Tuesday, 28 July 2026
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
Home Semasa

Struktur gaji perlu dirombak, bukan sekadar naik gaji minimum – BNM

Zailani by Zailani
28 Jul 2026
in Semasa
0
Struktur gaji perlu dirombak, bukan sekadar naik gaji minimum – BNM
0
SHARES
5
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR, 28 JULAI (Berita Harian ) – Malaysia perlu memberi tumpuan kepada pembaharuan struktur pasaran buruh bagi memastikan pertumbuhan ekonomi dapat diterjemahkan kepada peningkatan pendapatan rakyat, dan bukannya terus bergantung kepada mekanisme kenaikan gaji minimum semata-mata.

Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Fraziali Ismail, berkata cabaran utama ketika ini bukan sekadar meningkatkan kadar gaji, tetapi menangani faktor struktur yang menghalang pertumbuhan pendapatan pekerja walaupun ekonomi negara menunjukkan prestasi kukuh.

Related posts

Perjalanan terakhir ke saf subuh

Perjalanan terakhir ke saf subuh

28 Jul 2026
MB arah roboh segera penempatan haram warga asing di Setia Alam

MB arah roboh segera penempatan haram warga asing di Setia Alam

28 Jul 2026

Beliau berkata, selepas pandemik COVID-19, pendapatan isi rumah meningkat pada kadar lebih perlahan berbanding kenaikan kos sara hidup, sekali gus menyebabkan sebahagian besar rakyat masih merasakan tekanan terhadap kedudukan kewangan mereka.

“Selain tekanan kos sara hidup dalam jangka pendek, terdapat beberapa faktor struktur yang menghalang pertumbuhan gaji dalam jangka panjang dan perkara ini perlu diberi perhatian jika Malaysia mahu keluar daripada perangkap pendapatan sederhana,” katanya ketika menjadi ahli panel sesi bertajuk ‘Sluggish Wage, Rising Costs: What Needs to Change’ sempena Simposium Sasana 2026, di sini, hari ini.

Fraziali berkata, antara halangan utama ialah kebergantungan berterusan kepada pekerja asing berkemahiran rendah yang memberi tekanan kepada kadar upah di peringkat bawahan, selain penciptaan pekerjaan berkualiti yang masih tidak mencukupi.

Pada masa sama, katanya, ketidakpadanan antara kemahiran yang dihasilkan sistem pendidikan dengan keperluan sebenar industri turut menjejaskan keupayaan pekerja memperoleh pekerjaan bernilai tinggi dan bergaji lebih baik.

Beliau berkata, keadaan itu dapat dilihat menerusi bahagian pampasan pekerja atau Compensation of Employees (COE) yang hanya mewakili kira-kira 34 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), iaitu lebih rendah berbanding banyak negara lain termasuk negara serantau.

“Ini menunjukkan pulangan ekonomi kepada pekerja masih rendah walaupun ekonomi terus berkembang. Dalam erti kata lain, hasil pertumbuhan belum diterjemahkan sepenuhnya kepada peningkatan pendapatan pekerja,” katanya.

Mengulas mengenai dasar gaji minimum, beliau berkata, pelaksanaannya terbukti berjaya meningkatkan pendapatan golongan bergaji rendah serta membantu meningkatkan penyertaan wanita dalam tenaga buruh, namun kesannya tidak merebak kepada kumpulan pekerja berpendapatan pertengahan dan tinggi.

Katanya, gaji minimum berperanan sebagai jaringan perlindungan pendapatan, namun ia tidak seharusnya menjadi satu-satunya instrumen untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat kerana pertumbuhan gaji mampan perlu disokong oleh peningkatan produktiviti serta penciptaan pekerjaan berkualiti.

Jelasnya, usaha meningkatkan pendapatan pekerja perlu bermula dengan menarik lebih banyak pelaburan bernilai tambah tinggi yang mampu mewujudkan pekerjaan berkemahiran tinggi dan menawarkan imbuhan lebih kompetitif.

“Malaysia juga perlu memperluaskan program peningkatan kemahiran (upskilling) supaya tenaga kerja tempatan memiliki kemahiran yang benar-benar diperlukan industri, sekali gus meningkatkan kebolehpasaran dan nilai mereka dalam pasaran pekerjaan,” katanya.

Fraziali berkata, kerjasama erat antara kerajaan, industri dan institusi pendidikan juga perlu diperkukuhkan dengan mengambil contoh model Penang Skills Development Centre (PSDC) yang berjaya melahirkan tenaga kerja berdasarkan keperluan sebenar industri.

Katanya, pendekatan sedemikian bukan sahaja membantu mengurangkan ketidakpadanan kemahiran, malah membolehkan syarikat memperoleh bakat berkualiti, sekali gus menyokong pertumbuhan produktiviti dan gaji.

Dalam pada itu, beliau berpandangan beberapa pendekatan lama seperti pergantungan kepada subsidi menyeluruh perlu dinilai semula bagi memastikan sumber negara disalurkan kepada dasar yang mampu memberikan impak lebih besar terhadap peningkatan pendapatan rakyat.

Previous Post

Perjalanan terakhir ke saf subuh

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARI KATEGORI

  • Ekonomi Islam
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • POLITIK
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video

CARI TOPIK MENARIK

2018 League AirBorneo Rancang Pengembangan Balinese Culture Bali United Budget Travel Champions League Chopper Bike Doctor Terawan Gempa Bumi Gempa Bumi Sabah Istana Negara Lancar Operasi Jet Separuh Kedua 2026 Market Stories National Exam Sabah Visit Bali

POPULAR

  • Azira De Gallery curi tumpuan pada Malaysia Gifts Fair 2026

    Azira De Gallery curi tumpuan pada Malaysia Gifts Fair 2026

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Program Sinergi Usahawan buka peluang kolaborasi dan jaringan perniagaan baharu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sinergi Usahawan perkukuh jaringan usahawan dan industri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jeruk Pak Ali, dari dapur kecil ke pasaran global

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Datuk Wan Imran dilantik Pengerusi Kehormat AZM Rovers FC

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Berita Terkini

  • Struktur gaji perlu dirombak, bukan sekadar naik gaji minimum – BNM
  • Perjalanan terakhir ke saf subuh
  • MB arah roboh segera penempatan haram warga asing di Setia Alam

Segment

  • Ekonomi Islam
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • POLITIK
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil

No Result
View All Result
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil