Friday, 11 September 2026
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
Home SME Bisnes

Doktor gigi cari wang tambahan jadi pemandu e-hailing selain isi masa lapang

Zailani by Zailani
5 Sep 2026
in SME Bisnes
0
Doktor gigi cari wang tambahan jadi pemandu e-hailing selain isi masa lapang
0
SHARES
5
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA, 5 SEPT ( Harian Metro) – Ramai juga penumpang yang terkejut selepas tahu kerja hakiki saya kerana tak sangka sebab fikir pendapatan saya sudah besar.

“Tapi realitinya, kos sara hidup semakin meningkat, jadi jika ada peluang buat duit, kenapa tidak kerana kita perlu sediakan payung sebelum hujan,” kata Dr Syed Zafri Syed Zaharuddin.

Related posts

Studio TikTok Shop Live perkukuh pemasaran digital usahawan Terengganu

Studio TikTok Shop Live perkukuh pemasaran digital usahawan Terengganu

11 Sep 2026
Dari seekor ayam sehari, Zawiah kini bergelar pembayar zakat

Dari seekor ayam sehari, Zawiah kini bergelar pembayar zakat

9 Sep 2026

Dr Syed Zafri, 33, seorang doktor gigi, malah sudah membuka klinik sendiri sejak enam tahun lalu, namun tidak malu mencari pendapatan tambahan dengan bekerja sebagai pemandu e-hailing.

Menurutnya, kerjaya berkenaan tidak asing baginya kerana menimba pengalaman sebagai pemandu e-hailing sejak bergelar mahasiswa lagi, namun dia kembali aktif sejak Julai lalu.

Katanya, niatnya adalah menambah pendapatan selain mengisi masa terluang sebelum dan selepas waktu bertugas di klinik.

“Dulu saya bujang, jadi gaji cukup tapi sekarang sudah berkahwin dan ada tanggungan anak, jadi nampak sudah tiba masanya aktif semula sebagai pemandu bagi menambah pendapatan.

“Lagipun saya ada kereta yang sebelum ini tidak selalu dipandu, jadi lebih baik gunakan untuk buat kerja e-hailing.

“Saya pun ada pengalaman, malah dengan duit simpanan hasil pendapatan sebagai pemandu e-hailing dulu juga yang digunakan untuk membuka klinik,” katanya kepada Harian Metro, baru-baru ini.

Berkongsi rutin hariannya, Dr Syed Zafri yang menetap di Wangsa Maju, di sini, berkata, dia hanya bekerja sebagai pemandu e-hailing pada waktu tertentu saja tidak kira pagi, petang dan malam.

“Disebabkan ada kerja hakiki, saya tak buat (menjadi pemandu e-hailing) dari siang sampai malam.

“Sasaran saya adalah nak dapatkan duit harian atau duit ‘jajan’, dalam RM100 pun sudah cukup. Jadi selepas hantar anak ke rumah pengasuh, saya akan aktifkan aplikasi untuk ambil penumpang sebelum ke klinik yang dibuka jam 10 pagi.

“Dalam tengah hari atau selepas jam 6 petang, saya akan sambung semula jika ada kelapangan. Cuma bukan sampai lewat malam dan jika rajin boleh dapat lebih RM900 dalam seminggu,” katanya.

Setakat ini, Dr Syed Zafri seronok mencari pendapatan sampingan kerana bukan hanya dapat bertemu individu daripada pelbagai latar belakang, malah ada dalam kalangan penumpang sudah mendapatkan khidmat rawatan gigi di kliniknya.

Katanya, isteri juga tidak menghalang kerana faham apa dilakukannya adalah untuk kelangsungan hidup keluarga mereka.

“Bila jadi pemandu, saya dapat menyelami kehidupan orang lain sekali gus buka minda untuk sedar yang setiap orang ada masalah masing-masing,” katanya.

“Apa boleh saya katakan, kerjaya sebagai pemandu e-hailing cukup membahagiakan kerana bawa saya keluar seketika daripada tekanan sebagai doktor dengan bersembang serta bantu bawa penumpang dari satu destinasi ke destinasi lain.

“Saya tak anggap pun diri saya doktor bila jadi pemandu, cuma selepas beritahu memang rata-rata penumpang terkejut, malah ada yang terus buat temujanji.

“Saya layan saja semua penumpang dengan baik kerana bagi saya, pemandu e-hailing adalah duta kecil negara kerana antara individu pertama berurusan dengan pelancong, jadi kena sentiasa menjaga adab juga tutur kata,” katanya.

Dr Syed Zafri berkata, dia tidak meletakkan sasaran sampai bila mahu menjana pendapatan sampingan sebagai pemandu e-hailing kerana masih boleh membahagikan masa dengan baik.

“Seronok sebenarnya, malah ada beberapa kawan terinspirasi dan nak ikut jejak langkah saya.

“Selain e-hailing, saya juga pernah buka gerai minuman, namun kini diuruskan sepupu, jadi ikutkan tak ada masalah bekerja luar daripada bidang profesional.

“Saya alukan juga doktor lain atau sesiapa saja yang berminat untuk tambah pendapatan jika ada keinginan kerana lebih baik daripada habiskan masa terluang di rumah tanpa buat apa-apa.

“Cuma kena ketepikan ego kerana dalam dunia e-hailing, kita akan berjumpa dengan bermacam ragam penumpang, jadi kena sabar dan fikir kerja untuk mencari rezeki,” katanya yang juga mengusahakan perniagaan sarung telefon menerusi akaun TikTok.

Previous Post

“Saya Tak Nak Tengok Bola Sepak Kelantan Mati” – El Azman

Next Post

KKEC 2026: 8 pelajar UiTM masih dirawat termasuk 2 di ICU

Next Post
KKEC 2026: 8 pelajar UiTM masih dirawat termasuk 2 di ICU

KKEC 2026: 8 pelajar UiTM masih dirawat termasuk 2 di ICU

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARI KATEGORI

  • Ekonomi Islam
  • Jenayah
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • POLITIK
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video

CARI TOPIK MENARIK

2018 League AirBorneo Rancang Pengembangan Balinese Culture Bali United Budget Travel Champions League Chopper Bike Doctor Terawan Gempa Bumi Gempa Bumi Sabah Istana Negara Lancar Operasi Jet Separuh Kedua 2026 Market Stories National Exam Sabah Visit Bali

POPULAR

  • Terengganu tidak sunyi, Haraki Fest 2026 bakal ‘gegar’ Kuala Terengganu

    Terengganu tidak sunyi, Haraki Fest 2026 bakal ‘gegar’ Kuala Terengganu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Azira De Gallery curi tumpuan pada Malaysia Gifts Fair 2026

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Program Sinergi Usahawan buka peluang kolaborasi dan jaringan perniagaan baharu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sinergi Usahawan perkukuh jaringan usahawan dan industri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Datuk Wan Imran dilantik Pengerusi Kehormat AZM Rovers FC

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Berita Terkini

  • Studio TikTok Shop Live perkukuh pemasaran digital usahawan Terengganu
  • Anwar, MB Kelantan bincang perkukuh kerjasama persekutuan-negeri
  • Abdul Azeez bebas daripada reman, bakal hadir PAU malam ini – Peguam

Segment

  • Ekonomi Islam
  • Jenayah
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • POLITIK
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil

No Result
View All Result
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil