Tuesday, 28 July 2026
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
Home Semasa

Perjalanan terakhir ke saf subuh

Zailani by Zailani
28 Jul 2026
in Semasa
0
Perjalanan terakhir ke saf subuh
0
SHARES
2
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

MARAN, 28 JULAI- Dua wanita maut selepas kereta dinaiki mereka terbabit kemalangan dalam nahas tiga kenderaan ketika dalam perjalanan ke masjid untuk menunaikan solat Subuh di Kilometer 95, Jalan Kuantan-Kuala Lumpur, dekat Kampung Paya Pasir, di sini, pagi tadi.

Nahas berlaku jam 5.40 pagi ketika Salbiah Mohamad Sah, 76, menumpang kereta jirannya, Masitah mohd Soad, 59, ke masjid terletak kira-kira 500 meter dari rumah.

Related posts

Struktur gaji perlu dirombak, bukan sekadar naik gaji minimum – BNM

Struktur gaji perlu dirombak, bukan sekadar naik gaji minimum – BNM

28 Jul 2026
MB arah roboh segera penempatan haram warga asing di Setia Alam

MB arah roboh segera penempatan haram warga asing di Setia Alam

28 Jul 2026

Anak Salbiah, Mohd Firdaus Abdul Ghani, 42, berkata, setiap pagi ibunya akan ke Masjid Ar-Rusdan untuk solat Subuh secara berjemaah.

“Setiap pagi, sebelum keluar rumah, mak ambil wuduk, memakai telekung dan keluar berdiri di depan kedai runcit diusahakannya.

“Mak akan tunggu jiran yang melalui depan kedai dan menumpang kenderaan sesiapa sahaja yang berhenti untuk menumpangkan dia ke masjid,” katanya ketika ditemui Berita Harian di Hospital Jengka, di sini, hari ini.

Mohd Firdaus berkata, ketika kejadian ibunya menumpang kereta dipandu Masitah iaitu jiran paling hampir dengan rumah mereka.

Menurutnya, Salbiah yang mempunyai enam anak termasuk empat lelaki, tinggal bersendirian selepas kematian suami.

Katanya, walaupun ibunya sudah berusia 76 tahun tetapi masih sihat dan tidak pernah ponteng menunaikan solat Subuh secara berjemaah sejak sekian lama.

“Sebelum ini, saya tinggal bersama mak di rumah tetapi sejak Julai, saya berpindah ke Kuala lumpur untuk bekerja di sana.

“Kelmarin mak ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menghantar saudara menunaikan umrah dan itu kali terakhir bertemu arwah. Dia sangat ceria ketika itu.

“Bagaimanapun, pagi ini terkejut mak meninggal kerana terbabit kemalangan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Maran, Superintendan Wong Kim Wai berkata, siasatan awal mendapati kereta dinaiki dua wanita terbabit dalam perjalanan dari arah Temerloh ke Maran.

Menurutnya, kereta mangsa bertembung dengan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dari arah bertentangan.

“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku selepas MPV dinaiki tiga lelaki terbabas ke kanan jalan dan bertembung kereta dinaiki dua wanita terbabit.

“Lokasi kemalangan adalah jalan lurus dan kedua-dua kenderaan itu bertembung secara berdepan.

“Selepas kemalangan itu, sebuah lagi kereta juga dalam perjalanan ke masjid tidak sempat mengelak turut merempuh MPV terbabit tetapi pemandunya tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya menerusi kenyataan.

Akibat kemalangan itu, Kim Wai berkata, dua wanita terbabit dan seorang penumpang belakang MPV, Muhammad Arif Daniel Mohd Norsha’ari, 20, maut di tempat kejadian.

Katanya, pemandu dan penumpang MPV terbabit turut tercedera dan mangsa dikejarkan ke Hospital Sultan Ahmad Shah, Temerloh, untuk rawatan.

Semua mayat dihantar ke Unit Forensik, Hospital Jengka, di sini, untuk proses bedah siasat.

Jenazah Salbiah dan Masitah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Paya Pasir, Maran.

Manakala jasad Muhammad Arif Daniel dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Dalam, Chenor, Maran.

Previous Post

MB arah roboh segera penempatan haram warga asing di Setia Alam

Next Post

Struktur gaji perlu dirombak, bukan sekadar naik gaji minimum – BNM

Next Post
Struktur gaji perlu dirombak, bukan sekadar naik gaji minimum – BNM

Struktur gaji perlu dirombak, bukan sekadar naik gaji minimum - BNM

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARI KATEGORI

  • Ekonomi Islam
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • POLITIK
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video

CARI TOPIK MENARIK

2018 League AirBorneo Rancang Pengembangan Balinese Culture Bali United Budget Travel Champions League Chopper Bike Doctor Terawan Gempa Bumi Gempa Bumi Sabah Istana Negara Lancar Operasi Jet Separuh Kedua 2026 Market Stories National Exam Sabah Visit Bali

POPULAR

  • Azira De Gallery curi tumpuan pada Malaysia Gifts Fair 2026

    Azira De Gallery curi tumpuan pada Malaysia Gifts Fair 2026

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Program Sinergi Usahawan buka peluang kolaborasi dan jaringan perniagaan baharu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sinergi Usahawan perkukuh jaringan usahawan dan industri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jeruk Pak Ali, dari dapur kecil ke pasaran global

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Datuk Wan Imran dilantik Pengerusi Kehormat AZM Rovers FC

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Berita Terkini

  • Struktur gaji perlu dirombak, bukan sekadar naik gaji minimum – BNM
  • Perjalanan terakhir ke saf subuh
  • MB arah roboh segera penempatan haram warga asing di Setia Alam

Segment

  • Ekonomi Islam
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • POLITIK
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil

No Result
View All Result
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil