep yang selari dengan aspirasi pasaran.

Backward Skip 10sPlay VideoForward Skip 10s

“Peluang mewujudkan cawangan legasi premium di presint Merdeka 118 adalah satu pencapaian besar, lebih-lebih lagi ia menjadi cawangan ke-37 kami di negara ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif PNB Merdeka Ventures Sdn Bhd, Datuk Ir Ts Izwan Ibrahim, berkata kehadiran Decathlon adalah antara tarikan utama yang bakal memperkayakan pengalaman pengunjung di 118 Mall.

Menurut beliau, 118 Mall bukan sekadar pusat beli-belah, tetapi bakal menjadi destinasi gaya hidup yang menghimpunkan elemen membeli-belah, budaya, komuniti dan pengalaman unik di tengah-tengah Kuala Lumpur.

“Decathlon adalah antara pelbagai jenama menarik dan tersendiri yang akan membantu mencetuskan pengalaman baharu di 118 Mall. Kami berbangga untuk mengalu-alukan pembukaan cawangan premium mereka yang unik di presint ini,” katanya.

Berbeza daripada konsep kedai sukan konvensional, cawangan berkenaan direka sebagai pengalaman membeli-belah yang lebih dinamik dan interaktif, dengan ruang dalaman moden yang diinspirasikan motif Songket serta sentuhan identiti tempatan yang mencerminkan keunikan Malaysia.

Selain menawarkan rangkaian produk sukan Decathlon, pengunjung juga bakal menikmati pelbagai perkhidmatan eksklusif termasuk cetakan dan ukiran khas, selain pemasangan tali raket untuk sukan seperti badminton dan tenis.

Lebih daripada sekadar pusat jualan barangan sukan, cawangan itu dirancang sebagai ruang yang menggalakkan gaya hidup aktif serta menghubungkan komuniti menerusi pengalaman sukan yang lebih mudah diakses oleh semua lapisan masyarakat.

Ia turut menggabungkan keupayaan pelbagai saluran Decathlon, membolehkan pelanggan mendapatkan akses kepada rangkaian produk dan perkhidmatan lebih luas menerusi pengalaman fizikal serta digital.

Sementara itu, persiapan menuju pembukaan rasmi diteruskan dengan penyewa di 118 Mall kini sedang menjalankan kerja pengubahsuaian dan reka bentuk dalaman masing-masing, sekali gus membawa destinasi berkenaan semakin hampir untuk menerima pengunjung.

Dengan konsep flagship yang imersif serta ciri-ciri berteraskan identiti Malaysia, 118 Mall dijangka muncul sebagai salah satu destinasi gaya hidup utama yang bakal mengubah landskap pengalaman membeli-belah di ibu negara.

Previous Post

Elon Musk manusia pertama bergelar trilionair

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARI KATEGORI

  • Ekonomi Islam
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video

CARI TOPIK MENARIK

2018 League AirBorneo Rancang Pengembangan Balinese Culture Bali United Budget Travel Champions League Chopper Bike Doctor Terawan Gempa Bumi Gempa Bumi Sabah Istana Negara Lancar Operasi Jet Separuh Kedua 2026 Market Stories National Exam Sabah Visit Bali

POPULAR

  • Sinergi Usahawan perkukuh jaringan usahawan dan industri

    Sinergi Usahawan perkukuh jaringan usahawan dan industri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Chef Ustazah dinobatkan Ikon Usahawan TikTok Shop–TEKUN Nasional 2026

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Dari bengkel kecil ke pentas Nasional, Tc. Azizol Adam angkat martabat TVET

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Niaga hadapan emas merosot susulan kebimbangan peningkatan konflik Asia Barat

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mohamad Shiblie Abg Sapuan dilantik Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Baharu TEKUN Nasional

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Berita Terkini

  • Decathlon buka cawangan premium bermotif songket di 118 Mall
  • Elon Musk manusia pertama bergelar trilionair
  • Operasi AirBorneo semakin stabil selepas pesawat kembali beroperasi

Segment

  • Ekonomi Islam
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil

No Result
View All Result
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil