Saturday, 12 September 2026
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
Home Semasa POLITIK

UMNO, PAS perlu ‘bersatu’ semula – Ku Li

Zailani by Zailani
11 Sep 2026
in POLITIK
0
UMNO, PAS perlu ‘bersatu’ semula – Ku Li
0
SHARES
4
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR, 11 SEPT ( Berita Harian) – Veteran UMNO, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah melihat parti itu dan PAS perlu ‘bersatu’ semula dalam kerjasama politik untuk bergerak sebagai suatu keluarga besar.

Tengku Razaleigh yang dikenali sebagai Ku Li berkata, kehadiran beberapa pemimpin PAS ke Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026 yang sedang berlangsung juga adalah titik tolak yang baik menuju ke arah kesatuan itu.

Related posts

Anwar, MB Kelantan bincang perkukuh kerjasama persekutuan-negeri

Anwar, MB Kelantan bincang perkukuh kerjasama persekutuan-negeri

10 Sep 2026
Abdul Azeez bebas daripada reman, bakal hadir PAU malam ini – Peguam

Abdul Azeez bebas daripada reman, bakal hadir PAU malam ini – Peguam

10 Sep 2026

“Bagus, saya rasa itu bagus (kehadiran pemimpin PAS), kita boleh bersatu semula. Insya-Allah berkat doa,” katanya ketika ditemui pemberita pada PAU 2026 di Pusat Dagangan Dunia (WTC), hari ini.

Ucapan dasar Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sempena PAU 2026 pagi tadi diserikan dengan kehadiran beberapa pemimpin PAS, diketuai Naib Presiden, Datuk Idris Ahmad bersama Setiausaha Agung, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan Ketua Penerangan, Ahmad Fadhli Shaari.

Melalui ucapan dasarnya, Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri memberi isyarat bahawa UMNO dan Barisan Nasional (BN) bersedia bekerjasama dengan lambang hijau, iaitu label yang dikaitkan dengan PAS.

Pada masa sama, Ku Li yang juga bekas Ahli Parlimen Gua Musang meminta bekas pemimpin UMNO yang pernah keluar atau terasa hati dengan parti untuk kembali bagi menguatkan perjuangan.

Beliau berkata, amat penting bagi UMNO bergerak sebagai suatu keluarga yang besar dalam memikul tanggungjawab demi kepentingan rakyat.

“Patut masuk balik, kita semua mengalu-alukan mereka masuk balik ke dalam UMNO, kita hendak suatu keluarga yang besar.

“Ini kerana banyak tanggungjawab yang kita kena pikul dan perlukan banyak tenaga serta buah fikiran bagi membolehkan masalah diselesaikan oleh generasi muda,” katanya.

Ku Li yang juga bekas Menteri Kewangan pernah mencabar Tun Dr Mahathir Mohamad untuk jawatan Presiden UMNO pada 1987, tetapi tewas dengan perbezaan undi sangat tipis.

Previous Post

Analisis DNA 5 mangsa nahas helikopter dijangka selesai esok

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARI KATEGORI

  • Ekonomi Islam
  • Jenayah
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • POLITIK
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video

CARI TOPIK MENARIK

2018 League AirBorneo Rancang Pengembangan Balinese Culture Bali United Budget Travel Champions League Chopper Bike Doctor Terawan Gempa Bumi Gempa Bumi Sabah Istana Negara Lancar Operasi Jet Separuh Kedua 2026 Market Stories National Exam Sabah Visit Bali

POPULAR

  • Terengganu tidak sunyi, Haraki Fest 2026 bakal ‘gegar’ Kuala Terengganu

    Terengganu tidak sunyi, Haraki Fest 2026 bakal ‘gegar’ Kuala Terengganu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Azira De Gallery curi tumpuan pada Malaysia Gifts Fair 2026

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Program Sinergi Usahawan buka peluang kolaborasi dan jaringan perniagaan baharu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sinergi Usahawan perkukuh jaringan usahawan dan industri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Datuk Wan Imran dilantik Pengerusi Kehormat AZM Rovers FC

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Berita Terkini

  • UMNO, PAS perlu ‘bersatu’ semula – Ku Li
  • Analisis DNA 5 mangsa nahas helikopter dijangka selesai esok
  • Studio TikTok Shop Live perkukuh pemasaran digital usahawan Terengganu

Segment

  • Ekonomi Islam
  • Jenayah
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • POLITIK
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil

No Result
View All Result
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil