KUALA LUMPU, 15 JUN (Bernama) – Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) melantik Ahmad Farrin Mokhtar sebagai Ketua Eksekutif yang baharu berkuat kuasa 8 Jun, menggantikan Zainora Zainal yang bersara pada 15 Januari lalu.
“Kerjaya beliau meliputi pelbagai tanggungjawab termasuk pembangunan dasar industri, pengurusan korporat, penguatkuasaan, pembangunan perniagaan, hubungan antarabangsa dan pembinaan kapasiti untuk sektor pembinaan Malaysia.
“Beliau telah memainkan peranan penting dalam membentuk hala tuju strategik CIDB, menyumbang kepada Pelan Strategik CIDB 2021–2025 dan memacu inisiatif di bawah Dasar Pembinaan Negara 2030 dengan kerjasama Kementerian Kerja Raya,” menurut CIDB dalam satu kenyataan.
Surat pelantikan itu disampaikan secara rasmi oleh Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi di pejabat beliau di Kuala Lumpur.




