Sunday, 14 June 2026
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
Home Khas

Elon Musk manusia pertama bergelar trilionair

Zailani by Zailani
14 Jun 2026
in Khas
0
Elon Musk manusia pertama bergelar trilionair
0
SHARES
6
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

NEW YORK,14 JUN (AFP) – Saham syarikat SpaceX milik Elon Musk ditutup hampir 20 peratus lebih tinggi pada hari pertama dagangannya semalam selepas tawaran awam permulaan (IPO) terbesar dalam sejarah, sekali gus menjadikan usahawan kontroversi itu individu pertama di dunia yang memiliki kekayaan mencecah AS$1 trilion, ketika beliau berikrar untuk membawa manusia ke Marikh.

Tawaran awam permulaan (IPO) yang mencatat rekod itu berjaya mengumpulkan lebih AS$75 bilion dan dijangka menjadi pemangkin kepada siri IPO besar syarikat kecerdasan buatan (AI) dalam beberapa bulan akan datang.

Related posts

Usahawan Terengganu bina Rangkaian makanan Malaysia di Ireland

Usahawan Terengganu bina Rangkaian makanan Malaysia di Ireland

13 Jun 2026

AirBorneo Rancang Pengembangan, Lancar Operasi Jet Separuh Kedua 2026

12 Mar 2026

Kemunculan sulung di bursa Nasdaq di New York itu menamatkan beberapa minggu kegilaan pelabur terhadap syarikat roket yang kini berkembang menjadi konglomerat AI dan satelit.

Saham SpaceX melonjak setinggi AS$176, iaitu 31 peratus melebihi harga tawaran AS$135 pada sesi dagangan pertama sebelum menutup hari pada AS$161.50.

“SpaceX mahu membawa anda ke Bulan, membawa anda ke Marikh, dan akhirnya ke destinasi yang lebih jauh lagi,” kata Musk pada acara pelancaran di Starbase, Texas, dikelilingi kakitangan syarikat yang ramai daripadanya menjadi jutawan hasil penyenaraian itu.

“Saya yakin dengan pasukan luar biasa yang kami ada di SpaceX, kami akan dapat merealisasikannya untuk anda,” tambah beliau.

Musk menetapkan matlamat yang sangat futuristik yang tidak dilakukan oleh orang lain, dan saya fikir itulah yang membuatkan ramai orang teruja,” kata Sarin Sio dari syarikat kewangan Dovetail yang hadir ke ibu pejabat Nasdaq.

Syarikat itu menetapkan harga lebih 555 juta saham pada AS$135 sesaham dalam pemfailan kepada pengawal selia pasaran Amerika Syarikat (AS) pada Khamis lalu, sekali gus menilai SpaceX pada hampir AS$1.8 trilion.

Kenaikan harga saham semalam meningkatkan nilai pasaran SpaceX kepada lebih AS$2 trilion, meletakkannya dalam kalangan 10 syarikat paling bernilai di AS — mengatasi Tesla, Meta Platforms dan Walmart.

Opsyen bagi hampir 83 juta saham tambahan boleh meningkatkan jumlah dana yang dikumpulkan kepada lebih AS$86 bilion.

Diasaskan bersama oleh Musk pada 2002, syarikat pemula roket itu telah berkembang menjadi pengendali satelit utama dan turut menggabungkan syarikat AI miliknya, xAI, yang merangkumi platform media sosial X.

Didagangkan di bawah simbol saham ‘SPCX’, konglomerat itu dipantau rapat bagi melihat bagaimana Wall Street menyerap tawaran berkenaan dan implikasinya terhadap pesaing AI yang dijangka memasuki pasaran awam seawal tahun ini.

OpenAI dan Anthropic baru-baru ini dilaporkan turut memfailkan dokumen awal dengan pihak pengawal selia.

IPO ini berlangsung lebih setahun sedikit selepas Musk meninggalkan pentadbiran Donald Trump, selepas beberapa bulan mengetuai usaha kontroversi ‘DOGE’ untuk mengurangkan perbelanjaan kerajaan, sambil terus memegang jawatan Ketua Pegawai Eksekutif Tesla dan SpaceX.

Sokongan Musk terhadap Trump dan golongan populis sayap kanan di Eropah, serta pelbagai kenyataan kontroversi yang dibuatnya di platform X, telah mengubah imej beliau daripada seorang genius yang dikagumi ramai kepada tokoh yang sangat memecah-belahkan pandangan masyarakat.

Walau bagaimanapun, IPO yang memecahkan rekod ini membuktikan sokongan berterusan pelabur terhadap Musk, dengan Bloomberg melaporkan bahawa tawaran berkenaan terlebih langgan lebih empat kali ganda.

Permintaan daripada pelabur runcit, yang diperuntukkan 20 peratus daripada jumlah saham, juga dilaporkan sangat tinggi.

IPO ini dijangka melahirkan ribuan jutawan baharu dan beberapa bilionair, dengan bekas serta kakitangan semasa syarikat, selain senarai panjang pelabur yang telah menyokong syarikat itu selama hampir suku abad, bakal menikmati keuntungan besar.

Penilaian syarikat itu banyak bergantung kepada kemampuan Musk memenuhi janji yang seolah-olah diambil daripada cerita sains fiksyen, termasuk membina pusat data di angkasa dan menghantar manusia ke Marikh menggunakan teknologi yang masih belum terbukti.

Kejayaan masa depan juga banyak bergantung kepada pengembangan besar-besaran perkhidmatan internet satelit Starlink serta kejayaan xAI, pengeluar chatbot Grok dan pesaing kepada OpenAI serta Anthropic yang masih belum mendapat sambutan meluas.

Bagi mengukuhkan kedudukan kewangannya, SpaceX menyewakan kapasiti pengkomputeran AI kepada Anthropic dan Google melalui kontrak jangka pendek bernilai berbilion dolar.

Walaupun SpaceX berkembang pesat dengan hasil mencecah AS$18.7 bilion pada 2025, syarikat itu masih mencatat kerugian bersih AS$4.9 bilion, sebahagian besarnya disebabkan perbelanjaan untuk membina kapasiti AI.

Dalam satu unjuran luar biasa, pemfailan SpaceX mendakwa syarikat itu berpotensi menjana lebih AS$28.5 trilion hasil daripada pelbagai pasaran yang diceburinya.

Pencapaian ini menjadikan Musk individu terkaya di dunia dengan jurang yang sangat besar berbanding orang lain, namun ia turut menerima kritikan daripada sesetengah pihak.

“Dunia akan mempunyai trilionair pertama, sedangkan rakyat Amerika di seluruh negara sedang berhempas-pulas mengumpul setiap dolar untuk simpanan persaraan,” kata Elizabeth Warren dari Parti Demokrat.

Previous Post

Operasi AirBorneo semakin stabil selepas pesawat kembali beroperasi

Next Post

Decathlon buka cawangan premium bermotif songket di 118 Mall

Next Post
Decathlon buka cawangan premium bermotif songket di 118 Mall

Decathlon buka cawangan premium bermotif songket di 118 Mall

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARI KATEGORI

  • Ekonomi Islam
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video

CARI TOPIK MENARIK

2018 League AirBorneo Rancang Pengembangan Balinese Culture Bali United Budget Travel Champions League Chopper Bike Doctor Terawan Gempa Bumi Gempa Bumi Sabah Istana Negara Lancar Operasi Jet Separuh Kedua 2026 Market Stories National Exam Sabah Visit Bali

POPULAR

  • Sinergi Usahawan perkukuh jaringan usahawan dan industri

    Sinergi Usahawan perkukuh jaringan usahawan dan industri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Chef Ustazah dinobatkan Ikon Usahawan TikTok Shop–TEKUN Nasional 2026

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Dari bengkel kecil ke pentas Nasional, Tc. Azizol Adam angkat martabat TVET

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Niaga hadapan emas merosot susulan kebimbangan peningkatan konflik Asia Barat

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mohamad Shiblie Abg Sapuan dilantik Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Baharu TEKUN Nasional

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Berita Terkini

  • Decathlon buka cawangan premium bermotif songket di 118 Mall
  • Elon Musk manusia pertama bergelar trilionair
  • Operasi AirBorneo semakin stabil selepas pesawat kembali beroperasi

Segment

  • Ekonomi Islam
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil

No Result
View All Result
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil