Wednesday, 28 October 2026
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
Home Semasa

Suami isteri gigih bina jenama Roti Maria

Zailani by Zailani
8 Oct 2026
in Semasa
0
Suami isteri gigih bina jenama Roti Maria
0
SHARES
13
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

NILAI, 8 OKT ( Berita Harian) – Tanpa pendidikan formal dalam sesuatu bidang bukan halangan untuk seseorang mencipta kejayaan dan memenuhi impian yang diinginkan.

Ini dibuktikan pasangan suami isteri, Baudin Taksis, 66 dan Mariah Abd Razak, 60, yang mengusahakan bidang bakeri menerusi jenama tempatan, Roti Maria di Kampung Sungai Mahang, Nilai, Negeri Sembilan.

Related posts

Pelanggan Maybank boleh bayar guna QR di lima lagi negara termasuk China, Korea Selatan

28 Oct 2026
Kelantan mahu KB Sentral diteruskan tanpa tunggu peruntukan RM250 juta

Kelantan mahu KB Sentral diteruskan tanpa tunggu peruntukan RM250 juta

26 Oct 2026

Baudin mengakui, ketekunan dan keberanian mempelajari bidang baharu mampu membuka jalan kejayaan dalam dunia keusahawanan.

Bekas anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) selama lebih 20 tahun itu menggunakan pengalaman berkenaan untuk menceburi bidang baharu walaupun ia jauh daripada kepakaran yang dimilikinya.

Bagaimanapun, katanya menerusi sokongan daripada isteri, beliau memberanikan diri untuk mengusahakan bidang bakeri sebagai sumber pendapatan keluarga sebaik bersara daripada pasukan keselamatan itu.

“Bidang kejuruteraan dan bakeri memang berbeza tetapi disiplin, kemahiran dan semangat untuk belajar boleh digunakan dalam apa-apa bidang.

“Semangat untuk mengusahakan bidang bakeri ini bermula apabila saya mempelajarinya selama beberapa bulan di sebuah kedai roti di Nilai bagi mendapatkan teknik penghasilan roti, mengumpulkan resipi dan memahami pengurusan operasi perniagaan.

“Alhamdulilah, menerusi usaha itu, saya dan isteri tekad membuka perniagaan ini menerusi jenama Roti Maria yang diambil daripada nama isteri sejak lima tahun lalu,” katanya ketika ditemui pada program Kampung Angkat MADANI 2026 anjuran Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di kampung itu, baru-baru ini.

Hasil resipi sendiri

Baudin berusaha untuk menghasilkan resipi sendiri dan membangunkan pelbagai produk Roti Maria yang kini semakin dikenali dalam kalangan masyarakat sekitar Nilai serta Seremban.

“Saya tidak pernah berhenti belajar. Hari ini, semua resipi Roti Maria adalah hasil ciptaan sendiri,” katanya.

Sementara itu, Mariah berkata, pada peringkat awal mereka memulakan perusahaan itu secara kecil-kecilan di Desa Anggerik, Nilai sebelum berkembang menjadi sumber pendapatan keluarga.

Menurutnya, roti yang dihasilkan diberikan kepada jiran dan jemaah surau sebagai sedekah namun perusahaan itu dikembangkan dengan membekalkannya ke beberapa premis, termasuk di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang selain di beberapa stesen minyak dan kedai sekitar Nilai.

“Peningkatan permintaan pelanggan kemudiannya mendorong kami membuka premis sendiri dan memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap pembangunan jenama Roti Maria,” katanya.

Antara jenis bakeri yang mendapat perhatian pelanggan termasuk pastri segar seperti cinnamon roll, pizza serta kulinari gabungan Melayu-Jawa.

Beliau turut berharap, ilmu serta pengalaman yang dikumpulkan sepanjang mengusahakan perniagaan itu dapat dikongsikan kepada generasi muda yang berminat menceburi bidang keusahawanan.

“Saya tidak mahu ilmu ini berhenti setakat saya. Saya mahu lebih ramai usahawan tempatan berani mencuba dan berjaya,” katanya yang kini turut dibantu, anaknya, Nurliyana Baudin, graduan dari Universiti Putra Malaysia (UPM).

Konsep gabung premis roti, kafe santai tarik pengunjung

Sementara itu, berbekalkan ilmu dan pengalaman, Nurliyana, 38, memilih untuk membantu mengembangkan Butik Roti Maria yang diasaskan ibu bapanya.

Sebagai pengurus, anak sulung daripada empat beradik itu mengetengahkan konsep dua dalam satu, iaitu menggabungkan perniagaan pengeluaran roti untuk pasaran setempat dengan kafe santai berkonsepkan alam semula jadi serta ruang aktiviti sosial untuk masyarakat.

Nurliyana berkata, kedudukan premis yang dikelilingi kehijauan dan terletak di pinggir sungai dimanfaatkan keluarganya untuk mewujudkan suasana santai, selamat dan mesra keluarga, sekali gus memberikan pengalaman berbeza kepada pengunjung.

“Pada awalnya, kami hanya menghasilkan roti untuk pasaran setempat sebelum mengembangkan perniagaan kepada kafe santai di tepi sungai.

“Selepas pandemik COVID-19 pada 2021, kami mula mengetengahkan konsep ini dengan menggabungkan perniagaan makanan dan khidmat sosial kepada masyarakat,” katanya.

Beliau berkata, antara kemudahan yang disediakan ialah ruang khas untuk kanak-kanak, terutama golongan orang kurang upaya (OKU), bagi membolehkan mereka meluangkan masa bersama keluarga dalam persekitaran yang selamat dan selesa.

“Kami mahu Butik Roti Maria bukan sekadar tempat untuk datang makan, tetapi turut menjadi ruang yang memberi manfaat kepada masyarakat.

“Pengunjung boleh menikmati suasana santai sambil melakukan pelbagai aktiviti bersama keluarga, terutama kanak-kanak,” katanya.

Nurliyana berkata, pelbagai aktiviti turut disediakan termasuk aktiviti interaktif untuk golongan OKU, mengenali kira-kira 70 jenis pokok buah-buahan serta aktiviti riadah di sungai.

“Keistimewaan Butik Roti Maria bukan sahaja terletak pada roti dan hidangan yang disediakan, malah kami turut memberi perhatian terhadap aspek keselamatan dan keselesaan pengunjung.

“Kami mahu pelanggan menikmati pengalaman berbeza sambil menjamu selera dalam suasana yang dekat dengan alam semula jadi,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, pihaknya turut memberi peluang pekerjaan kepada golongan OKU sebagai sebahagian daripada usaha membantu mereka membina keyakinan diri dan menyumbang mengikut kemampuan masing-masing.

Ibu dua anak berusia sembilan dan 11 tahun itu berkata, langkah itu selaras dengan usaha mewujudkan komuniti yang lebih inklusif dengan memberi peluang kepada setiap individu memainkan peranan dalam masyarakat.

Operasi Butik Roti Maria kini dibantu 10 kakitangan.

Nurliyana berkata, premis itu turut menyediakan ruang sebagai pusat informasi untuk kanak-kanak berkeperluan khas, sekali gus memberi peluang kepada keluarga mendapatkan maklumat dan berinteraksi dalam suasana lebih selesa.

“Keutamaan kami ialah memastikan setiap pengunjung berasa selamat, selesa dan diterima ketika berada di sini.

“Kami percaya setiap insan mempunyai nilai dan peranan dalam komuniti. Sebab itu, kami cuba menyediakan ruang yang boleh dimanfaatkan oleh semua,” katanya.

Previous Post

ANAS Cosmetics ungguli carta TikTok Shop Malaysia

Next Post

Rafflesia Lata Jarum pacu ekonomi komuniti, 15 penduduk dilatih jadi pemandu pelancong

Next Post
Rafflesia Lata Jarum pacu ekonomi komuniti, 15 penduduk dilatih jadi pemandu pelancong

Rafflesia Lata Jarum pacu ekonomi komuniti, 15 penduduk dilatih jadi pemandu pelancong

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARI KATEGORI

  • Ekonomi Islam
  • Jenayah
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • POLITIK
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video

CARI TOPIK MENARIK

2018 League AirBorneo Rancang Pengembangan Balinese Culture Bali United Budget Travel Champions League Chopper Bike Doctor Terawan Gempa Bumi Gempa Bumi Sabah Istana Negara Lancar Operasi Jet Separuh Kedua 2026 Market Stories National Exam Sabah Visit Bali

POPULAR

  • Terengganu tidak sunyi, Haraki Fest 2026 bakal ‘gegar’ Kuala Terengganu

    Terengganu tidak sunyi, Haraki Fest 2026 bakal ‘gegar’ Kuala Terengganu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Haraki Fest 2026 himpun usahawan, buka ruang teroka pasaran baharu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Azira De Gallery curi tumpuan pada Malaysia Gifts Fair 2026

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Program Sinergi Usahawan buka peluang kolaborasi dan jaringan perniagaan baharu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sinergi Usahawan perkukuh jaringan usahawan dan industri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Berita Terkini

  • Pelanggan Maybank boleh bayar guna QR di lima lagi negara termasuk China, Korea Selatan
  • Kopi Royale Johor sasar buka kafe selepas jual 5,000 cawan dalam tiga hari
  • Bukan sekadar baiki telefon, Seminar PRESENT 2026 buka peluang jana pendapatan

Segment

  • Ekonomi Islam
  • Jenayah
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • POLITIK
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil

No Result
View All Result
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil